MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Mengurangkan Stress Jalan ‘Jem’ Musim Perayaan

June 27, 2017

Penantian satu penyiksaan, bahkan mungkin juga membosankan. Tapi kalau waktu penantian itu diisi dengan perkara yang kita seronok buat, maka waktu penantian tu kita akan rasa terlalu singkat.

Contohnya bagi anak-anak yang tertunggu-tunggu waktu berbuka puasa sebab lapar, sunnah wanita Ansar di zaman Nabi s.a.w akan berikan anak-anak itu mainan yang anak-anak seronok bermain sehingga terlupa tentang rasa lapar itu. Nanti sedar-sedar, waktu berbuka puasa pun dah sampai. Hilanglah rasa lapar anak-anak sebab berpuasa.

Saya rasa perkara sama yang kita boleh buat untuk menghadap jem ketika musim raya ni. Jalan jem sana sini. Nak balik kampung kena menghadap jem, nak balik ke bandar semula pun terpaksa menghadap jem. Bahkan kalau di Kelantan dan Terengganu, nak beraya sana sini pun jalan jem juga!

Ubah Strategi Untuk Hadap Jem

Jadi jalan jem tu memang kita tak boleh nak elak dan tak boleh diubah. Jem macam mana sekalipun, tetap balik kampung juga. Kalau tak balik kampung beraya, nanti hati kita pulak yang ‘jem’! Maka kita tak ada pilihan.

Kita tak boleh ubah masalah jalan jem, tetapi kita boleh ubah diri kita tentang bagaimana kita berhadapan dengan jalan jem. Ibarat kita tak boleh ubah arah angin, tetapi kita masih boleh ubah layar supaya capai destinasi yang kita nak tuju.

Jadi untuk elakkan rasa penat dan bosan atas jalan raya, manfaatkan waktu tu untuk buat apa yang kita suka dan sesuai dilakukan atas kereta. InsyaAllah masalah jalan jem dan tempoh perjalanan akan terasa sangat sekejap.

Sebenarnya banyak benda yang kita boleh buat masa jalan jem tu. Waktu tu boleh jadi waktu yang bagus untuk peningkatan diri, dan bonding bersama isteri dan anak-anak.

Peluang Besar Ketika Jem

Antara apa yang boleh kita buat untuk peningkatan diri; baca buku (kalau jem sampai tak bergerak), menyanyi, mengaji Quran apa setakat apa yang kita hafal, hafal Quran dan minta isteri di sebelah tolong semakkan, ataupun berfikir dan merancang masa depan.

Untuk bonding dengan isteri, mungkin itulah masa yang bagus untuk kita ingat balik memori lama yang manis-manis. Bukan apa, kekadang bila dah beranak-pinak ni, kita lupa isteri itu adalah “belahan jiwa” kita. Yang selalu kita menghadap hari-hari ialah “emak kepada anak-anak kita”.

Dulu kita panggil dia dengan nama “Sayang”, tetapi hari ini kita panggil dia dengan nama “Mama”. Oh, jauh bezanya tu dari sudut kesan emosi.

Untuk bonding dengan anak-anak, boleh main teka-teki dengan mereka. Suruh anak teka jenama kereta, kira nombor plate kereta siapa paling cepat congak jumlahnya, atau boleh cerita kisah masa kecil kita yang boleh jadi pelajaran untuk mereka. Kekadang, itulah masanya saya kenalkan anak-anak apa yang dia boleh belajar sepanjang perjalanan; yang mana pokok getah, yang mana kelapa sawit, yang mana pokok kelapa, pokok pisang dsb.

Anak-anak tidur, peluang untuk kami berbual panjang suami isteri.

Pengalaman Seorang Profesor di Thailand

Kalau semua tidur masa kita tengah driving, mungkin boleh ambil masa driving tu untuk berbual dengan kawan melalui handphone (pakai handfree). Call bertanya khabar kawan-kawan lama pun boleh juga.

Akhir sekali, ada tip yang sangat bagus dikongsikan oleh guru saya, Ustaz Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid berdasarkan apa yang beliau belajar dari seorang profesor di Thailand. Beliau orang Kuala Krai, Kelantan tetapi bekerja di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Jadi setiap tahun, memang beliau pun terpaksa menghadap jem.

Jadi ini yang beliau tulis di Facebook peribadi beliau;

  1. Jangan sesekali tetapkan bila akan sampai ke destinasi. Biarlah masa sahaja yang menentukan. Pasti kita tidak akan rasa tertekan untuk sampai pada masa yang telah ditetapkan kerana kita tidak menetapkan masa.
  2. Jadikan selama dalam kenderaan itu adalah saat-saat manis bersama keluarga seperti menyanyi bersama, bertukar cerita, dan main teka-teki dengan anak-anak kecil.
  3. Bawa bekal makanan dan minuman. Bila penat, berhenti rehat di tepi jalan atau mana-mana kawasan yang cantik sepanjang perjalanan sambil minum dan makan-makan. Tapi ingat, jangan buang sampah merata-rata. ☺
  4. Kalau boleh, singgah di mana-mana kawasan rehat dan bermalam bersama keluarga. Rakam saat-saat indah itu dengan kamera dan tonton kembali. Kita pasti gembira, insyaAllah.

Akhir sekali, jangan lupa bawa bekalan air yang cukup sebab selalunya air di kawasan RnR akan kekurangan atau kehabisan. InsyaAllah dengan kesemua tip ini, insyaAllah kita semua dapat berhari raya dengan gembira walaupun terpaksa menghadap jalan jem.

Zulkifli
Kuala Terengganu
27 Jun 2017
3 Syawal 1438H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalammualaikum Encik Zul .
    Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir Batin.

    Seronok baca coretan kali ini walaupun saya tiada pengalaman pulang beraya ke kampung yang lebih daripada sejam atau lebih masa perjalanannya.

    Highway sesak itu adalah salah satu trademark beraya. tanpa kesesakan…tak best balik kampung kan ? saya yang balik dekat ini pun kadang2 meriah di dalam kereta . anak2 tak sabar nak balik ke rumah nenek dan atuk.

    dulu zaman saya kecil, kami stay di terengganu. balik kpg naik bas. pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya , bas terbalik masuk gaung. fobia sungguh! ada yang meninggal dunia , famili kami terselamat , cuma luka kecil dan terseliuh.

    cuma yang saya masih ingat adalah dari gaung itu , saya jengah ke atas saya nampak lembaga wanita berpakaian putih berdiri di tepi tebing.
    khabarnya kawasan itu keras dan sering berlaku kemalangan .

    errmm.. mcm2 kenangan balik ke kampung.

    Selamat pulang ke KL nanti ya Encik Zul bersama anak2 dan Puan Nadjah naik ‘ bas sekolah’ .

  • Seronok baca tips mentor Zul.
    Saya pon kalau balik ke kampung atau travel bersama keluarga bukak radio jarang-jarang kerana nak borak2 dgn isteri dan anak2. macam2 cerita yang keluar. Masa prjalanan pon kami xset mesti sampai jam berapa. Rasa nak berenti, berenti la.. makan, minum, solat dan xterkejar2 nak naik kereta cepat2. lepas semua dah kenyang dan selesa.. baru gerak semula. Cuma x apply lagi nak berenti bermalam di kawasan RnR. Tu pasal saya biasa gerak waktu pagi2… hehe

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >