Kualiti Terpenting Berjaya Dalam Bisnes

by on November 4, 2016

Post image for Kualiti Terpenting Berjaya Dalam Bisnes

Pesan En. Syukor Hashim yang merupakan salah seorang guru bisnes saya, katanya kualiti paling penting untuk berjaya dalam bisnes ialah kejujuran. Bila orang mahu berurusan dengan kita, mereka menilai kita samada “boleh dipercayaai” atau “tak boleh dipercayaai”. Itu penilaian pelanggan yang paling penting supaya setiap duit yang mereka bayar adalah berbaloi.

Berbaloi bukan bermaksud murah, tapi NILAI yang diberikan itu lebih tinggi dari HARGA yang dikenakan. “Harga” ialah apa yang kita bayar, manakala “nilai” ialah apa yang kita dapat.

Semalam saya pergi baiki van di satu kedai “wiring” di Pasir Mas sebab masalah bateri selalu habis. Bila pomen cek bahagian pengecas bateri yang dipanggil “alternator”, katanya ia masih ok, tetapi bateri tak masuk cas. Bila dia cek lebih terperinci, katanya “alternator” yang digunakan di van saya itu tak cukup kuasa berbanding saiz van itu. “Alternator” sekarang pakai 90 amp, sepatutnya kena gunakan alternator yang 110 amp atau 140 amp.

Poket Sendiri vs Poket Pelanggan

Maka kalau kedai biasa, penyelesaianya ialah tukar “alternator” yang kuasa lebih besar. Kosnya RM500 lebih kalau jenama biasa atau RM1,500 lebih kalau jenama original.

Pomen itu bagi tahu katanya, sayang kalau nak tukar baru sebab alternator yang saya pakai sekarang sangat baru dan “original”. Memang betul, saya baru tukar baru dengan kos RM1,700 awal tahun hari tu di satu worskop di Sri Damansara, Selangor.

Jadi dia tolong cuba test sana-sini, kot-kot boleh cari alternatif lain yang lebih murah. Akhir sekali dia jumpa penyelesaian yang menjimatkan, iaitu hanya perlu tambah “wayar bumi”, dan tak perlu tukar “alternator” baru! Lepas pasang wayar bumi tambahan, dia test balik, alhamdulillah, masalah yang membelengu fikiran saya tentang van ini (sudah beberapa bulan) akhirnya selesai!

Caj yang dikenakan hanyalah RM25!

Aduh, kenapa murah sangat? Dalam fikiran saya, sekurang-kurangnya saya perlu berhabis RM2,000 untuk selesaikan masalah ini… Walaupun dia cuma minta RM25, tetapi saya hulur sahaja RM50, dan tak perlu bagi duit baki. Keep the change!

Cari Bahagia Dalam Berniaga

Pomen Cina itu ucapkan “terima kasih, terima kasih”. Sebenarnya, sayalah yang sepatutnya berterima kasih sebab dia tolong selesaikan masalah van saya ini. Dengan NILAI yang saya dapat, saya sanggup bayarnya dengan HARGA lebih mahal dari apa yang diminta. Bahkan kalau orang tanya saya, saya boleh syorkan sesiapa sahaja yang ada masalah “wiring” kereta untuk pergi ke kedai itu. Jujur dalam berikan servis terbaik adalah kualiti yang susah kita jumpa dari kalangan peniaga.

Saya percaya, sesiapa yang berniaga begini, dia pasti akan maju. Cepat atau lambat, hanya masa sahaja yang menentukannya. Bukan sahaja boleh dapat duit yang banyak dan rezeki melimpah ruah, tetapi yang lebih penting, hidupnya akan bahagia. Sesiapa yang membahagiakan orang lain, Tuhan pasti kembalikan kebahagiaan itu kepadanya kembali, insyaAllah.

Zulkifli
4 November 2016
4 Safar 1438H
Pasir Mas, Kelantan

[Kredit foto : scape]

{ 21 comments… read them below or add one }

1 Roswati Abu Bakar November 4, 2016 at 1:23 pm

Assalam en. zul,
Betul!..bila kita terasa mndpt nilai yg lebih. kita tak akan sayang utk mmbayar lebih.
terima kasih atas perkongsian. akk sentiasa ternanti nanti artikel yg en zul tulis. semuanya mmberi manfaat dan panduan.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie November 4, 2016 at 5:59 pm

Wslm Kak Roswati,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.

Terima kasih berziarah ke blog ni.

Reply

3 dzul November 4, 2016 at 10:06 pm

rasa sedih baca tentang kejujuran

Reply

4 akubiomed November 4, 2016 at 10:21 pm

Kejujuran membuatkan pelanggan terpikat nak datang lagi.

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2016 at 7:57 pm

Betul En. Azrin.

Reply

6 siti hazreen November 5, 2016 at 12:31 am

alhamdulillah en.zul jumpa kedai yang berbaloi-baloi.

kedai yang bagus sampai bila-bila kita ingat dan akan promote dengan sedara mara. tapi kalau kedai yang hampeh, kita akan promote jugak tapi promote supaya jangan pergi hehe

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2016 at 7:57 pm

Betul Pn. Siti Hazreen.

Reply

8 Zamree November 5, 2016 at 7:32 am

Tn Zul, zaman sekarang memang sukar untuk cari peniaga yang jujur seperti dalam artikel ini. Walaupun beliau bukan Islam tetapi akhlak beliau mirip ajaran Islam.

Peniaga yang jujur akan bersama-sama Nabi SAW di dalam syurga kelak.

Moga Allah buka kan hatinya untuk memilih Islam dalam hidupnya, Insya Allah.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2016 at 7:57 pm

Betul En. Zamree.

InsyaAllah..

Reply

10 raihanah November 7, 2016 at 8:33 am

betul tu cik, biar kita bisnes buat pahala juga kan

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2016 at 7:56 pm

Betul Pn. Raihanah.

Reply

12 zulhilmi November 8, 2016 at 10:45 am

xperlu entry pjg berjela2, cukup dgn isi yang ringkas dan bermanfaat.

moga en.zul sentiasa update setiap hari blog yg perlu dibaca ini

terima kasih

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2016 at 7:55 pm

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

14 azrai November 9, 2016 at 11:53 am

“Sesiapa yang membahagiakan orang lain, Tuhan pasti kembalikan kebahagiaan itu kepadanya kembali, insyaAllah.”
Saya pegang perkara ni, semuanya milik Allah, jadi balasan baik Allah la yang kita pasti akan dapat.

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2016 at 7:58 pm

InsyaAllah.

Reply

16 rohaizah khamis November 9, 2016 at 6:00 pm

Assalamualaikum Encik Zul ,

Benar.

Situasi ini kerap berlaku pada saya. kejujuran membuatkan kita sendiri akan ulang ke kedai yg sama juga kita akan promote kedai mrk kpd org lain.

MAHAL NILAI KEJUJURAN!

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2016 at 7:55 pm

Betul puan.

Reply

18 shahrul November 15, 2016 at 12:53 pm

salam tuan..tips yang bermanfaat..terima kasih

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie November 15, 2016 at 2:34 pm

Wslm En. Shahrul,

Alhamdulillah.

Reply

20 cikgu faisal November 27, 2016 at 7:05 am

Assalamualaikum, saya pun pernah alami situasi sama. Pomen tersebut guna gam baiki kerosakan tersebut dan tak perlu tukar barang. Alhamdulillah dah lebih 1 tahun saya guna dan masalah pun tak berulang upah pun dia tak tetapkan. Dan paling penting dia sanggup lewatkan plan untuk untuk berhari raya pada pagi tue untuk tolong saya dan family baiki kerosakan kereta kami. Rasaya kalu bagi rm500 pun saya sanggup , sebab sparepart kereta memang mahal, lastly saya bagi upah baiki rm50 pada dia. Respect pada mereka yang jujur dan bersikap benar .

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:36 am

Wslm.

Betul tu cikgu faisal.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: