MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Latihan 100 Kegagalan Untuk Berjaya

January 10, 2017

Saya tak ada latarbelakang bisnes. Saya hanya memulakan bisnes ketika saya terdesak perlukan pendapatan tambahan ketika dihimpit tekanan kewangan. 

Masa saya baru nak belajar berbisnes kira-kira 13 tahun dulu, salah satu latihan yang mentor saya berikan ialah latihan “100 rejection”. Mentor saya berikan satu helaian kertas A4 dan tertulis nombor 1 – 100, dan saya perlu cari 100 orang yang menolak untuk membeli produk yang saya jual.

Setiap satu rejection yang saya terima, saya perlu tick satu nombor.

Sebagai seorang yang dapat kelulusan yang baik di universiti, bagi saya “rejection” itu adalah sebuah kegagalan. Setiap kesilapan juga dianggap gagal hingga pelajar-pelajar di universiti selalunya tak akan semak kesilapan menjawab exam sebaik sahaja selesai sesuatu exam sebab takut kecewa.

Setiap kesilapan (dan “rejection”) itu seolah-olah satu DOSA hingga ia perlu dielakkan sama sekali!

Latihan Mengubah Kehidupan

Pada mulanya saya tak faham kenapa mentor saya berikan latihan “100 rejection” itu. Tetapi lepas saya dapat 50 rejection, saya sudah KEBAL dengan rejection. Sebelum latihan itu, success rate saya hanyalah 10%. Kalau saya berjumpa 10 orang, hanya seorang sahaja akan membeli, tetapi lepas hadapi 50 rejection, success rate saya meningkat hingga 80%! (Alhamdulillah)

Bagi Robert Kiyosaki, latihan begini dianggap sebagai “life-changing business education”. Inilah antara bentuk latihan bisnes yang boleh mengubah kehidupan kita. Latihan begini tidak diajar di sekolah mahupun di universiti, tetapi inilah latihan yang bakal mengubah kehidupan kita yang sebenar.

Tukar Kegagalan Menjadi Kejayaan

Memang benar, latihan itu mengubah perspektif saya tentang kegagalan dan kejayaan;

(1) Setiap kegagalan adalah PELAJARAN BARU dalam hidup, ia bukanlah satu ‘DOSA’ yang perlu dielakkan sama sekali. Saya boleh katakan hampir kesemua orang yang berjaya pernah lalui kegagalan samada besar ataupun kecil.

(2) Setiap kegagalan yang kita lalui, sebenarnya kita sedang mengumpul POINT UNTUK BERJAYA. Ia hanyalah sebahagian daripada proses mencapai kejayaan. Dalam latihan itu, kalau berjaya, kita dianggap berjaya. Kalau dapat rejection pun, itu juga kejayaan sebab saya diberi tugasan untuk dapatkan 100 rejection.

(3) Setiap kegagalan itu membuatkan JIWA KITA SEMAKIN KEBAL. Kita bukan kalah, bahkan kita semakin kuat untuk menang. Sekiranya orang berkata “NO” kepada saya, maka dalam hati saya akan berkata “NEXT”. Saya akan cari orang lain sehingga saya berjumpa “YES” yang saya mahukan itu.

Belajar Terima Kegagalan

Yang paling penting, latihan itu membina KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT dengan cara mengubah kegagalan menjadi sumber motivasi untuk berjaya tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.

Kegagalan bukanlah sebenar-benar kegagalan selagi ianya bukan satu DOSA, sebaliknya ia hanyalah BATU LONCATAN untuk kita menikmati kejayaan pada masa depan, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
10 Januari 2017
12 Rabiul Akhir 1438H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum Encik Zul…. Saya termotivasi dengan perkongsian kat atas. Masuk bulan ni kira sudah 10 bulan saya menjalankan perniagaan beg kait, melalui online dan offline. Bila saya baca artikel kat atas, hal tersebut serupa dengan apa yang sering saya alami. Bila saya masuk pasar, kebanyakannya orang cina lah suka complain macam2 tentang beg saya. Namun hal tersebut tak membuat saya putus asa untuk stop buat bisnes tu, banyak saya dapat tahu mana kekurangan dan kelemahan product saya. Ianya menjadikan saya bergerak pantas untuk memperbaiki dan meningkatkan quality beg saya.

  • Terima kasih tuan Zul… baru lah boleh senyum skit… nasib sy pun serupa dengan tuan.. tp tuan dah melepasi tahap tersebut… tahniah… insha allah kalau tuan boleh.. sure sy pn boleh

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >