UPSR dan Masa Depan Anak-anak

by on November 25, 2016

Post image for UPSR dan Masa Depan Anak-anak

Hari keputusan UPSR hari itu, saya dan isteri sama-sama pergi ambil keputusan di sekolah. Kami sampai lewat sedikit, jadi semua murid-murid sudahpun ambil keputusan masing-masing, termasuk Aisyah (anak sulong kami).

Masa sampai di dewan tempat ambil keputusan, kami panggil Aisyah yang sedang duduk bersama kawan-kawan. Semasa dia berjalan ke arah kami, isteri saya beritahu “tengok air muka Aisyah tu, rasanya keputusannya kurang bagus”. Memang betul, dia tunjukkan keputusan, tak ada satu pun dapat A. Saya hanya tersenyum dan terus ucapkan kepada Aisyah, “Alhamdulillah. Tahniah Aisyah. Tak apa, usaha lagi. Malam ni Papa Mama belanja kek kesukaaan Aisyah!”.

Skor “A” Bukan Segala-galanya

Aisyah menangis sebaik sahaja tunjukkan keputusan itu. Saya lihat kawan-kawan Aisyah kebanyakkan air muka tak ceria. Daripada 300 pelajar darjah 6, hanya seorang sahaja yang dapat 6A. Aisyah pula, tak ada satu pun dapat A.

Walaupun kami selalu beritahu Aisyah, “Papa dan Mama tak kisah Aisyah dapat berapa A”, tetapi suasana di sekolah ketika itu membuatkan dia turut sama sugul bersama kawan-kawannya.

Kami betul-betul tak kisah sebenarnya.

Kalau Aisyah dapat skor “A”, ia hanyalah bonus bagi kami. UPSR sebenarnya hanya untuk kemasukan tingkatan 1 sahaja. Kalau keputusan baik, dia ada peluang masuk ke sekolah menengah yang lebih berprestij. Tetapi untuk Aisyah, kami sudah ada perancangan lain. Kalau dia dapat 6A sekalipun, kami tetap akan ikut perancangan kami.

Jujurnya, kami tak ‘menyerahkan’ masa depan anak-anak kami kepada pihak sekolah dan sistem pendidikan hari ini, sebaliknya kami sudah ada perancangan yang lebih untuk masa depan mereka semua.

Fokus Pembentukan Peribadi

Biarlah mereka seronok belajar di sekolah tanpa tekanan yang tak sepatutnya. Bagi anak-anak sekolah rendah, fokus kami hanyalah PEMBENTUKAN PERIBADI dan biarkan mereka nikmati zaman kanak-kanak mereka. Kami tak mahu bebankan mereka dengan “expectation” orang lain – kena skor seberapa banyak A yang boleh.

Sebab akhir sekali, kita mahu mereka jadi seorang manusia yang mempunyai sifat MANUSIAWI, bukan menjadi ROBOT. Saya percaya, mereka tetap akan “catch up” dalam pelajaran bila tiba masanya.

Sebab itu, kami tak pernah marah anak-anak kalau mereka tak dapat skor dalam akademik, tetapi saya marah kalau mereka tinggalkan solat dan berakhlak tidak baik sebab Tuhan marah.

Kalau mereka jaga solat dan berakhlak baik, mereka pasti berjaya sebab Allah sudah janji, siapa bertaqwa kepada Allah, pastikan akan diberikan jalan keluar dan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka. Orang bertaqwa akan disayangi oleh Allah dan Rasul, dan sudah tentunya manusia pun akan suka dengan orang yang baik. Kalau langit dan bumi sudah suka, buat apa pun mereka akan berjaya, insyaAllah.

Pedulikan “Expectation” Orang Lain

Jujurnya, saya kesian dengan kawan-kawan Aisyah.

Aisyah pernah tanya kami, “kenapa Papa dan Mama tak marah kalau Aisyah tak dapat skor A? Kawan-kawan Aisyah, kebanyakkan papa mama mereka akan marah kalau tak dapat A”. Kami beritahu Aisyah, “Papa Mama nak Aisyah seronok belajar. Pergi sekolah untuk dapat ilmu sebanyak mungkin, nanti ilmu itu kita boleh amalkan dalam hidup”.

Kami tak mahu anak-anak belajar kerana expectation orang lain. Kalaupun mereka dapat skor demi expectation orang lain, akhir sekali ilmu itu akan dibakul-sampahkan juga.

Ia berbeza kalau mereka belajar dengan penuh minat. Walaupun sedikit, ilmu itu akan bermanfaat untuk masa depan mereka, insyaAllah.

Stress Ibubapa, Guru dan Anak-Anak

Sebenarnya, kami sudah beberapa tahun memikirkan tentang halatuju pendidikan anak-anak. Kami sebenarnya kesian kepada anak-anak generasi sekarang. Mereka seolah-olah tak ada “life”. Mereka tak menikmati keseronokkan zaman kanak-kanak seperti kita suatu ketika dahulu.

Ibubapa stress dengan kerja, kewangan dan kehidupan hari ini. Guru-guru stress dengan pelbagai kerja-kerja tambahan di luar kelas serta expectation pihak atasan hingga hilang keseronokkan sebenar mendidik. Anak-anak pula stress dengan expectation guru dan ibubapa. Ibubapa sibuk pergi kerja dan cari duit. Anak-anak pula sibuk pergi sekolah dari pagi sampai ke petang, siap dengan kelas tambahan lagi pada waktu malam. Pagi sekolah kebangsaan, petang pula sekolah agama.

Persoalannya, bila waktu untuk mereka bermain? Anak-anak ini perlu bermain untuk perkembangan minda mereka.

hari-graduasi-keputusan-upsr

Anak-Anak Perlu Bermain

Zaman kanak-kanak kita dahulu, pembelajaran tidak sesibuk hari ini, tetapi kita tetap jadi ‘manusia’ juga. Zaman kanak-kanak kita dahulu, waktu petang wajib keluar bermain sehingga Mama dan Abah saya dulu suruh keluar rumah waktu petang. Jangan terperuk dalam rumah, sebaliknya keluar bermain dengan kawan-kawan pada waktu petang. Jarang sekali waktu petang saya tak keluar bermain. Itulah kehidupan zaman kanak-kanak kita.

Jadi melihat kehidupan dan tekanan pendidikan hari ini, kami cuba perlahankan hidup untuk berfikir ke mana halatuju pendidikan anak-anak kami. Akhir sekali, kami mahu mereka jadi manusia yang baik sahaja.

Dari sudut kerjaya, kami tak perlu risau.

Tempat Mencari Ilmu Kekayaan

Kalau mereka COPY sahaja ‘kejayaan’ kami hari ini, itupun pun sudah cukup bagus. Kalau belajar sekadar untuk dapat kelulusan dan kerja yang bagus, saya rasa saya sudah ada FORMULA SENDIRI yang lebih baik untuk mereka, insyaAllah.

Kalau belajar tinggi-tinggi sebab nak cari duit dan nak kaya, sebenarnya sekolah dan universiti tak ajar kita untuk jadi kaya bak kata seorang guru kewangan bernama Robert Kiyosaki. Universiti hanya mengajar kita jadi pekerja yang baik, bukan untuk jadi kaya. Kalau nak kaya, kita perlu belajarnya dari orang kaya-kaya. Dan majoriti orang kaya bukanlah seorang pekerja, tetapi mereka adalah pemilik bisnes.

Jadi kalau nak kaya, anak-anak kita ini perlu disekolahkan terus dengan pemilik bisnes yang dipanggil “mentoring” ataupun “berkuli”. Kalau mereka nak jadi pemilik bisnes makanan, mereka kena berkuli terus dari pemilik bisnes makanan yang berjaya, bukan belajar di universiti.

Belajar Berkiblatkan Ilmu

Pergi universiti itu bagus, tetapi fokus kita sepatutnya untuk dapat ilmu dan pengalaman tentang kehidupan, bukan sangat tentang kelulusan. Banyak perkara yang boleh dapat di universiti selain kelulusan. Di universiti kita boleh dapat ilmu, dapat pengalaman tentang bermasyarakat dan kepimpinan, dan lain-lain pengalaman di luar bilik kuliah.

Maksudnya, perbetulkan kiblat pendidikan kepada pembentukan jati diri dan ilmu, dan jadikan proses pembelajaran itu sebagai pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka. Proses pembelajaran itu bukan bertitik noktah pada keputusan peperiksaan sekolah atau universiti, tetapi ia proses berterusan sepanjang hayat mereka, insyaAllah.

Akhir sekali nasihat saya, bagi anak-anak yang tak dapat cukup “A”, jangan ‘dibunuh’ jiwa mereka. Perjalanan mereka masih panjang. Kita ibubapa adalah MENTOR dalam hidup mereka. Motivasikan mereka dan berikan panduan cara berfikir yang betul atas setiap pengalaman yang mereka lalui hari ini. Kalau Jack Ma (lelaki terkaya di China) pernah gagal dalam banyak temuduga termasuk untuk bekerja di KFC, tetapi akhir sekali belau adalah pemilik KFC, maksudnya, cepat atau lambat, mereka tetap “A” dalam hidup mereka kalau kita bimbingnya dengan betul, insyaAllah.

Zulkifli
Johor Bahru
25 November 2016
25 Safar 1438H

[Kredit foto : open-minda]

{ 29 comments… read them below or add one }

1 Zahidah Omar November 25, 2016 at 7:55 pm

Salam. Saya pun ada anak yg ambil upsr pd thn ini. Dan anak saya pun tak dapat A tapi sebelum exam dulu dia gembira mengulang kaji pelajaran tanpa tekanan. Saya duduk di sebelah dia untuk beri semangat semasa belajar di rumah. Anak saya agak kecewa sebab tak dapat A. Saya kata pada dia tak apa sebab kita dah usaha. Saya pun selalu ingatkan anak2 saya, yg lebih utama ialah bertaqwa kepada Allah.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:30 am

Wslm. Terima kasih Pn. Zahidah ada perkongsian pengalaman yang menarik.

Reply

3 Zahidah Omar November 25, 2016 at 8:22 pm

Salam. Saya harap ibu bapa sekarang janganlah terlalu menekan anak2 untuk dapat keputusan cemerlang. Saya ni seorang guru sekolah rendah. Tahun lepas seorang murid kelas saya tak berani nak tunjukkan buku laporan pada ibu bapanya. Bila dia kembalikan buku laporan pd saya, buku tu ditanda tangani dgn pensel. Saya pun tanyalah dia, kenapa ayah kamu sign dgn pensel, dia kata ayah saya takda pen. Pd masa tu saya terfikir mungkin ayah dia tak sempat cari pen. Tak lama selepas tu ibu dia sms saya dan kata dia susah hati anak dia tak rajin belajar di rumah. Saya pun tanya ada tak anak puan tunjuk buku laporan pada puan. Dia kata tak ada. Rupanya anak dia dah cuba tiru tandatgn ayah dia sebab takut nak tunjukkan keputusan peperiksaan yg “kurang baik”. Murid tu baru darjah 3. Saya rasa kasihan pd dia. Saya kata pada ibunya, kalau boleh puan janganlah marah pada anak puan, barulah dia tak takut nak tunjukkan buku laporan pada puan. Ibu tu jawab, baiklah cikgu.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:30 am

Wslm. Terima kasih Pn. Zahidah ada perkongsian pengalaman yang bagus sebagai iktibar untuk para ibubapa.

Reply

5 Zamree November 25, 2016 at 9:53 pm

Setuju sangat dengan pendekatan Tn Zul…

Harap lebih ramai ibubapa yang cepat sedar bahawa bilangan A bukanlah penentu mutlak kejayaan masa depan.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:31 am

InsyaAllah En. Zamree.

Reply

7 azrinros November 26, 2016 at 2:58 pm

Baru-baru ini isteri beritahu anak lelaki saya didedahkan program keusahawan di pra-tadika. Anak-anak ini dengan tunjuk ajar menjadi peniaga dan pembeli.

Sebagai ibubapa saya sangat mengalu-alukan modul keusahawan ini walaupun asas tetapi anak-anak ini didedahkan pada usia mudia. Pada peringkat ini saya tidak mengharapkan anak-anak ini kira profit and loss atau accounting. Cukup sekadar pendedahan menjadi penjual dan pembeli tahu nak pulang duit return pun dah cukup baik.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:32 am

Bagus. Kita ibubapa kena rancangan halatuju anak-anak dari kecil lagi tanpa terikat dengan expectataion orang lain. Dan berikan sokongan untuk mereka maju. InsyaAllah.

Reply

9 siti hazreen November 26, 2016 at 8:49 pm

saya setuju, budak-budak kena banyak main. dengan bermain diorang dapat belajar. saya risau dengan pendidikan sekarang yang terlalu exam oriented huhu

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:32 am

Betul.

Reply

11 cikgu faisal November 27, 2016 at 6:51 am

Assalamualaikum, tuan. Anak saya pun baru abis UPSR tapi tak ade pun yang dpt A. Bagi saya apa yang penting adalah pada anak adalah sikap mereka terhadap kegagalan, bagaimana mereka tanganinya. Sikap positif seperti tak putus asa, rajin, kreativiti , seronok dgn apa yg dilakukan itu lebih penting untuk berjaya. Makna kata jati diri mereka perlu mantap untuk menghadapi cabaran hidup bila tamat belajar nanti . Itu saja sebagai perkongsian harap ia dapat dimanfaatkan .

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:34 am

Wslm Cikgu Faisal.

Betul, dari satu aspek, sebenarnya mereka belajar tangani kegagalan supaya menjadi kejayaan di masa hadapan. Itu membentuk jati diri mereka. InsyaAllah.

Reply

13 Razak November 27, 2016 at 11:59 am

Betul tu tuan. Belajar kena minat.Dan juga kena suruh dan biarkan anak bermain lepas Asar.Kalau kita belajar kitab pun pernah kita dengar anak-anak 1 hingga 7 tahun BERMAIN.Mula 7 TAHUN baru kena galakkan sembahyang..bukannya puasa.(kalau salah harap perbetulkan..)Nampak tak ,bermain bukannya hantar tuition seawal 6 tahun.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:34 am

Setuju.

Reply

15 movers and packers November 27, 2016 at 5:48 pm

Ramai sangat ibu bapa yang mahukan terbaik untuk anak tapi mereka lupa akan naluri anak tu sendiri. bagi sy sebagai seorang bapa. kita perlu beri kebebasan dan ajar anak buat keputusan sendiri. beritahu mereka tentang cause and effect atas setiap keputusan dibuat..

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:35 am

Betul tuan.

Reply

17 thehaikal November 27, 2016 at 11:39 pm

Salam tuan,

Nak skor banyak A telah sebati dengan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Walaupun dalam satu sudut mungkin ia penting, tetapi kadangkala bilangan A lebih dipandang daripada perkembangan akhlak kanak-kanak itu sendiri.

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:36 am

Wslm En. Haikal,

Betul, kita ibubapa yang kena perbetulkan perspektif kita tentang pendidikan terlebih dahulu.

Reply

19 Cahaya Iman November 28, 2016 at 9:45 am

Asalamualaikom tuan,
Saya bertugas di sebuah sekolah kampung. Saya juga mengajar Bahasa Inggeris tahun 6. Walaupun saya berharap anak2 murid saya akan mendapat result yang baik tetapi saya juga sentiasa percayakan konsep redha. Anak anak kita di sekolah mempunyai potensi yang berbeza beza dan potensi ini kadang kala tidak dapat diiktiraf oleh sistem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan di negara kita. Sebab inilah saya selalu berkata secara guraun kepada anak anak saya di sekolah yang selalu tidak skor- “Awak nanti akan jadi Dato Aiman dan memiliki 20 boat nelayan laut dalam sebab awak pandai memancing”. Kata kata adalah doa. Itulah doa saya kepada anak anak ini. Kepada ibu bapa, jangan putus asa terhadap anak anak anda. Guru di sekolah sentiasa melakukan terbaik dan berdoa yang terbaik untuk anak anak kita.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:29 am

Wslm.

Terima kasih cikgu atas pandangan yang bagus. Saya setuju, ada aspek kepandaian anak-anak kita yang tidak dapat diiktiraf oleh sistem pendidikan kita sekarang.

Reply

21 amd trmz December 2, 2016 at 11:48 am

Nak tanya. Kalau saya order online emas public gold guna nombor pg tuan dan saya terus telefon cawangan terdekat. Cawangan terdekat kata ada stok order tu. Boleh ke saya bayar terus dicawangan berkenaan tanpa perlu pergi bank in atau bank transfer duit tu ke akaun pg. Maksudnya order online, terus telefon, kalau cawangan kata ada stok, terus bayar kat sana
Tima kasih.

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2016 at 8:49 am

Boleh tuan.

Reply

23 SHARIZAL MAZALAM December 3, 2016 at 4:23 pm

ASALAMUALAIKUM CIK ZUL..!
POST YANG MENARIK NI..! TAHNIAH..!
BUAT AISHAH PERJALANAN MASIH JAUH DAN BANYAK CABARAN LAGI DI DEPAN..! BELAJAR DENGAN PAPA DAN MAMA CARA BISNES JUGA SATU YANG MENARIK..! INSYAALLAH..! MOGA JADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH..! AMEEN..!

Reply

24 kakIza December 3, 2016 at 5:34 pm

salam.. segan akak nak letak website akak.. he he he
Akak kenal encik zul melalui BOP di PJ..
Tentang artikel, tahniah kerana menjadi parents yang memahami situasi malang anak2 zaman sekarang dan juga situasi hiba kami guru zaman sekarang. Bukan guru2 x berusaha keras tetapi usaha keras kami tidak berjaya menandingi kehebatan dan skop pemikiran penggubal soalan di LPM. Result UPSR dah membuatkan guru2 berasa ‘diperbodohkan’ dengan soalan yang dikluarkan tidak sama dengan silibus yang pelu diajar. Itu baru peringkat UPSR, banyak lagi peluang untuk anak2 berjaya pada masa hadapan. Bagaimana dengan kami yang menyediakan anak2 untuk SPM, jika tersilap kami, jika kurang kami membekalkan persediaan bagi mereka menempuh battle SPM, bagaimana masa hadapan mereka? Kecut perut kami bertambah parah apabila skema pemarkahan langsung tidak mesra calon tahun ini. Hanya kerana tidak menulis 1 item markah menjunam jatuh! Bukankah KBAT melatih pemikiran murid, namun idea mereka dihadkan dengan skema yang ketat…
Maaf, menumpang blog untuk meluah rasa.. he he he
Ajar akak terus tentang PG yer..

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2016 at 8:48 am

Wslm.

Terima kasih kak atas perkongsian pengalaman sebagai seorang guru.

Reply

26 Nik December 5, 2016 at 9:19 am

Salam..saya seorang guru di sek rendah..
Saya bersetuju pendapat en Zul..
Memang betul Banyak A itu menyeronokkan….tapi lebih berharga jika A digandingkan dengan Akhlak n Amal soleh yang berterusan..Rasa bertuhan walau di mana berada

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2016 at 7:52 am

Wslm En. Nik.

Terima kasih atas pandangan sebagai seorang guru.

Reply

28 rohaizah khamis December 6, 2016 at 2:37 pm

Assalamualaikum Encik Zul ,

Honey , anak sulung saya darjah 1.
setiap kali periksa saya tak menekan Honey utk bljr teruk2. saya biarkan dia baca buku bila dia nak , tapi saya pesan kat sekolah kasi tumpuan pada apa cikgu ckp .

Alhamdulillah sepanjang darjah 1…dia dpt A. dpt no 6 dan kemudian no 7.

saya juga dah ada planning utk masa depannya dan adik2nya … saya mahu mrk tahu tanpa ijazah pun kita semua boleh berjaya dalam hidup.

InshaAllah .

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2016 at 8:43 am

Wslm Pn. Rohaizah,

MasyaAllah. Alhamdulillah.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: