Tempat Terbaik Menjual Emas

by on October 5, 2016

Post image for Tempat Terbaik Menjual Emas

Bagi penyimpan emas, bila nak pakai duit, tempat terbaik jual emas ialah tempat asal di mana kita membelinya. Maksudnya, kalau beli emas jenama Habib Jewel, jual balik kepada Habib Jewel juga. Jangan jual kepada kedai lain seperti Wah Chan ataupun Poh Kong. Habib Jewel akan beli balik pada harga lebih tinggi untuk emas keluarannya sendiri, tetapi syaratnya, mesti tunjukkan RESIT ASAL dan emas tu masih dalam keadaan yang baik; tanpa calar, kemek, bengkok. Kalau gold bar atau syiling emas itu dikeluarkan dengan plastik seal (kekal), pastikan ia masih dalam keadaan baik.

Emas jenama lain pun macam itu juga. Kalau beli emas Wah Chan, lebih baik jual semula kepada Wah Chan untuk dapat harga terbaik. Walaupun kedai emas yang lain terima emas jenama Wah Chan, tetapi mereka beli dengan harga lebih rendah.

Jenama Emas Paling Tak Cerewet

Dari sudut menjual balik emas, kalau di Malaysia, jenama yang paling tak cerewet bila nak jual balik ialah emas Public Gold. Public Gold jamin beli balik emas tu dengan HARGA MAHAL sebagaimana harga “PG BUY” yang dipaparkan di web www.publicgold.com.my TANPA perlu tunjukkan RESIT pembelian asal.

Bahkan bagi emas Public Gold yang berseal kekal, kalau plastik seal itu terbuka ataupun rosak, SPREAD / susut nilai yang dikenakan cuma 10% (berbanding spread asal 8%). Ia berbeza dengan kebanyakkan jenama emas lain. Kalau di bank, emas yang rosak bank tak akan beli balik. Kita terpaksa menjualnya di kedai emas. Kalau jual di kedai emas, mereka kenakan potongan harga sekitar 25% – 40% jika kondisi emas itu dah tak berapa elok. Jadi kita akan kerugian besar.

Setakat pemerhatian saya sejak 2010, syarikat yang beli harga paling tinggi untuk emas yang rosak ialah Public Gold.

dinar emas public gold 24k buka seal rosakEmas yang terbuka seal plastik begini, Public Gold jamin beli balik pada dengan spread hanya 10%. Kalau nak senang kira, rujuk harga “PG Sell” di website, kemudian tolak sahaja 10%.

emas pamp suisse lady fortunaEmas jenama selain Public Gold, biasanya kedai emas beli dengan spread 25% dan boleh mencecah 40%. Untuk kira anggaran harga, tanya berapa harga harian yang mereka jual, kemudian tolak 25%.

Buy Back Poh KongSyarat yang diletakkan oleh kedai emas Poh Kong kalau nak jual balik emas tersebut.

Jadi  bagi saya, simpan emas jenama Public Gold paling “peace of mind”. Tak perlu risau hilang resit, hilang sijil, bahkan tak perlu risau kalau plastik seal terbuka, emas tercalar, terkemek ataupun bengkok sebab kita masih boleh jual balik kepada Public Gold pada harga tinggi (i.e. spread rendah). Yang penting, berat asal masih kekal.

Jual Kepada Komuniti Emas

Akhir sekali, sebenarnya cara paling untung jual emas ialah jual kepada kenalan sendiri (yang juga penyimpan emas) sebab kita boleh ‘runding’ harga. Kita tak perlu terikat dengan harga yang ditetapkan oleh pengeluar. Kita boleh runding untuk dapat harga win-win. Kita boleh dapat harga lebih tinggi berbanding jual balik kepada pengeluar, dan kawan kita dapat beli harga lebih rendah berbanding beli terus dari pengeluar. Dua-dua dapat untung.

Tetapi syaratnya, kita perlu wujudkan ‘komuniti emas’ kita sendiri yang sama-sama menyimpan emas. Bila nak jual, kita offer dulu kepada komuniti kita. Bila nak beli, cuba tanya kalau-kalau ada ahli dalam komuniti kita nak jual emas.

Macam mana cara wujudkan komuniti sendiri?

Caranya ialah bagi kesedaran kepada kenalan kita tentang kelebihan menyimpan emas. Mungkin boleh share posting blog atau facebook tentang emas yang bagus, atau kongsikan secara peribadi bila jumpa dengan kawan-kawan. Bila dah ramai kenalan menyimpan emas, waktu itu barulah wujud komuniti emas yang saya maksudkan itu.

Ia usaha yang memakan masa. Tapi ia menguntungkan kita dan semua ahli komuniti emas kita dalam jangka panjang, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
5 Oktober 2016
4 Muharram 1438H

[Kredit foto : goldfathertowson]

{ 3 comments… read them below or add one }

1 skyfun October 5, 2016 at 7:51 pm

kalau nak gadai mcmna pula?sesetengah org seperti sy tidak suka menjual emas sendiri tetapi lebih cenderung untuk mengadainya jika kesuntukkan duit.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie October 6, 2016 at 7:16 am

Kalau nak gadai, ia bergantung kepada jenama emas tu. Dan perlu tahu, setiap ar-rahnu tu polisinya berbeza-beza dan boleh berubah-ubah.

Kalau emas Public Gold, tempat terbaik untuk pajak buat masa sekarang ialah Pos Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu KPMNJ (Johor) sebab mereka terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.

Reply

3 azrinros October 14, 2016 at 2:40 pm

Panduan yang berguna beli mudah nanti jual pula masalah. Ikut saranan yang diberikan insyllah mudah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: