MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hakikat Sebenar Disebalik Teori 1 Dinar Seekor Kambing

February 28, 2017

[Kemaskini 8 Februari 2024]

Sejak emas diputuskan hubungan dengan duit kertas pada tahun 1971, harga emas dah naik sebanyak 3,300%. Dari USD35/oz kepada USD1,200/oz. Kenaikan sebanyak 33 kali ganda untuk tempoh 46 tahun.

Walaupun harga emas dah naik 33 kali ganda, 1 dinar emas (seberat 4.25 gram) cuma mampu beli 1 ekor kambing sejak 1,400 tahun dulu sampai sekarang. Ia tak mampu beli 33 ekor kambing walaupun harga emas telah naik 33 kali ganda daripada harga asalnya pada 1971.

Sebaliknya, tahun 1980-an dahulu, harga seekor kambing dewasa di Malaysia sekitar RM50, tapi hari ini harganya sekitar RM800 baru boleh dapat kambing sebegitu. RM50 sudah tidak mampu membeli seekor kambing lagi macam dulu...

Jadi maksudnya apa?

Graf harga emas dunia sejak 1971 sehingga sekarang

Diriwayatkan oleh `Urwah r.a.:

Bahawa Nabi (ﷺ) memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing untuknya. `Urwah membeli dua ekor kambing untuknya dengan wang itu. Kemudian dia menjual seekor kambing dengan harga satu dinar, dan membawa (menyerahkan) satu dinar dan seekor kambing kepada Nabi.

Atas hal itu, Nabi (ﷺ) memohon kepada Allah untuk memberkatinya dalam urusan jual belinya. Maka `Urwah pernah mendapat untung (dari sebarang urusan) walaupun dia membeli debu (berkat doa Nabi ﷺ).

(Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 3642)

Berkat doa itu, beliau apabila berniaga di pasar, boleh menjana keuntungan sehingga 40,000 dinar! Riwayat al-Bukhari (no. 3642). Rujuk juga Fath al-Bari (5/137) oleh Ibn Hajar al-Asqalani. (Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Rujukan hadis sahih berkaitan : Jami` at-Tirmidhi 1258, Sunan Abi Dawud 3384, Sunan Ibn Majah 2402

Berdasarkan penelitian saya, ini yang boleh saya simpulkan di sebalik ´teori´ 1 dinar seekor kambing ni:

#1 – Kuasa Beli Duit Kertas Merosot

Harga emas naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas yang menyusut dalam jangka panjang.

Nilai barang masih sama, tetapi kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama - disebabkan kuasa beli duit kertas telah merosot.

Tahun 1971, kita hanya perlu bayar USD35 untuk dapat emas seberat 1 troy auns (31.1 gram). Tapi sekarang, kita perlu bayar lebih USD1,200 untuk dapat emas yang beratnya masih sama.

Dari satu sudut, memang betul harga emas naik, tetapi hakikat sebenar, kuasa beli duit sebenarnya yang jatuh.

#2 – Kekayaan Kekal Bila Simpan Emas

Walaupun harga emas mencanak naik sebabnyak 3,300% sejak 1971, hakikatnya pemilik emas tak bertambah kaya. Sebaliknya, pemilik emas sekadar KEKAL kaya sahaja.

Setelah berlaku kenaikan sebanyak itu, 1 dinar hanya mampu beli seekor kambing sahaja. Ia tak mampu membeli 10 ekor kambing, apatah lagi 33 ekor kambing!

Kuasa beli emas 1 dinar tak bertambah di sebalik kenaikan harganya.

Walaupun nombor harganya dilihat bertambah (naik), nilainya kekal pada berat dan ketulenannya sendiri. Kuasa beli 1 dinar masih kekal sejak 1,400 tahun. NISBAH 1 dinar (emas seberat 4.25 gram) dan 1 ekor kambing masih kekal sejak 1,400 dahulu sampai sekarang.

Walaupun kambing ada banyak jenis, tetapi 1 dinar masih munasabah untuk ditukar dengan seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang

"Dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah s.a.w ialah dinar kerajaan Rom, berat emas 4.55 gram. Standard dinar pertama dikeluarkan oleh kerajaan Islam dan digunakan sampai hari ni bermula pada zaman Khalifah Abdul Malik Bin Marwan tahun 696M / 76H, berat 4.25 gram (Sumber : Buku "Dilema Dinar Emas, UKM, 2015)" - Coretan FB, 4 Mac 2024

#3 – Emas Mempunyai Nilai Intrinsik (Melekat)

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya. Manakala nilai kambing terletak pada saiznya, jenisnya, umurnya dan sebagainya. Maksudnya, nilai emas melekat pada emas itu sendiri, manakala nilai kambing melekat pada kambing itu sendiri.

Ia berbeza dengan duit kertas.

Nilai duit kertas tidak melekat pada kertasnya. Kertas itu tiada nilai sebenar.

Sekeping kertas dicetak menjadikan not RM100, nilainya mungkin hanyalah 10 sen sahaja. Tapi nilai yang DIPAKSA ke atas kertas itu oleh kerajaan ialah RM100. Ia “sah diperlakukan dengan nilai seratus ringgit” atas jaminan kerajaan, bukan sebab kertas itu sendiri.

Maksudnya, nilai duit kertas benar-benar bergantung kepada jaminan kerajaan. Jaminan kerajaan pulak sangat bergantung kepada kekukuhan ekonomi dan politik sesebuah kerajaan.

Nilainya juga berubah-ubah bergantung kepada; (1) supply of money, dan (2) demand of the currency.

Ia tak mampu menyimpan nilai dan ia tak sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang disebabkan kuasa belinya semakin menyusut.

Bahkan nilainya boleh hilang pada bila-bila masa sahaja jika kerajaan tarik balik duit tu (sebagaimana yang berlaku di India baru-baru ini). Ataupun kerajaan itu sendiri tak stabil sebagaimana negara yang sedang bergolak sekarang. 

#4 – Kekayaan Duit Kertas Bersifat Maya

Disebabkan duit kertas tak mampu menyimpan nilai, maka kekayaan yang disimpan dalam bentuk duit kertas adalah bersifat maya. Makin lama disimpan, kita semakin rugi.

Walaupun nombornya bertambah (hasil dividen setiap tahun), itu tak bermakna kekayaan kita bertambah. Bahkan dari sudut kuasa beli, kita menjadi semakin miskin.

Inilah hakikat yang ramai tak sedar.

Jadi kalau nak simpan kekayaan untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk aset fizikal seperti emas, tanah ataupun hartanah. Aset fizikal macam tu dapat pertahankan nilainya dalam jangka panjang.

Simpanan dalam bentuk duit kertas (atau akaun di bank) cuma sesuai untuk dana kecemasan ataupun duit yang memang nak digunakan dalam masa terdekat (bagi mudahkan transaksi jual beli) sahaja. Ia tak sesuai dijadikan simpanan dalam erti kata sebenar.

Wallahu a´lam.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Februari 2017
2 Jamadil Akhir 1438H

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Kalau faham tentang transaksi tu, 1/2 dinar tu bukan market price.

      Itu mungkin harga peniaga sebab Nabi kirimkan 1 dinar untuk dapatkan seekor kambing, dan sahabat Nabi tu boleh jual semula seekor kambing pada harga 1 dinar kepada pembeli lain.

    • Mesejnya bukan harga kambing 1/2 dinar … tapi mesejnya adalah sentiasa dapatkan peluang membeli pada harga di bawah nilai pasaran. Itu suatu keadaan untung ketika beli … bukan mengharap untung ketika jual yang masih berisiko.

  • Tkasih Tn Zul kerana menyedarkan saya.

    Emas tak boleh dicipta dan semakin berkurangan tetapi duit kertas (yang mempunyai nilai paksa) yang dipandang orang.

  • Bodohnya sy dulu beli emas byk2 tapi jual sbb takut tunai berkurangan. Sekarang ringgit dh jatuh terpaksa beli emas semula dgn harga berganda2 mahal. Nasib dpt beli emas murah sikit sewaktu kejatuhan dolar ketika AS diambang pilihanraya.

  • Assalam tuan
    Maaf sekiranya astrok(ulang soalan)
    Boleh kah emas gap ditukar kepada dinar dan bagaimana?
    Adakah untung buat begitu?
    Lg pntg, adkh patuh syariah?
    Tq

  • Salam Encik Zul

    Alhamdulillah, semakin memahami.
    Saya baru saja selesai membaca buku Wang Emas. Insya Allah, doakan saya untuk memulakan langkah baru.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >