MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ilmu Lebih Berharga Bila Kita Membayarnya

Nak beli buku kena bayar, nak datang seminar kena bayar. Walaupun ada ilmu yang boleh dapat secara percuma di blog, facebook atau youtube, tetapi untuk dapatkan ilmu lebih mendalam dalam apa-apa bidang sekalipun, kita perlu membayarnya.

Maksudnya sekarang, nak dapat ilmu apa-apa pun kena bayar hatta nak belajar ilmu agama sekalipun kena bayar. Kalau bukan kita yang membayarnya, setidak-tidaknya pihak penganjur yang membayarnya.

Sebenarnya bukan hanya sekarang kita perlu membayar untuk dapatkan ilmu, zaman dulu pun ilmu bukan boleh dapat secara “free”.

Murid Dulu Pun Keluarkan Bayaran

Walaupun guru tak minta bayaran, tetapi anak-anak murid terpaksa berkorban datang dari jauh untuk mencari guru (bukan guru pergi cari anak murid).

Bila sampai di tempat guru, mereka bukan terus buka kitab, tapi mereka beri khidmat kepada guru, antaranya bersihkan rumah guru, tolong isikan air dalam tempayan, tolong ambil berat hal kebajikan guru, dan ada yang datang bawa makanan untuk guru. Lepas tu barulah mereka belajar.

Mereka belajar adab berguru dulu sebelum berguru. Mereka ‘membayar’ guru dulu walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit.

Cara Belajar Zaman Sekarang

Ia berbeza dengan zaman sekarang; guru yang perlu keluar rumah pergi ke tempat anak murid, guru yang perlu sediakan tempat dan keluarkan kos untuk keselesaan anak murid belajar, guru terpaksa tinggalkan kerja utama dia buat seketika demi mengajar anak murid, dan macam-macam lagi. Jadi tak logik lah kalau anak murid datang nak belajar tanpa pengorbanan wang, harta dan masa.

Ilmu yang diperolehi tanpa apa-apa harga yang dibayar itu tak akan dihargai, bahkan ia tak akan melekat dan berkat kepada murid tersebut.

Maka dalam konteks sekarang, kalau guru itu kenakan bayaran yang sewajarnya, itupun sudah cukup bagus untuk kita dapatkan ilmu mereka. Nasib baik dia sudi mengajar ilmunya kepada kita (walaupun perlu dibayar). Saya percaya, tiada kejayaan yang datang dengan percuma. Kejayaan perlu dibayar dengan harga yang layak baginya…

Pengalaman Mahal Yang Saya Belajar

Pengalaman saya; saya selalu juga dijemput menyampaikan talk bedah buku pertama tulisan saya bertajuk “Zero Hutang : Bukan Mudah Tapi Tak Mustahil“.

Dulu, saya tak meletakkan sebarang syarat bayaran. Kelebihannya, sesiapa sahaja boleh menjemput saya untuk menyampaikan talk mengikut bajet mereka sendiri. Yang ada bajet besar bayar banyak, yang bajet kecil bayarannya kecil. Yang tak ada bajet pun ada.

Cuma masalahnya, banyak juga penganjur susah membuat keputusan berapakah jumlah yang mereka patut bayar kepada saya. Kalau terlalu sikit pun salah, kalau terlalu banyak pun salah. Mereka jadi serba salah.

Kenapa Orang Kaya Tak Beri Percuma

Yang paling menyakitkan hati ialah; saya dipergunakan dan diambil kesempatan atas ‘kebaikan’ saya berikan talk secara percuma. Komitmen saya tidak dihargai, dan penganjur tak ambil serius tentang program yang mereka anjurkan.

Kalau program itu tiada peserta pun, ia bukan masalah bagi mereka sebab mereka tak keluarkan apa-apa kos, sedangkan saya dah keluarkan kos duit dan masa semata-masa untuk sampaikan ilmu kepada mereka.

Sejak dari itu, baru saya faham kenapa orang kaya-kaya tak berikan talk secara percuma walaupun duit bayaran ceramah hanya duit “geli-geli” bagi mereka. Isunya ialah ilmu percuma selalunya tidak dihargai dan dipandang rendah berbanding nilainya yang sebenar.

Ilmu Berbayar Lebih Dihargai

Apabila saya faham tentang ini, saya tak terima lagi jemputan menyampaikan talk secara percuma (selain jemputan Public Gold). Kalau saya nak buat baik dengan menyampaikan ceramah, caranya ialah dengan mengenakan caj yang munasabah supaya ilmu itu dihargai oleh penganjur mahupun perserta.

Mereka membayarnya dengan wang ringgit, saya pula membayarnya dengan komitmen menyampaikan ilmu lebih mahal dari NILAI SEBENAR yang mereka bayar. Barulah ilmu itu berkesan dan bermanfaat, insyaAllah.

Zulkifli
Changi Airport, Singapore
14 Mei 2017
18 Syaaban 1438

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya amat setuju pandangan tuan. Malah tuan mengingatkan saya pd masa lampau di zaman belajar dahulu. Saya dijadikan teman tempat rujuk tetapi sering juga diambil kesempatan. Pada mulanya kita niat untuk membantu umereka lama2 rasa dipergunakan sahaja. Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga dipermudahkan urusan tuan.

  • Salam Tn Zul, setuju apabila murid terpaksa mengeluarkan sedikit belanja maka secara automatik mereka akan lebih komited terhadap guru & ilmu yang disampaikan.

    Kalau pree memanjang, diorang buat tak pot jer nanti…

  • Setuju Tn Zul, jika ada bayaran, anak murid akan lebih komited dan berikan lebih tumpuan kepada guru yang mengajar sebab mereka tahu nilaian duit mereka yang telah dikeluarkan… memang kadang2 kita terpaksa buat begitu….

  • Betul.
    segalanya akan bernilai dan dihargai apabila kita perlu membayarnya.
    kalau percuma, segalanya disambil lewakan. sama mcm training by our company, bila ada exam yang perlu lulus jika tidak kami kena byr kos training yang beribu riban harganya , kami akan lebih serius menjalani training itu.

    Assalammualaikum Encik Zulkifli .
    semoga ilmu Encik akan lebih tersebar luas. AMin.

  • Tuan, sebenarnya bukan ilmu sahaja. Semua benda yang percuma memang orang tak hargai, macam tiada nilai. Sebabnya? Mudah sangat nak dapat, tak perlukan modal.

  • ‘pikir la’, agaknya kau penganjur kursus yg ambik kesempatan tu?. Pesan tuan azizi ali ‘ tiada nasihat percuma kat dunia dan bla bla bla’ aku pun tk ingat apa dia ckp lagi. Selalu dpt surat cmtu kalau beli buku dengan dia. Tuan Azizi Ali mengubah hidup sy 360 darjah menjadi lbh baik selain Robert kiyosaki. Azizi Ali my silent mentor. En zul mengubah hidup sy 360 darjah tentang Emas. Terima kasih semua, sy syg anda semua?

  • Assalamualaikum…

    Tuan/puan Pikir la, jangan begitu..tak baik, jangan menilai orang lain selagi belum benar2 kenal orangnya..banyak dah ilmu yang en zul beri secara percuma.

  • Assalam sekadar pandangan, dalam dunia sekarang ni tidak dinafikan begitu mudah mencari ilmu, dan memang zaman telah berubah, ilmu mudah diperoleh, dan mudah berubah. Dengan tekanan hidup masyarakat, terutama dari segi kewangan, semestinya ramai yang inginkan segalanya percuma hatta ilmu sekali pun. Berkenaan emas, sekarang harga sama sahaja dengan pasaran saham, naik dan turunnya. Masa untuk menyimpan emas banyak2 sudah tidak releven lagi (kecuali tanda2 akhir kiamat telah keluar),perlu ada perancangan lain seperti jual beli pasaran saham untuk menggandakan aset. Sekadar pandangan.

    • Wslm,

      Terima kasih atas pandangan tuan.

      Tanda dunia nak kiamat sudah banyak. Kalau nak simpan kekayaan, simpan dalam bentuk yang bertahan dari sebarang kegawatan ekonomi dan politik. Sudah tentunya emas aset terakhir yang akan terjejas berbanding mana-mana instrumen kewangan.

      Bukan instrumen kewangan tu yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu.

      • Apa yang saya maksudkan adalah, di zaman ini tidak boleh dinafikan fiat money itu adalah masih lebih berkuasa (dimuka bumi), hatta terhadap emas sekalipun, buktinya mudah sahaja, ingin membeli emas apapun public gold ke , kijang emas ke, dll perlu menggunakan fiat money, tak ada lagi yang menerima kambing atau beras dll sebagai medium pertukaran.

        Oleh itu ya benar, ilmu adalah kekayaan utama, jadi sama-samalah kita fikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan (ilmu) fiat money menggunakan instrumen moden seperti pasaran saham, commodities dll, yang diharuskan majlis fatwa dan gunakan itu untuk menambah jumlah emas yang ada, atau/dan jika diizinkan Allah gunakannya juga utk mencipta sistem baru/yg digunapakai zaman khalifah dahulu, (sama ada dalam kampung ke, daerah ke dll, medium pertukaran hanyalah dinar dan dirham dan sistem barter, tanpa fiat money langsung, mmg perlu perancangan teguh) mana yang baik (jika diizinkan-Nya) wallahu’lam…(sukar nak explain benda ni, mudah-mudahan bleh difahami)

  • ‘pikir la’, syg sungguh kalau tuan beli buku, pergi ceramah semata-mata untuk menjadi kaya. Ilmu menerangi kita dari kejahilan. Kejahilan kewangan. Menyelamatkan kita dari musibah kewangan.

  • salam,
    sy ingin menambah pendapat..x semua perkara yg melibatkan seisi belajar secara percuma tidak akan dihargai.sy ambil contoh..
    seorang murid yg ingin belajar bermain gitar dgn seorang guru yg dia minat.
    guru tersebut bukanlah seorang guru formal,namun skillnya sangat hebat.
    murid tersebut ‘memburu’ guru tersebut agar diajar segala ilmu2nya.
    akhirnya guru tersebut mengajarnya secara percuma kerana melihat kepada kesungguhannya.akhirnya murid tadi berjaya…
    kesimpulannya ialah bukan kerana berbayar ilmu tersebut akan dihargai.
    tetapi ilmu tersebut akan menjadi berharga apabila murid tersebut menghargai guru itu kerana dia tahu bukan mudah nak dapat free..hehe

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >