Kita Adalah Mekanik Kewangan Sendiri

by on September 20, 2016

Post image for Kita Adalah Mekanik Kewangan Sendiri

Kalau kereta rosak, kita boleh hantar ke bengkel kereta dan biarkan mekanik tolong baiki. Walaupun kita tak tahu apa-apa pasal hal kereta, ia tetap boleh dibaiki. Kita hanya perlu bayar sahaja servis mekanik tersebut, segala masalah akan selesai.

Tetapi bila kewangan rosak (i.e. hutang banyak), tak ada orang yang boleh tolong baiki selain diri kita sendiri. Pergilah jumpa pakar kewangan sekalipun, mereka tak boleh tolong baiki. Mereka hanya boleh tunjukkan “possible solution” sahaja. Ia mungkin sesuai dan mungkin juga tak sesuai dengan kita. Yang akan baikinya nanti tetap diri kita sendiri juga.

Tiada Sesiapa Boleh Tolong

Jadi dalam perihal kewangan, setiap kita mesti belajar untuk perbetulkan kewangan kita sendiri. Jangan mengharapkan orang lain, apatah lagi mengharapkan “salesman” produk kewangan bagi memperbetulkan kewangan kita. Ejen emas (seperti saya), ejen takaful dan insuran, ejen unit trust, ejen hartanah, ejen saham, ejen pinjaman bank dan lain-lain, itu semua Robert Kiyosaki istilahkan sebagai “broker”.

“Broker” berasal daripada perkataan “broke”, iaitu bermaksud “pokai”. Kalau membiarkan kewangan kita dibaiki oleh “broker”, mereka cenderung membuatkan kewangan kita lebih pokai sebab mereka mempunyai motif komisyen jualan.

Apa yang perlu kita tahu, kebanyakkan mereka yang menggunakan gelaran “financial advisor” sebenarnya hanyalah seorang “salesman” pelaburan macam saya juga. Mereka ada produk yang mereka jual. Jadi kita mesti menilai dari sudut ilmu.

Nasihat Ejen Produk Kewangan

Walaupun begitu, nasihat dari “salesman” pelaburan itu penting sebelum kita melabur sebab mereka lebih tahu tentang produk yang mereka jual. Tetapi untuk membuat keputusan akhir, kita mesti menilai semula mengikut matlamat kewangan kita sendiri.

Walaupun pesan Warrent Buffet, “never ask a barber when you need a hair cut”, tetapi kalau tanya tukang rumah untuk potong rambut pun tak betul juga. Nanti dia ketuk kepala dengan tukul baru tahu!

Jadi nasihat saya, ambil tanggungjawab perbaiki kewangan kita sendiri. Banyakkan membaca buku-buku kewangan (termasuk buku pelaburan dan bisnes), dan hadir ke seminar-seminar yang dianjurkan oleh mereka yang telahpun terbukti berjaya. Hanya itulah cara untuk menjadi mekanik yang akan membaiki kewangan kita sendiri, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
20 September 2016
18 Zulhijjah 1437H

[Kredit foto : davietjal]

{ 12 comments… read them below or add one }

1 nain September 20, 2016 at 10:15 pm

info yg bagus

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 23, 2016 at 11:37 pm

Alhamdulillah.

Reply

3 akubiomed September 21, 2016 at 4:38 pm

Mencari ilmu itu penting supaya boleh check and balance apa yang disampaikan oleh Salesman tidak tersasar.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 23, 2016 at 11:37 pm

Betul En. Azrin.

Reply

5 Sham September 23, 2016 at 8:03 am

Assalamualaikum Saudara Zul..alhamdullilah saya terlihat blog saudara dan dapat serba sedikit tips untuk saya.Saya bakal menjadi penganggur lagi 2 bulan dan saya seumpama “Lost”kerana ia terjadi secara tiba2 bila tempat saya berkerja telah mengumumkan skim retrenchment.Saya berkerja selama 21 tahun di company ini dan berasa amat selamat dan tidak pernah berfikir akan di buang kerja.Terima kasih diatas pengkongsian.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie September 23, 2016 at 11:38 pm

Wslm En. Sham,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

Saya doakan Allah permudahkan urusan En. Sham, amiin ya Allah.

Reply

7 Zahidah Omar September 24, 2016 at 7:06 pm

Blog En. Zul byk memberi kesedaran kepada saya untuk menyimpan dan cara untuk menyimpan. dulu saya langsung tiada simpanan. bukan sy tak mahu menyimpan tapi saya tak tahu tekniknya. saya rasa sukar utk menyimpan. setelah baca buku zero hutang barulah saya tahu. pada 2015 baru saya tahu tentang simpanan emas.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie September 24, 2016 at 8:44 pm

Salam Pn. Zahidah,

Alhamdulillah. Saya turut gembira dengan perkembangan positif kewangan puan.

Terima kasih juga sebab berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

9 siti hazreen September 27, 2016 at 12:00 am

betul, kita kena banyak membaca, tak boleh bergantung pada ajen sahaja 😉

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2016 at 3:29 pm
11 farhan September 29, 2016 at 2:38 pm

Terima kasih… baca blog tuan sangat memberi manfaat dan motivasi.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2016 at 3:22 pm

Sama-sama En. Farhan. Alhamdulillah.

Terima kasih berziarah ke blog ini.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: