Membentuk “Sucess Habit” Untuk Berjaya

by on May 30, 2017

Post image for Membentuk “Sucess Habit” Untuk Berjaya

Dulu bila mentor saya pesan, “kalau nak berjaya kena stop tengok TV, stop baca news paper, sebaliknya kena banyak baca buku”, saya rasa cadangan tu agak membosankan.

Adakah perlu hidup bosan untuk berjaya?

Walaupun rasa bosan pada permulaannya, tapi saya dengar sahaja cakap mentor sebab saya percaya, kalau nak berjaya, kena pakai otak orang yang dah berjaya. ‘Otak’ kita tak boleh pakai. Kalau betul-betul ‘otak’ kita boleh pakai, kita sekurang-kurangnya sudah berada di tahap hampir dengan mentor kita sendiri…

Bila dah lama tak tengok TV, akhir sekali saya langsung hilang minat tengok TV. Rupa-rupanya rasa “bosan” itu datangnya daripada apa yang kita biasakan. Dulu tengok TV itulah menyeronokkan, tetapi sekarang berbeza. Kalau orang pasang TV (lebih-lebih lagi drama Melayu), saya rasa itu satu gangguan mental bagi saya…

Bertukar Keseronokkan

Sebaliknya berbeza kalau masuk kedai buku; saya rasa excited untuk cari dan baca buku-buku baru. Duit pasti ‘bocor’ kalau masuk kedai buku. “Membaca” buku sudah jadi HABIT saya yang tak dapat ditinggalkan lagi, alhamdulillah.

Masa dalam flight hampir 14 jam pergi dan 14 jam balik dari trip melancong bersama Public Gold ke Spain bulan April lepas, hampir sebahagian besar waktu saya dimanfaatkan untuk membaca walaupun dalam flight Emirates tu ada bermacam-macam movie menarik dan yang terbaru. Tetapi keinginan saya untuk tengok movie-movie hampir tak ada.

Biasakan Yang Betul

Dari sedikit pengalaman saya ni, barulah saya faham; kita kena biasa buat perkara yang betul, dan buat perkara yang betul itu sampai jadi KEBIASAAN hingga akhir sekali ia membentuk “success habit” dalam diri kita.

SUCCESS HABIT itulah sebenarnya yang merubah diri kita menjadikan kita orang berjaya pada masa akan datang, insyaAllah.

Saya sudah tinggalkan tabiat menonton TV dan news paper sejak 2009 dan gantinya dengan membaca buku… Alhamdulillah, saya rasa hidup jadi lebih baik dari tahun ke tahun.

Zulkifli
Damansara Damai
30 Mei 2017
5 Ramadhan 1436H

[Kredit foto : herefordshire]

{ 9 comments… read them below or add one }

1 azrul aziz May 31, 2017 at 11:07 am

Terbaik tuan zul, thanks for da sharing.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie May 31, 2017 at 11:27 am

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

3 azrinros May 31, 2017 at 11:06 pm

Elok block perkara-perkara negatif masuk supaya sentiasa positif.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie June 1, 2017 at 1:19 am

Betul.

Reply

5 skyfun June 1, 2017 at 3:54 pm

kebiasaan yg betul adalah malas

Reply

6 SAPS June 6, 2017 at 3:48 pm

Salam.. saps tak truja kan… terima kasih tuan zulkifli atas perkongsian..saya sentiasa follow post2 tuan dan semuanya amat bermanfaat

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie June 6, 2017 at 3:50 pm

Wslm.

Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

8 azrai June 19, 2017 at 1:39 pm

Selain Tv sekarang ni ada satu lagi benda merepek yang orang kita baca. Fake news dan cerita2 dari whatsapp grup.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie June 19, 2017 at 3:04 pm

Betul.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: