Hakikat Sebenar Disebalik Teori 1 Dinar Seekor Kambing

by on February 28, 2017

Post image for Hakikat Sebenar Disebalik Teori 1 Dinar Seekor Kambing

Sejak 1971, harga emas sudah naik sebanyak 3,300%, iaitu dari USD35/oz kepada USD1,200/oz. Itu kadar kenaikan harga emas untuk tempoh 46 tahun. Walaupun begitu, 1 dinar emas (seberat 4.25 gram) hanya mampu beli 1 ekor kambing sejak 1,400 tahun dulu sampai sekarang. Ia tak mampu beli 33 ekor kambing walaupun harga emas telah naik 33 kali ganda daripada harga asalnya pada 1971.

Sebaliknya, tahun 1980-an dahulu, harga seekor kambing dewasa di Malaysia sekitar RM50, tetapi hari ini harganya sekitar RM800 baru boleh dapat kambing sebegitu. RM50 sudah tidak mampu membeli seekor kambing lagi…

Jadi maksudnya apa?

graf harga emas dunia sejak 1971Graf harga emas dunia sejak 1971 sehingga sekarang

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Berdasarkan penelitian saya, ini yang boleh saya simpulkan disebalik ´teori´ 1 dinar seekor kambing ini:

#1 – Kuasa Beli Duit Kertas Merosot

Harga emas naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas yang menyusut dalam jangka panjang. Nilai barang masih sama, tetapi kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama disebabkan kuasa beli duit kertas telah merosot.

Tahun 1971, kita hanya perlu bayar USD35 untuk dapat emas seberat 1 troy auns (31.1 gram), tetapi sekarang, kita perlu bayar lebih USD1,200 untuk dapat emas yang beratnya masih sama. Dari satu sudut, memang betul harga emas naik, tetapi hakikat sebenar, kuasa beli duit sebenarnya yang jatuh.

#2 – Kekayaan Kekal Bila Simpan Emas

Walaupun harga emas mencanak naik sebabnyak 3,300% sejak 1971, hakikatnya pemilik emas tak bertambah kaya. Sebaliknya, pemilik emas sekadar KEKAL kaya sahaja. Setelah berlaku kenaikan sebanyak itu, 1 dinar hanya mampu beli seekor kambing sahaja. Ia tak mampu membeli 10 ekor kambing, apatah lagi 33 ekor kambing! Kuasa beli emas 1 dinar tak bertambah disebalik kenaikan harganya.

Walaupun nombor harganya dilihat bertambah (naik), nilainya kekal pada berat dan ketulenannya sendiri. Kuasa beli 1 dinar masih kekal sejak 1,400 tahun disebabkan NISBAH 1 dinar (emas seberat 4.25 gram) dan 1 ekor kambing masih kekal sejak 1,400 dahulu.

1 dinar 1 ekor kambingWalaupun kambing ada banyak jenis, tetapi 1 dinar masih munasabah untuk ditukar dengan seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang

#3 – Emas Mempunyai Nilai Intrinsik (Melekat)

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya, manakala nilai kambing terletak pada saiznya, jenisnya, umurnya dan sebagainya. Maksudnya, nilai emas melekat pada emas itu sendiri manakala nilai kambing melekat pada kambing itu sendiri.

Ia berbeza dengan duit kertas.

Nilai duit kertas tidak melekat pada kertasnya. Kertas itu tiada nilai sebenar. Sekeping kertas dicetak menjadikan not RM100, nilainya mungkin hanyalah 10 sen sahaja tetapi nilai yang DIPAKSA ke atas kertas itu oleh kerajaan ialah RM100. Ia “sah diperlakukan dengan nilai seratus ringgit” atas jaminan kerajaan, bukan sebab kertas itu sendiri. Maksudnya, nilai duit kertas benar-benar bergantung kepada jaminan serta kekukuhan ekonomi dan politik sesebuah kerajaan.

Nilainya juga berubah-ubah bergantung kepada; (1) supply of money, dan (2) demand of the currency. Ia tak mampu menyimpan nilai dan ia tak sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang disebabkan kuasa belinya semakin menyusut, bahkan nilainya boleh hilang pada bila-bila masa sahaja jika kerajaan mahu menarik balik duit itu (sebagaimana yang berlaku di India baru-baru ini), ataupun kerajaan itu sendiri tak stabil sebagaimana negara yang sedang bergolak sekarang.

#4 – Kekayaan Duit Kertas Bersifat Maya

Disebabkan duit kertas tak mampu menyimpan nilai, maka kekayaan yang disimpan dalam bentuk duit kertas adalah bersifat maya. Makin lama disimpan, kita semakin rugi. Walaupun nombornya bertambah (hasil dividen tahunan), itu tidak bermakna kekayaan kita bertambah, bahkan dari sudut kuasa beli, kita menjadi semakin miskin. (Inilah hakikat yang ramai tak sedar)

Jadi kalau nak simpan kekayaan untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk aset fizikal seperti emas, tanah dan hartanah. Aset fizikal begitu mampu mempertahankan nilainya dalam jangka panjang.

Simpanan dalam bentuk duit kertas (atau akaun di bank) hanyalah sesuai untuk dana kecemasan ataupun duit yang memang nak digunakan dalam masa terdekat (bagi mudahkan transaksi jual beli) sahaja. Ia tak sesuai dijadikan simpanan dalam erti kata sebenar.

Wallahu a´lam.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Februari 2017
2 Jamadil Akhir 1438H

[Kredit foto :  ]

{ 14 comments… read them below or add one }

1 azrai March 1, 2017 at 10:57 am

Tuan,

Ikutkan kisah nabi tu sebenarnya harga kambing tu 1/2 dinar sahaja hasil kepandaian sahabat.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie March 1, 2017 at 4:46 pm

Kalau faham tentang transaksi tu, 1/2 dinar tu bukan market price.

Itu mungkin harga peniaga sebab Nabi kirimkan 1 dinar untuk dapatkan seekor kambing, dan sahabat Nabi tu boleh jual semula seekor kambing pada harga 1 dinar kepada pembeli lain.

Reply

3 Zamree March 2, 2017 at 6:43 am

Tkasih Tn Zul kerana menyedarkan saya.

Emas tak boleh dicipta dan semakin berkurangan tetapi duit kertas (yang mempunyai nilai paksa) yang dipandang orang.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie March 2, 2017 at 11:43 am

Alhamdulillah.

Sama-sama En. Zamree.

Reply

5 azrinros March 2, 2017 at 9:08 pm

Sejak terdedah dengan faedah sudah tidak berpaling lagi nak simpan emas sebagai aset fizikal.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2017 at 8:11 am

Alhamdulillah. Tahniah En. Azrinros.

Reply

7 hanz March 3, 2017 at 7:57 pm

Bodohnya sy dulu beli emas byk2 tapi jual sbb takut tunai berkurangan. Sekarang ringgit dh jatuh terpaksa beli emas semula dgn harga berganda2 mahal. Nasib dpt beli emas murah sikit sewaktu kejatuhan dolar ketika AS diambang pilihanraya.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2017 at 8:13 am

Tak apa. Anggap ia sebagai salah satu pelajaran baru.

Reply

9 kakjuee March 4, 2017 at 4:07 pm

assalam en zul
klau sy nk gadai emas putih di ar rahnu bleh ke?

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2017 at 8:29 am

Wslm Kak Juee,

Boleh gadai, tak ada masalah. Asalkan emas tu tulen.

Reply

11 Muhammad March 6, 2017 at 9:34 am

Assalam tuan
Maaf sekiranya astrok(ulang soalan)
Boleh kah emas gap ditukar kepada dinar dan bagaimana?
Adakah untung buat begitu?
Lg pntg, adkh patuh syariah?
Tq

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2017 at 3:24 pm

Wslm En. Muhammad,

Dinar pun boleh keluarkan melalui Akaun Emas GAP.

Lebih kurang je dengan belian non-GAP, kecuali item 1/2 dinar.

Tak ada masalah dari sudut syariah.

Reply

13 nana yusoff March 8, 2017 at 2:03 pm

Salam Encik Zul

Alhamdulillah, semakin memahami.
Saya baru saja selesai membaca buku Wang Emas. Insya Allah, doakan saya untuk memulakan langkah baru.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2017 at 3:38 pm

Wslm Pn. Nana,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan buku tu bermanfaat untuk puan, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: