Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan

by on February 1, 2017

Post image for Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan

Saya kagum dengan pelajar kolej dan universiti yang ketika sedang belajar lagi dah rajin belajar ilmu-ilmu kewangan, pelaburan dan bisnes. Itu ilmu-ilmu di luar kelas dan bilik kuliah yang tiada dalam exam, tetapi ilmu-ilmu itu sangat penting untuk survival mereka bila habis belajar nanti. Bagi saya mereka adalah bakal graduan yang berwawasan.

Masa masih belajar dulu, saya tak pernah terdedah dengan ilmu kewangan, pelaburan dan bisnes. Saya fikir, untuk berjaya dalam hidup, saya perlu belajar tinggi-tinggi sampai dapat PHD atau sekurang-kurangnya perlu ada bergulung-gulung sijil kelulusan. Kalau dalam buku guru kewangan Robert T. Kiyosaki, mindset begitu digelarkan sebagai “poor dad mindset”.

Belajar Dari Orang Kaya-kaya

Tetapi bila masuk ke dunia pekerjaan, saya terpaksa belajar semula. Rupa-rupanya ilmu yang diajar di universiti lebih menjurus untuk menjadi seorang perkerja, bukan untuk jadi orang kaya yang mempunyai kebebasan kewangan dan masa sebagaimana yang saya impikan.

Untuk jadi orang kaya, kita mesti belajar dari orang kaya-kaya. Dan majoriti orang kaya ialah pemilik perniagaan. Bila kekayaan mereka sudah besar, mereka ‘pencen’ dengan pelaburan (bukan macam orang kebanyakkan yang pergi melabur bila tak ada duit).

Jadi bagi pelajar yang dah ada kesedaran awal, saya nampak mereka ada potensi masa depan yang lebih baik berbanding saya dahulu. Bagi pelajar berwawasan bagitu, ini nasihat penting dari saya:

#1 – Matlamat Bebas Kewangan

Letak matlamat umur 30 sudah financially free, atau sekurang-kurangnya sudah ada aset bersih bernilai RM1 juta. Jangan fikir pencen pada umur 50 atau 60 tahun, itu idea konvensional yang sudah lapuk.

Pencen bukan soal umur, tetapi soal kedudukan kewangan. Kalau kewangan sudah kukuh ketika umur 30-an lagi, waktu tu kita dah boleh pencen. Pencenlah ketika umur masih muda dan nikmatilah kehidupan sebagai seorang yang bebas; ada duit, ada masa.

Ketika itu, kita sudah boleh memilih-milih kerjaya apa yang kita suka, bukan sebab terpaksa bekerja kerana duit. Bila kita dibayar untuk buat apa yang kita suka, itulah sebenar-benarnya pencen! ☺

#2 – Bergaul Dengan Rakan Berwawasan

Nasihat kedua saya, sentiasa bergaul dengan mereka yang mempunyai wawasan yang sama. Walaupun masih berstatus “pelajar”, banyakkan bergaul dengan mereka yang lebih matang tentang kehidupan dan mempunyai wawasan dalam hidup. Jangan pedulikan kawan-kawan sebaya yang masih tengah “hooray-hooray” lagi sebab mereka masih belum matang dan belum kenal realiti kehidupan.

Kat mana nak cari rakan-rakan yang berwawasan dalam hidup?

Hadir seminar-seminar kewangan, pelaburan atau bisnes, selalunya di sana kita boleh jumpa ramai mereka yang berwawasan dalam hidup, bahkan kita berpeluang berjumpa ramai yang telah berjaya mencapai apa yang mahu kita capai, insyaAllah.

#3 – Fokus Matlamat Kehidupan

Jangan peduli apa orang kata. Jangan ambil kisah sangat persepsi orang lain, sebaliknya fokus, fokus, fokus betul-betul apa yang kita nak capai dalam hidup. Cabaran besar yang saya lihat kepada orang muda yang baru habis belajar ialah mereka kurang fokus dan nak terlalu cepat berjaya.

Kekadang peluang yang dah ada ‘di tangan’ mereka itu dah cukup bagus dan terbaik, tetapi mereka lepaskan sebab mereka sangka apa yang ada di tangan orang lain itu lebih baik. Akhir sekali, usaha yang dibuat semuanya bersifat separuh jalan.

Untuk fokus, kita kena jaga mindset betul-betul. Jangan terdedah kepada input-input negatif. Banyakkan membaca buku-buku kewangan, pelaburan, bisnes dan motivasi kehidupan. Tinggalkan TV dan akhbar sebab selalunya input negatif terlalu banyak berbanding yang positif.

5 – 10 Tahun Akan Datang

Pegang betul-betul nasihat saya ini, insyaAllah bila umur mencecah 30-an sudah dapat “freedom” yang saya maksudkan itu sedangkan kawan-kawan sebaya masih terkial-kial lagi membina kehidupan. Kalaupun belum capai status “bebas kewangan”, sekurang-kurangnya ketika umur 30 tahun sudah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, insyaAllah.

Ingat, apa yang kita dapat pada hari ini ialah apa yang kita usahakan 5 – 10 tahun yang lalu. Maka di mana kita 5 – 10 tahun akan datang juga bergantung apa yang kita rancang dan usahakan hari ni. Bak kata bijak pandai, if u fail to plan, u plan to fail….

Zulkifli
Damansara Damai
1 Februari 2017
5 Jamadil Awwal 1438H

[Kredit foto : mse.ntua.gr]

{ 12 comments… read them below or add one }

1 Zamree February 1, 2017 at 3:54 pm

Nasihat yang sangat tepat, Tn Zul… saya juga selalu peringatkan anak buah saya supaya sentiasa jaga betul2 kewangan spt beli buku dan catit wang keluar/masuk (w/pun nampak macam kedekut) serta amalkan budaya keperluan vs kehendak….

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie February 1, 2017 at 4:13 pm

Alhamdulillah..

Reply

3 azrinros February 1, 2017 at 5:20 pm

Harap sangat ilmu kewangan diajar peringkat akar umbi selain belajar ilmu ilmiah.

Reply

4 faridah February 2, 2017 at 8:16 am

tengkiu tuan zulkifli untuk artikel ini..sy pun ms universiti xtaw apa2 psl perancangan kewangan.
skrg dah umo 31 tahun dan mkn gaji.

Reply

5 azrai February 2, 2017 at 8:56 am

Tuan,
Saya setuju dengan matlamat tu. Kita sebagai ibubapa lah yang perlu ajar anak2 kita supaya tak melaukakan kesilapan yang sama seperti kita atau generasi terdahulu dalam kewangan.
Tapi bagi saya ilmu tu sangat penting bukan dalam kewangan sahaja. Allah pun meningkatkan darjat orang yang berilmu bukan orang yang berharta.
Pernah tak kita dengar orang yang kaya raya, tapi hanya belajra setakat darjah enam sahaja, juga tak pandai menulis? Benar dia kaya, tapi setiap kali orang menceritakan perihal hidupnya akan timbul kisah tahap pendidikan dia bukan?
Tapi orang yang ada ilmu tinggi bekerja underempoyment orang amat mengagumi mereka. Contohnya minah jual nasi lemak ada degree tu kan.
Bagi saya ilmu nombor 1. Saya dan keluarga amat mengagumi 3 beradik KRU. Mereka semua berilmu, bukan calang-calang graduan. tapi mereka lakukan apa yang mereka suka. Sekaranag kita boleh lihat mereka semua berjaya. Mereka dihormati kerana ilmu, digilai kerana bakat, dikagumi kerana harta.

Reply

6 Shariff February 6, 2017 at 12:27 pm

Salam,

Saya setuju ilmu no. 1. Tidak boleh kita pertikaikan kerana menurut hadis, menuntut ilmu hukumnya wajib, semua benda yang wajib automatik menjadi no. 1. Saya bekerja di universiti di bidang akademik selama 6 tahun dan admin selama 13 tahun dan saya sangat hampir dengan satu kepastian iaitu universiti dan kolej adalah tempat untuk mencapai satu tahap kematangan sahaja bukannya untuk tujuan mendapatkan sekeping sijil. Saya belum berani mengatakan perkara ini dengan pasti kerana mungkin banyak faktor lain juga. Sangat ramai pelajar yang saya tengok keputusan “cukup-cukup makan” berjaya sedangkan yang cemerlang masih lagi mengiak-ngiak ibarat anak burung menunggu ibu membawa makanan di petang hari. Yang cukup-cukup makan itu pula memang saya akui memang teknik dan kemampuan akal membatasi pencapaian mereka manakala signifikan juga angka tersebut terhadap pelajar-pelajar yang sangat aktif dalam berpersatuan dan bersukan. Keberanian menongkah rutin akhirnya menjadi bekal sebagai graduan yang matang dan berani, geng-geng yang kebanyakannya berjaya sebagai seorang “manusia” dan “insan”. Dengan keberanian inilah boleh juga menjadi bekal keberanian untuk memulakan bisnes, bijak mencari peluang dan juga pandai bergaul dengan masyarakat. Sekian.

Reply

7 rizal_mansor February 2, 2017 at 9:04 am

“Rupa-rupanya ilmu yang diajar di universiti lebih menjurus untuk menjadi seorang perkerja, bukan untuk jadi orang kaya yang mempunyai kebebasan kewangan dan masa”

…. Statement TERBAEK!! Setuju 200%

Reply

8 siti hazreen February 3, 2017 at 12:39 am

setuju dengan semua point di atas 😉

Reply

9 katani17 February 3, 2017 at 7:58 am

memang betul cakap tuan zul. Harap umur 40 tahun dapat pencen dari makan gaji. Tapi masih mencari pendapatan pasif yang boleh menjana 5k sebulan dan aset bersih masih belum 1 juta. Apepun starting point yang penting

Reply

10 katani17 February 3, 2017 at 8:01 am

memang betul cakap tuan zul. Memang terbaik jika dapat pencen masa muda. Saya target nak pencen umur 40. Tapi masih mencari pendapatan pasif untuk ganti income dari makan gaji. Harap dapat capai dalam masa 6 tahun nie

Reply

11 Abam Kie February 3, 2017 at 10:17 am

tgh berusaha dgn gigihnya untuk menyimpan naik Haji. Doakan sy ye. TQ.

Reply

12 Kerja Sambilan Di Rumah February 13, 2017 at 2:12 am

Yup, kalau nak bersara muda, kenalah usahakan income besar dari awal-awal. Di zaman teknologi ini, semuanya berkemungkinan cuma perlukan usaha besar-besaran.

Kerja makan gaji tu, profesion yang dah ketinggalan zaman. Ubah sikap, buka minda, go for it. You will get your shares.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: