Cara Selesaikan Masalah Hutang Along

by on September 27, 2016

Post image for Cara Selesaikan Masalah Hutang Along

Seorang pembaca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” menelefon saya sambil menangis-nangis ceritakan masalah hutang dia dengan along dan diugut untuk dibunuh. Katanya dia ibu tunggal, ada seorang anak OKU (orang kelainan upaya) dan pendapatan pun kecil. Tekanan kewangan yang sedang dia hadapi itu menyebabkan dia rasa nak bunuh diri bersama anaknya yang OKU sekali.

Saya pesan kepada dia, bunuh diri tak menyelesaikan masalah. Masa hidup sudahlah susah, nanti mati lagi susah. Tuhan ceritakan dalam Al-Quran, ramai orang yang dah mati nak hidup semula (kalau diberi peluang) untuk beramal soleh. Jadi kita yang hidup ni, kena hargai waktu hidup.

Hidup Mulia Mati Mulia

Tak apa ada hutang keliling pinggang pun. Itu kesilapan yang lalu. Walaupun ada hutang yang banyak, tetapi kita berusaha keras untuk bebas dari hutang, hidup begitu lebih mulia. Kalau mati pun, mati dalam usaha begitu lebih mulia.

Dari awal percakapan dia menangis tak berhenti.

Saya bagi tahu dia, saya juga pernah menangis semasa dihimpit dengan tekanan kewangan satu waktu dahulu. Tetapi menangis itu tak menyelesaikan masalah sebenar. Lepas puas menangis, pergi keluar rumah dan carilah rezeki untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Susah pun tak apa, sebab Nabi-nabi yang Tuhan sayang, semuanya diberi susah lebih daripada kita. Itu ujian dari Tuhan untuk tingkatkan darjat kita supaya jadi orang lebih baik dunia dan akhirat. Setiap cabaran yang datang akan menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang kalau kita hadapinya dengan betul dan sabar, insyaAllah. Maksudnya bersama cabaran itu Tuhan pakejkan bersamanya peluang yang besar.

Cara Selesaikan Hutang Along

Susah-susah dia pun, dia masih lagi ada tempat berteduh, masih ada makanan untuk hidup, masih sihat tubuh badan dan yang paling penting, dia ada seorang anak yang menyayangi dia. Yang susah hanyalah apa yang bermain dalam fikiran dan perasaan sahaja…

Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya cadangkan dia terus hubungi PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) memandangkan dia telahpun membayar dalam jumlah lebih besar jumlah sebenar yang dia pinjam. Tanpa berlengah lagi, dia terus hubungi dan datang ke pejabat PPIM pada hari yang sama.

Syukur alhamdulillah, saya dimaklumkan kes beliau hampir selesai bilamana PPIM ambil alih kes tersebut. Beliau sudah nampak sinar harapan untuk memulakan hidup baru sekarang, alhamdulillah.

Hubungi PPIM Sebelum Terlambat

Bagi sahabat pembaca yang ada kenalan mempunyai masalah hutang dengan “Along”, tips pertama, jangan lari! Tips kedua, sila bawa kes tersebut kepada PPIM segera sebelum ada nyawa yang terkorban gara-gara beban hutang yang tak mampu lagi dibayar.

Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618

Mudah-mudahan info ini dapat membantu, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
27 September 2016
25 Zulhijjah 1437

[Kredit foto : zerohedge]

{ 68 comments… read them below or add one }

1 azrinros September 27, 2016 at 5:05 pm

Bertindak segera sebelum jadi parah.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2016 at 3:33 pm

Betul.

Reply

3 Zahidah Omar September 28, 2016 at 7:41 am

Salam. En. Zul, artikel tersebut memberi pengajaran dan cara utk selesai masalah. Cuma sy ingin bertanya kenapa En. Zul sebut “pembaca buku mudahnya menjemput rezeki”.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2016 at 3:25 pm

Wslm Pn. Zahidah,

Sebab dalam buku tu, penulisnya (Ustaz Fathuri) memasukkan artikel saya dan recommend sesiapa ada masalah hutang supaya contact saya. Jadi memang selalu saya dapat panggilan dari pembaca buku tu.

Reply

5 ifa September 28, 2016 at 12:08 pm
6 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2016 at 3:33 pm

Terima kasih share berita ni Pn Ifa.

Reply

7 Razak October 3, 2016 at 9:50 am

Buku tu bagus.Apa yang pasti rezeki adalah dalam berbagai bentuk.Termasuklah paip air yang direka manusia.Tak perlu pergi sungai bawak cebok.Itu pun rezeki (seperti yang diceritakan buku tersebut).Apatah lagi anak yang baik dan soleh.Terlalu banyak nikmat yang tak terhitung.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie October 5, 2016 at 6:59 am

Alhamdulillah.

Reply

9 Penny donna dana November 9, 2016 at 10:21 pm

Bagaimana jika bukan orang islam macam saya yang ada hutang dengan bank dan hutang sama peghirup wang yang ada lesen.bulan2 saya kena bayar rm1100 dari dulu sampai sekarang saya masih belum dapat selesaikan hutang saya itu kerana saya sudah tiada kerja lagi.saya benar2 tersepit oleh hutang sekarang boleh kah tlg bagi pendapat di mana saya dapat minta nasihat dan minta tolong agar saya dapat selesaikan semua hutang saya.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:40 am

Puan boleh cuba contact PPIM. Mungkin mereka boleh bantu. Telefon je mereka untuk confirm.

Reply

11 Dee March 28, 2017 at 6:53 pm

Assalamualaikum,
mohon bantuan tersangat2. Sy sudah terjebak dengan Along. Akibat ini sy telah terperangkap dari beban hutang. tolong saya.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie March 29, 2017 at 9:32 am

Wslm En. Dee,

Terus hubungi pihak PPIM. Minta nasihat daripada mereka.

Saya doakan Allah permudahkan urusan En. Dee.

Amiin ya Allah.

Reply

13 Haja maideen bin mohd yasin April 24, 2017 at 10:06 pm

Assalamu alaikkum
Saya haja maideen sy telah bayar hutang along dan settle semua pinjaman dari mereka.. Tapi mereka ugut sy mcm2 utk bayar lebih drpd pinjaman… Sy tanya meraka knp sy perlu bayar lebih mereka bagi alasan sy bayar lewat 1minggu.. Plz help sy bagi selesaikan mslh yg sy hadapi.. Mereka juga ugut sy nak kacau anak2 n isteri sy..

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie April 25, 2017 at 1:50 pm

Wslm.

Tuan Haji terus report kepada PPIM. Minta bantuan mereka.

Reply

15 hazel k. May 5, 2017 at 7:23 am

Kota kinabalu boleh tak mohon bantuan dan saya non Muslimm.. Saya berhutang dgn pinjaman wang berlesen di 2 tempat yg berjumlah keseluruhan 9500..??disebabkan gagal membuat pjmn dri bank kerana tidak mempunyai komitmen… Tolonglah.. saya bekerja di hotel dan mereka sudah mula dtg ke tmpt kerja dan rumah utk menagih..

Reply

16 zuriah May 12, 2017 at 6:53 pm

assalamualaikum..saya puan zuriah dari pulau pinang amat tertekan sangat dgn hutang along yg dipijam oleh suami..tiap2 hari kena byar,miss sehari sahaja kena byar double,tk bayar pun tel,bayar pun tel suruh sambung..tlonglah bagi pendapat ye..

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie May 16, 2017 at 4:13 pm

Wslm Pn Zuriah,

Contact terus dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Reply

18 norasima May 17, 2017 at 12:15 am

asalamualaikum. saya ada masala
pertama . saya kena tipu oleh suplier saya. saya beli beg smpai 1k
kedua saya kena tipu oleh kawan saya jugak saya oder kat dia dalam 10ribu .

p tu duit customer saya hampir 11ribu saya kena bayar balik tapi tak mampu 🙁

dua dua pihak ni langsung xnak bayar saya 1sen pun terus hilang mcm tu je agak agak mcm mana nak selesaikn masalah saya ye selain buat report.

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie May 17, 2017 at 7:32 am

Wslm puan,

Puan boleh cuba buat report kepada Tribunal Pengguna, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. Bayaran cuma RM5 dan pihak tribunal akan heret peniaga tu.

Macam mana cara nak buat report, puan boleh tanya Pakcik Google.

Reply

20 Ana June 20, 2017 at 11:56 am

Salam… mcm saya ..saya ada buat pinjman berlesen… tapi skrg rasa mcm tak cukup nak bayar… bunga terlalu tinggi.. macam mana saya nak buat

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie June 21, 2017 at 7:16 pm

Wslm Pn Ana. Kalau ada harta, jual harta dan bayar hutang tu .

Reply

22 ayu November 29, 2017 at 10:06 am

Tp bagaimana klu kita tiada harta?

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie December 6, 2017 at 8:42 am

Kena cari duit untuk bayar. Tak ada cara lain. Hutang tetap perlu dibayar dengan duit sendiri juga.

Reply

24 shila June 23, 2017 at 2:12 pm

assalmulaikum en zul.. saya ni memang dah terjebak ngan along sebab kene tanggung family.. abah x keje dah dua tahun. adik pn kejp keje kejap xkeje.. sy berhutang dengan dua along.
along 1: RM25000 bulan 2700=RM 200 tolak pokok
along 2: RM20000 bulan 2000+RM 800 tolak pokok

gaji saya 5100..memang negatif setiap bulan. boleh saya mohon pertolongan PPIM untuk berunding dengan mereka.

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie June 23, 2017 at 6:50 pm

Wslm Pn. Shila,

Puan terus contact PPIM. Minta pandangan mereka.

Reply

26 Haslina Mohamed June 30, 2017 at 8:06 pm

saya amat tertekan…ugutan bunuh dh sampai ke rumah…kasihan kami..dah buntu…kdg2 rasa singkat fikiran…

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie July 1, 2017 at 6:51 am

Wslm Pn Haslina,

Contact PPIM segera. Mohon pandangan mereka.

Reply

28 Maz August 8, 2017 at 3:32 pm

Assalammualaikum.Saya seorang ibu tunggal dan mempunyai 4 anak yg masih bersekolah.Saya bercelaru dan runsing. Takut mereka akan mencari anak2 dan melibatkan keluarga saya.Saya sekarang betul2 tak mampu nak membayar kesemua hutang tersebut dengan perbelanjaan harian anak2.Dengan terpaksa pindah keluar rumah sewa disebabkan tidak mampu bayar kerana abis duit gaji bayar hutang saja.Saya sudah habis ikthiar dan tidak tahu hendak mencari mana lagi sumber untuk membayar kesemua pinjaman itu.
1.Saya meminjam kerana untuk untuk cover perbelanjaan harian,sewa rumah yg tertunggak dan persediaan Hari Raya Puasa yg lepas .Sebelum ambil yg ini saya ada buat pinjaman tempat lain terpaksa ambil loan tmpat lain sebnyak RM2000 utk cover yg sebelumnya dapat tangan RM1200 bayaran akan dibuat setiap minggu saya terpaksa dan terdesak sangat memikirkan keperluan dan perbelanjaan anak2 .Ada baki RM1000 lagi sy kena bayar.

2.Saya meminjam untuk selesaikn hutang lama. Pinjaman sebanyak RM4000 tempoh bayaran selama 12 bulan.Bayar hutang lama RM2500 dapat tangan RM1000,dapat seribu pun saya settle kan yg hutang yg ada dgn peminjam lain.
3.Saya meminjam sebanyak RM2500 dapat tangan RM1300 lebih kurang terpaksa ambil untuk cover yg byr mingguan.Bayaran akan bermula pada 9/8/2017 saya dah tak tahu nak cari mana duit untuk bayar kerana saya bergaji bulanan.Saya berharap sangat pihak PPIM dapat membantu saya.Hanya ini jalan terakhir yg sy ada..

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2017 at 8:55 am

Wslm.

Puan Maz terus contact pihak PPIM.

Reply

30 hasimah binti abdullah August 26, 2017 at 1:36 pm

Assalamu’alaikum… En Zul sy shima dr batu caves ibu tggal ank 4..bermacam ujian Allab bagi pd sy hadapi…sebelum sy memilih untuk pinjam dengan ceti sy dah berusaha bermcm cara untuk selesaikn masalah kewangan sy untuk keluarga sy.sy berniaga gerai kecilan dan gerai sy di pecah pencuri sy hilang modal semua nk mula niaga usaha sy untuk cr modal mohon AIM belum dpt lagi..dah mcm cara last sy terpaksa memilih pinjam ceti byr harian dpt untuk byr sewa rumah dan buat modal sikit untuk sehari..tapi tetap terbeban..sy malu sy hanya wtsp sj pd no contact di ats yg en zul senaraikn…belum ade balasan

Reply

31 Azimah August 25, 2017 at 5:36 pm

Sedih baca cerita tentang pinjaman ah long. 25 tahun dulu abg pernah pinjam ahlong. Konon2 wat kerja kontrak. Last2 tak dapat bayar dan ahlong datang ke rumah. Ayah marah dan sedih, dia jual sebahagian tanah utk membayar hutang abang dan minta anak2 tebus suatu hari nanti. Ayah selalu nasihatkan anak2 uruskan kewangan dan hidup seadanya.

Reply

32 hasimah binti abdullah August 26, 2017 at 1:33 pm

Assalamu’alaikum… En Zul sy shima dr batu caves ibu tggal ank 4..bermacam ujian Allab bagi pd sy hadapi…sebelum sy memilih untuk pinjam dengan ceti sy dah berusaha bermcm cara untuk selesaikn masalah kewangan sy untuk keluarga sy.sy berniaga gerai kecilan dan gerai sy di pecah pencuri sy hilang modal semua nk mula niaga usaha sy untuk cr modal mohon AIM belum dpt lagi..dah mcm cara last sy terpaksa memilih pinjam ceti byr harian dpt untuk byr sewa rumah dan buat modal sikit untuk sehari..tapi tetap terbeban..sy malu sy hanya wtsp sj pd no contact di ats yg en zul senaraikn…belum ade balasan

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2017 at 12:06 pm

Wslm Pn. Hashimah,

Puan mohon juga bantuan daripada pejabat zakat.

Saya doakan Allah permudahkan urusan puan.

Reply

34 Zafri Abdul Hadi September 11, 2017 at 10:56 pm

Salam,saya sudah membayar hutang tapi pemberi hutang minta resit sebagai bukti,jika tiada resit maka hutang yg sy sudah bayar akan dikira tidak bayar, masalahnya sudah sudah 1 tahun lebih resitnya sudah hilang,jadi boleh bagi pendapat atau tips untuk menyelesaikan masalah ini.

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie September 12, 2017 at 10:51 am

Wslm En. Zafri.

Kalau macam tu kena cari balik bukti tu sampai jumpa.

Reply

36 pn hasnah September 13, 2017 at 8:52 pm

Saya adamasalah dngan along .ada 3 along. Dulu berniaga kedai org ambik blik sekarang tak mampu nk byr..terpaksa pinjam kwn2…tapi takkan nk pinjam org je anak2 dah tak bleh nk tlong…diaorg pun gaji cukup mkn kesian anak2 bagaimna nk selesai masalah ni saya tertekan..

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2017 at 8:21 am

Puan Hasnah contact PPIM. Bincang dengan mereka.

Reply

38 Syiefa September 26, 2017 at 9:05 am

Assalamualaikum..
Sy ade mslah dgn 3 Along sy pinjam sbb tpakse..sy baru bcerai dgn suami..bekas suami xbagi nafkah iddah ape lagi utk ank..sy tpakse pinjam Along sbb bpindah rumah n guna utk bli makan serta blnja dapur..sy baru mcari Keja sblm ni hanya mniaga kecil2an tp ditempat baru pniagaan sy krg memuaskan..mnybabkan tiada blnja n duit utk kegunaan harian..along2 tu dah mula ugut utk buang cat n ugut lebih lagi sy amat risaukan keselamatan anak2 sy..mohon sgt bantuan pihak ppim..bantulah sy sy buntu

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2017 at 11:53 am

Wslm Pn. Syiefa,

Puan kena terus contact PPIM.

Reply

40 Nurul nadzirah najwa bt nadzri October 16, 2017 at 9:01 am

Assalamualaikum saya ada masalah pinjaman wang berlesen tak mampu nak bayar oleh kerana saya baru bercerai dan baru berkerja semula saya amat memerlukan bantuan sangat sangat sekarang ni.. nak jual harta bende saya tak ada harta benda rumah pon sewa je saya amat berharap pihak ppim sudi membantu saya dulu saya pinjam rm1200 total kne bayar rm1920 sebulan rm320 tapi sekarang saya bru kerja so ada tunggak kn d saya tak mampu byr 2x je sempat bayar hutang selepas tu tak ad duit dah nk bayar.

Reply

41 Icha October 17, 2017 at 12:59 am

Assalamualaikum, saya masalah dgn Pinjaman Along. Saya berkerja. Ada 4 org anak masih bersekolah. Gaji saya hbs byr bunga dengan Along. Kini bergantung dengan suami sebagai pemandu Lori. Dengan keadaan ekonomi yang tidak bagus nie. Menyebabkan sukar. Saya Cuba untuk membuat pinjaman dgn bank untuk membayar hutang Along tetapi tidak lulus. Sekarang saya buntu memikir kan bagaimana untuk membebaskan diri dari belenggu bebanan kehutangan ini.

Reply

42 sue November 17, 2017 at 9:40 am

askum…skrg sya dah x ada cara dah mcm mne nk selesai hutg ahlong…sya terdesak nk guna duit pda hari tu…dgn jln mudah sya pinjam dgn ahlong..1k..sya sudah sentle 1k tu???tp ttp kna byr juga 1k lg kna byr dia kata denda sbb lmbt byr.tlg la sya…saya anak ada 4 org..duduk xlm ketakutan…

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie November 17, 2017 at 9:42 am

Wslm. Pn Sue contact PPIM. Mungkin PPIM boleh bantu.

Reply

44 Sulaimsn bin jiran December 14, 2017 at 5:46 am

Salam tuan saya tak pandai cakap panjang saya cerita sedikit masalah saya niaga jatuh utang banyak tak bolih bayar bantu saya tuan nak selasakan utang pening saya buntu nak selasakan tolong tuan. Selasaikan. Terima kasih

Reply

45 Mohd Zulkifli Shafie December 15, 2017 at 6:56 am

Wslm En. Sulaimsn,

Saya syorkan baca buku tulisan Dato Dr Rusly Abdullah (Chef Li) bertajuk Petunjuk Jalan Kekayaan. Beliau pernah lalui pengalaman yang sama dan share pengalaman tersebut dalam buku tu. En. Sulaimsn cari dan baca buku tu.

Reply

46 syakilah January 4, 2018 at 9:52 pm

saya mempunyai masalah keluarga yang sangat-sangat bermasalah. abang saya telah berhutang along sebanyak 30k dan ibu sya tdk boleh boleh buat pinjaman . abang saya telah lari ke Australia dan meninggalkan hutang2 d Sabah. saya masih belajar . dan saya bukan bukan beragama muslim. Ibu dan saya berada dalam kesusahan kerana along tersebut menagih hutangnya ke ibu saya.

Reply

47 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2018 at 9:55 pm

Salam Pn. Syakilah,

Puan boleh contact PPIM mohon bantuan. Tak ada masalah walaupun puan bukan Islam.

Reply

48 Nurul Fattihah Zainal January 19, 2018 at 2:26 pm

assalammualaikum… tuan… PPIM ni ada cawangan di sabah?

Reply

49 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2018 at 8:43 am

Wslm Pn Nurul.

Saya tak pasti.

Reply

50 Nara February 25, 2018 at 10:28 am

Saya ada mslh hutang ahlong dan money lnder dan telah berjumpa pihak ppim pada bulan ini di K”. Tiada PPim di sabah.. smga urusan puan d permudhkan.

Reply

51 Sayyidie syazwie January 22, 2018 at 12:19 pm

Assalamualaikum , ayah saya juga dalam masalah yang sama , hutang along terlalu banyak smpai saya kesian tgok ayah ..

Reply

52 Carmin February 12, 2018 at 10:02 am

Orang luar boleh dapat pinjaman KEh saya lagi butuh uang Buat bayar along yg sudah nelampau tinggi

Reply

53 kamal February 26, 2018 at 8:28 am

assalamuailaikum.. sy ad masalah dengan along..sy dh selesai semua pinjaman saya lebih dari saya pinjam. bah kan saya terpaksa bayar penalti yang along tu minta. sekarang penalti saya sehingga 8k oleh sebab lewat bayaran. macam mana saya nak selesaikan masalah dengan along ni.

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie March 7, 2018 at 7:12 am

Wslm En. Kamal,

Dapatkan bantuan daripada pihak PPIM. Terus contact PPIM.

Reply

55 Su March 29, 2018 at 6:05 pm

Assalamualaikum.. Mudah2an pihak PPIM dpt membantu saya.. Saya benar2 buntu dan tertekan sekarang..

Reply

56 Mohd Zulkifli Shafie April 1, 2018 at 6:16 pm

Wslm. Pn Su terus hubungi pihak PPIM.

Reply

57 sue April 14, 2018 at 10:26 pm

ppim ada d penang tak

Reply

58 Mohd Zulkifli Shafie April 15, 2018 at 6:20 am

tak pasti. puan boleh direct call PPIM.

Reply

59 hafiz June 14, 2018 at 5:45 am

assalammualaikum.. saya dalam masalah.. saya ditipu oleh kawan.. sehingga terlibat dengan ahlong.. saya ingin berkahwin.. dan ada bayaran ansuran kederaan yg masih blom langsai.. dan ditambah beban dengan hutang ahlong..
adakah pihak PPim bole bantu saya?? kalau ikut bulanan hutang saya tinggal 5 bulan.. saya sudah hampir tak mampu membayar hutang akibat kerja saya sekarang tak tetap..

Reply

60 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2018 at 6:26 am

Wslm En. Hafiz,

Saya tak pasti. Kena call terus PPIM.

Reply

61 Faizul July 7, 2018 at 11:24 pm

Salam cik zul. Saya terjebak dengan 5 pinjaman berlesen 4 masih bayar 1 dah x mampu. Nak telefon ppim x de credit . Terus pergi bole ke cik?

Reply

62 Mohd Zulkifli Shafie July 9, 2018 at 6:49 am

Wslm En. Faizul,

Boleh terus ke PPIM.

Reply

63 Azman August 9, 2018 at 3:11 am

Assalamualaikum,saya terjebak Pinjaman Wang berlesen tahun 2012 kerna Sara hidup yg tinggi,saya meminjam 1.5k,saya meminjam 3x Dan semua hutang dlm 5k mereka memangang kad bank,gj bersih saya masa itu dlm 700 lbh,saya telah membayar selama setahun lebih,Dan 2014 atas pengaruh kwn saya menyuruh block kad bank,saya,Hari ini pemungut hutang Dari saya meminjam yg dahulu selepas 3tahun lbh telah dtg ke rumah orang Tua saya dengan surat menagih hutang sebanyak rm31500,saya terkejut dengan jumlah itu,ketika itu saya X Ada Di Rumah saya Di Kota Kinabalu berkerja,saya betul2 perlu pertolongan.

Reply

64 Mohd Zulkifli Shafie August 9, 2018 at 8:08 am

Wslm En. Azman,

Contact PPIM untuk dapatkan bantuan daripada mereka.

Reply

65 Adam September 25, 2018 at 4:21 pm

Saya juga punyai masalah dgn Along… Saya sudah call PPIM tapi terpaksa berjumpa dgn PPIm di Kuala Lumpur saya pula di Terengganu…. Entah lah… Macam mana nak selesaikan masalah ini…

Reply

66 Adam September 25, 2018 at 4:19 pm

Saya juga punyai masalah dgn Along… Saya sudah call PPIM tapi terpaksa berjumpa dgn PPIm di Kuala Lumpur saya pula di Terengganu…. Entah lah… Macam mana nak selesaikan masalah ini…

Reply

67 Hisam October 25, 2018 at 12:04 am

Salam tuan,baru2 ni saya ada buat pinjaman sebanyak 3500 dari pinjaman berlesen, masalahnya saya terlupa hendak meminta salinan surat perjanjian, lepas 2 hari saya pergi ke pejabat mereka, nak minta salinan@melihat pun mereka tidak benarkan, saya dh mula syak syarikat ni ALONG, saya risau masalah besar akan timbul kelak, buat pengetahuan tuan saya buat pinjaman dengan syarikat tu pada 20/10/2018, stat bayar 6/12/2018.saya takut ditipu sebab silap saya sendiri tidak baca dulu surat perjanjian tu,selang sehari baru terfikir sn bertanya pada diri sendiri ‘kenapa tidak baca dulu sebelum sign’ tolong saya tuan, bolehkah saya rujuk pada PPIM. Minta pendapat dari tuan..
Dari johor.

Reply

68 Mohd Zulkifli Shafie October 25, 2018 at 10:44 am

Wslm En. Hisam,

Setahu saya PPIM akan bantu mana-mana peminjam dianiaya. En Hisam boleh contact PPIM.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: