Pencen Bukan Soal Umur, Tetapi Kewangan

by on December 23, 2016

Post image for Pencen Bukan Soal Umur, Tetapi Kewangan

Ramai yang meletakkan cita-cita, bila umur dah pencen nanti, dia dah tak perlu bekerja lagi sebab sudah ada pendapatan tetap setiap bukan tanpa perlu lagi bekerja. Maka pada umur pencen, dia dapat menikmati hidup yang bebas!

Anggapan itu bagi saya hanyalah separuh betul bagi kakitangan kerajaan, dan dalam banyak kes terutamanya swasta, ianya mungkin sekadar angan-angan yang tak kesampaian sebab ia sangat bergantung apa yang kita rancangan dan usahakan hari ini.

Bagi sesiapa yang mahu pencen dengan pendapatan ‘pencen’ RM5,000 sebulan hari ini, berdasarkan anggaran saya, dia perlu memiliki aset bernilai sekitar RM1.2 juta. Aset itu mestilah boleh menjana keuntungan dalam bentuk pendapatan sekitar 5% setahun sebagaimana Tabung Haji (atau ASB), rumah sewa ataupun bisnes (yang mempunyai sistem yang kukuh).

Hakikat Pencen

Tak kisahlah berapa pun umur kita, jika kekayaan bersih sudah mencapai RM1.2 juta, maka kita sudah boleh pencen dengan pendapatan tetap RM5,000 sebulan. Sebaliknya sesiapa yang umurnya sudah mencecah 60 tahun sekalipun, tetapi kekayaan masih belum lagi mencecah RM1.2 juta (apatah lagi masih ada hutang yang banyak), dia belum boleh pencen lagi. Dia tetap perlu terus bekerja walaupun usianya sudah mencecah umur pencen!

Hakikat yang kita perlu tahu, pencen bukan soal umur, tapi soal kedudukan kewangan. Kalau kewangan kita sudah kukuh, kita boleh pencen seawal umur 30-an lagi. Masa umur muda inilah sepatutnya kita nikmati kehidupan. Kita ada duit, kita ada masa, dan yang penting, kita masih ada tenaga untuk menikmatinya (insyaAllah).

Nikmat Pencen Ketika Muda

Kalau umur tua baru boleh pencen, masa tu mungkin kita ada duit, tetapi tubuh badan kita mungkin sudah tak larat. Duit banyak, tapi tak boleh bergerak. Duit banyak, tapi hanya mampu makan ubat!

Jadi bagi orang muda, kita masih ada masa dan tenaga. Ubah impian untuk pencen di usia tua, sebaliknya usahakan ‘pencen’ itu ketika usia muda lagi. Fokus betul-betul bina kekayaan, bina kekayaan dengan betul, lepas tu nikmatilah kehidupan, insyaAllah.

Bagaimana caranya?

Pencen dari sudut kewangan dipanggil “financial freedom” atau “bebas kewangan”. Kita ada duit, dan kita ada masa.

Untuk capai tahap “financial freedom”, kita mesti memiliki harta, bukan sekadar ada pendapatan. Pendapatan besar bukan bermakna bebas kewangan, bahkan pendapatan besar itu mungkin menyebabkan jumlah hutang juga turut sama besar! Orang yang bebas kewangan, mereka menjana pendapatan daripada harta, bukan daripada pekerjaan.

Fokus Kekayaan Bersih

Nak kira berapa banyak kekayaan sebenar kita, jumlahkan semua harta yang kita ada tolak dengan semua hutang yang kita tanggung! Kalau jumlah kekayaan bersih mencecah RM1.2 juta, maka kita sudah boleh pencen! Syaratnya, mesti susun semula supaya RM1.2 juta itu diletakkan dalam instrumen kewangan yang boleh menjana pendapatan 5% setahun.

Maka siapa yang betul-betul fokus membina kekayaan sebenar, dia akan berhati-hati untuk buat hutang baru. Bila dia sedar dia perlu cukupkan RM1.2 juta, dia akan pastikan dia mesti simpan sebahagian pendapatan secara berdisiplin setiap bulan. Target dia yang sebenar ialah KEKAYAAN BERSIH (net worth), bukan sekadar gaji yang besar.

Gaji yang besar hanyalah bantu loncatan untuk mencapai matlamat kewangan, bukan dihabiskan untuk bermewah-mewah. Biarlah hidup biasa-biasa dulu, yang penting ‘poket’ kita kaya. Kita orang lain masih terkial-kial, kita sudahpun hidup bebas! InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
23 Disember 2016
24 Rabiul Awwal 1438H

[Kredit foto : usnews ]

{ 13 comments… read them below or add one }

1 azrinros December 24, 2016 at 9:28 pm

Artikel sangat memberi manfaat.

Reply

2 Zamree December 27, 2016 at 11:26 pm

RM1.2 juta…Masya Allah….semoga menjadi kenyataan buat saya dan pembaca semua… menjadi inspirasi untuk saya untuk ada ‘Net Worth’ sebegitu…

Tkasih Tn Zul

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie December 28, 2016 at 4:02 pm

InsyaAllah En. Zamree.

Letak matlamat dan fokus. InsyaAllah tercapai.

Reply

4 thehaikal December 28, 2016 at 11:47 am

Saya setuju dengan artikel ini. Pencen boleh pada bila-bila masa apabila kita dah mencapai financial freedom. Tapi masih ramai yang hanya berangan nak financial freedom tetapi tidak bergerak dan berusaha ke arahnya..

Harap artikel ini dapat membuka mata semua orang diluar sane :-)

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie December 28, 2016 at 4:03 pm

InsyaAllah.

Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

6 Wadiyo December 29, 2016 at 4:02 pm

Dear,
website-nya bagus dan informatif.
ada satu pertanyaan:
Bagaimana caranya agar hidup tanpa hutang ya?
terima kasih dan salam kenal Pak

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie January 10, 2017 at 4:07 pm

Salam Pak Wadiyo,

Alhamdulillah.

Untuk hidup tanpa hutang, boleh baca artikel saya di http://www.bit.ly/strategibebashutang .

Reply

8 mohd selim January 2, 2017 at 1:16 pm

Assalammualaikum…

mselim3 setuju dengan pandangan nie… pencen bukan soal umur.. Insaallah kalau mselim3 dah cukup freedom financial rasa nyer macam nak bersara awal. Kan seronok dalam pencen pada usia muda 30 an …
Masa yang lebih boleh dilaburkan untuk akhirat… yang pastinya berbaloi.. Insaallah sesama berusaha.

mselim3

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie January 10, 2017 at 4:06 pm

Wslm En Mohd Selim,

InsyaAllah.

Reply

10 Firdaus January 2, 2017 at 4:58 pm

Salam En.Zul,

Sy dalam pertimbangan utk membeli samada LBMA Gold Bar 50gm atau LBMA 10 Dinar.

Both products punya nilai spread yg sama 7.5% (Starting 1st Jan 2017).
Nilai Per Gram utk Gold Bar 50gm – RM177.18 (as of 2 Jan 17 @ 4.50pm)
Nilai Per Gram utk 10 Dinar – RM178.4 (as of 2 Jan 17 @ 4.50pm)

Untuk Tujuan Simpanan, pada sy boleh beli salah satu sbb harga tak jauh beza cuma selisih dalam rm1.22 per gram shj.

Tapi sekiranya sy ada rancangan utk memajak emas sy pada masa hadapan (sekiranya perlu) utk tambah modal bisnes or any contigency..product mana yg lebih bagus utk di letakkan di ar-rahnu sebagai pajakan.

Thank you in advance Tn.Zul

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2017 at 4:49 pm

Wslm En. Firdaus,

Kedua-dua item tu sama-sama mudah untuk pajakan di ar-rahnu. Buat masa ni, cuma Pos Ar-Rahnu yang terim pajakan emas Public Gold tanpa perlu buka seal.

Reply

12 zal January 22, 2017 at 2:34 pm

assalamualikum en.zulkifli
hutang kereta saya 2 buah dan hutang peribadi akan habis pada tahun yang sama tetapi pada bulan yang berbeza.
Adakah berbaloi saya membuat pinjaman baru dari pihak bank untuk menjana pendapatan baru seperti bina rumah sewa ataupun membuat pinjaman untuk memiliki aset tanah ataupun emas..Ataupun gunakan sahaja duit yang ada selepas selesai hutang itu untuk simpanan tetap dengan menambah simpanan emas secara bulanan tanpa membuat sebarang pinjaman.Mohon padangan dari en.zulkifli

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 7:45 am

Wslm En. Zal,

Saya prefer, duit ansuran hutang yang dah habis bayar tu, jadikan simpanan tetap setiap bulan. Daripada duit simpanan tu nanti, barulah guna untuk apa-apa pelaburan lain.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: