MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Istimewanya Peniaga Yang Amanah Di Syurga Nanti

September 15, 2016

Saya adalah peniaga emas. Saya dealer (ejen) Public Gold yang dibayar komisyen. Setiap orang yang saya “introduce” membeli emas, Public Gold akan bayar komisyen. 

Maka salah satu tanggungjawab penting saya ialah berikan ilmu dan nasihat yang betul tentang emas.

Bila sesiapa contact saya suruh datang ke tempat dia dan ajar dia secara “face-to-face” tentang emas, saya mohon maaf dan saya tak datang.

Kalau dia betul-betul nak belajar, datang jumpa saya samada di rumah (cum pejabat) saya, di pejabat Public Gold atau terus datang ke mana-mana seminar saya. Atau setidak-tidaknya, berhubung dengan saya secara online atau telefon sahaja dulu.

Cara Saya Mengawal Diri

Kenapa begitu?

Bukankah saya dibayar komisyen bila orang membeli emas dari saya?

Setiap orang ada caranya tersendiri. Sebab paling utama bagi saya, saya mahu jadi GURU EMAS sebagaimana sifu saya En Syukor Hashim.

Selain daripada faktor adab berguru (i.e. anak murid kena cari guru), saya mahu bagi nasihat yang betul demi ‘poket’ pembeli emas, bukan poket saya.

Kalau saya pergi cari pembeli, saya akan keluarkan kos duit dan masa.

Jadi kalau saya dah keluarkan kos saya, takkan saya balik dengan “tangan kosong”, kan? Sekurang-kurangnya dapat komisyen yang boleh “cover” kos saya pergi balik.

Maka nak tak nak, saya akan berikan nasihat kepada bakal pembeli emas secara berat sebelah. Saya akan fikir ‘poket’ saya melebihi poket pembeli itu!

Konflik Poket Peniaga vs Pembeli

Saya tak nak jadi begitu. Saya nak jadi peniaga yang amanah dalam memberikan nasihat.

Saya nak duduk bersama pada Nabi s.a.w. di Syurga nanti.Sebab pesan Nabi s.a.w, peniaga amanah akan duduk bersama Nabi, siddiqqiin dan syuhada’ di Syurga. Itu tempat VVIP untuk golongan yang “rare” di Syurga.

Kalau naik flight, itu mungkin tempat “Business Class” (sekurang-kurangnya).

Saya baru pernah sekali merasa naik flight Business Class. Harga tiketnya boleh beli lima (5) tiket kelas ekonomi.

Tapi layanan, masyaAllah jauh bezanya... Kita diberi layanan sungguh istimewa sekali.

“Business Class” Di Syurga

Orang tengah melangup tunggu flight di balai berlepas, kita diberi makan dan berehat di Golden Lounge. Itu tempat menunggu yang sungguh selesa.

Masa orang beratur panjang nak masuk ke dalam flight, kita diberi masuk terlebih dahulu.

Orang lain duduk bersempit-sempit, nak keluar pergi toilet pun kena minta laluan dengan orang sebelah, tetapi kita diberi seat yang lapang lagi selesa.

Di Kelas Ekonomi pramugari panggil nama “Encik” sahaja, tapi Business Class dia panggil “Encik Zul”.

Layanannya bersifat personal. Nak makan apa pun, mintak sahaja selagi larat.

Memang sungguh istimewanya Business Class. Ia untuk golongan “rare” (i.e. berduit).

Rindu Duduk Bersama Nabi

Bagaimana agaknya layanan ‘business class’ di Syurga nanti ya?

Pesan Nabi s.a.w, peniaga yang AMANAH akan ditempatkan bersama Nabi, siddiqiin dan syuhada’ di Syurga. Itu tempat VVIP di Syurga, hanya untuk golongan yang “rare” di Dunia sahaja...

Lepas dah lebih 10 tahun terlibat dengan perniagaan, saya tahu nak jadi peniaga yang benar-benar amanah bukan mudah. Kita boleh kelihatan baik di depan pelanggan, tetapi ‘kerja-kerja’ di belakang tabir, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.

Peniaga yang amanah, benar-benar golongan yang “rare”.

Maka jadilah yang “rare” itu...

Mudah-mudahan kita juga menjadi golongan yang terpilih itu, InsyaAllah.

“Peniaga yang benar dan amanah (akan ditempatkan) bersama dengan para nabi, siddiqin dan shuhada (di Syurga)” – Hadis direkodkan oleh At-Tirmizi, bertaraf ‘hasan’

Zulkifli
Jakarta
15 September 2016
13 Zulhijjah 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Masya Allah…hebat nya hikmah menjadi peniaga yang jujur…Semoga Tn Zul, saya dan kita semua dihimpunkan di dalam syurga bersama Nabi SAW, dan para VVIP yang lain, Insya Allah.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >