Mentor Sebagai Pendorong Kemajuan Bisnes

by on March 9, 2017

Post image for Mentor Sebagai Pendorong Kemajuan Bisnes

Cara kerja makan gaji tak sama dengan bisnes. Orang bekerja bila bos suruh, suka tak suka kita tetap buat. Walaupun kita benci boss sekalipun, kita buat juga apa yang dia suruh. Walaupun akhirnya pekerjaan itu bukan milik kita, kita tetap buat mengikut arahan bos. Kerja kita tetap jalan…

Dalam bisnes berbeza. Antara cabaran besar bila memulakan bisnes ialah kita tak ada boss yang suruh buat itu dan ini. Semuanya ikut suka hati kita sendiri. Kalau rasa nak buat, kita buat. Kalau rasa malas, kita tak buat. Bila buat ikut suka hati, maka bisnes tak akan berkembang. Bisnes hanya akan berkembang dengan sendiri bila kita sudah ada self-discipline, iaitu disiplin yang kuat tanpa perlu disuruh oleh sesiapa. Jadi salah satu faktor yang boleh membentuk self-discipline ini ialah perlunya mentor.

Ibarat Ibubapa dan Anak Kecil

Bila memulakan bisnes, kita ibarat anak kecil yang tak tahu apa-apa. Kalau dibiarkan buat apa yang kita suka, maka susah jadi “orang yang berguna”. Bisnes tak akan menjadi. Kita perlukan ‘ibubapa’ yang membentuk diri kita sehinggalah kita cukup ‘dewasa’ untuk dibiarkan membawa bisnes kita sendiri.

Dalam bisnes, mentor ibarat ibubapa yang sudah rasai asam garam sebelum kita. Dia suduh cukup dewasa untuk memahami bisnes. Bagi orang yang baru memulakan bisnes, tanpa ada sedikit ‘tekanan’ dari mentor, susah untuk kita maju dalam bisnes sebab mentaliti kita masih lagi seorang pekerja. Nak kena ada orang suruh buat dan pantau, barulah kita jalan.

Jadi salah satu cara yang boleh mendorong bisnes kita berkembang dengan cepat ialah dapatkan seorang mentor dan dengar cakap mentor. Mentor ibarat ibubapa kita yang mahu kita maju dan berjaya dalam bisnes kita sendiri.

Mentor Bukan Bos, Tapi Guru

Dalam bisnes Public Gold, saya juga ada mentor iaitu En. Syukor Hashim. Tanpa tekanan dari mentor saya En Syukor Hashim, saya percaya buku bertajuk “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat” yang sedang hangat di pasaran sekarang ini masih belum siap sampai hari ini. Tapi disebabkan tekanan yang mentor saya wujudkan, akhirnya buku itu siapa dalam jangka waktu yang saya janjikan kepada beliau. Alhamdulillah.

Jadi siapa betul-betul nak maju dalam bisnes, dapatkan seseorang yang sudah berjaya dalam bisnes yang kita usahakan itu dan bersiap sedia untuk dapat ‘tekanan’ dari mentor itu.

Nanti bila dah dapat pendapatan pasif 5 angka setiap bulan dan bisnes itu milik diri sendiri, masa itu baru faham bahawa ‘tekanan’ daripada ‘ibubapa’ sewaktu kita kecil itulah yang menjadikan kita pada hari ini. Alhamdulillah. Doakan kebaikan untuk ibubapa dan guru-guru kita. Kerana mereka, kita menjadi diri kita pada hari ini.

Zulkifli
Damansara Damai
9 Mac 2017
11 Jamadil Akhir 1438H

[Kredit foto : nocookie ]

{ 11 comments… read them below or add one }

1 siti hazreen March 12, 2017 at 7:35 pm

yep, kita perlukan mentor

bertuah saya baca blog en.zul dan akhirnya menjadi mentor saya

terima kasih en.zul 😉

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie March 13, 2017 at 7:56 am

Alhamdulillah.

Reply

3 saifullizam March 13, 2017 at 12:02 pm

banyak sungguh info dan ilmu berguna berkait dengan pelaburan emas di blog tuan zul.semoga saya masih belum terlambat untuk menyimpan emas walaupun baru bermula di tahun 2017 ini.terima kasih di atas perkongsian.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie March 13, 2017 at 1:11 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih juga sebab berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk En. Saifullizam.

Reply

5 skyfun March 13, 2017 at 3:37 pm

emas bukan setakat bertahan ketika gawat,tetapi ketika bisnes merudum atau ingin memulakan bisnes..emas adalah pemodal yg paling osom.duit jika disimpan dan diguna ianya ‘tidak beranak’ lagi.emas jika disimpan dan diguna seperti dipajak boleh diperanakkan lagi.malah surat pajaknya boleh digadai lagi..mane ada lagi barang yg boleh digadai lagi seperti emas?

Reply

6 Mohd Zahran March 15, 2017 at 12:01 pm

Terima kasih kerana banyak memberi ilmu di dalam penulisan tuan.

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie March 15, 2017 at 2:43 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih juga kerana berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk En. Zahran.

Reply

8 abang March 19, 2017 at 4:47 pm

sejarah hidup lalu dari kepayahan ibu bapa yang jadi dorongan untuk kita mengubah hidup anak-anak kita sekarang dan akan datang.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2017 at 8:44 am

InsyaAllah.

Reply

10 azrinros March 22, 2017 at 10:30 am

Mentor memberikan jalan pintas dan cepat untuk berjaya. Menegur bila terkeluar dari laluan menunju kejayaan.

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie March 22, 2017 at 3:27 pm

Betul.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: