MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kembali Kepada Semangat Ilmu, Itulah Rahsia Cemerlang Pelajaran Di Universiti!

September 19, 2017

Pengalaman belajar di universiti dulu sangat menarik. Saya antara pelajar yang dapat keputusan akademik yang baik zaman universiti dulu.

Pernah ada semester yang saya dapat pointer 4.00 dan menjadi pelajar pertama UiTM Kampus Machang yang pernah dapat pointer tersebut. Maksudnya, semua subjek saya dapat skor A atau A+ untuk satu semester tu. Alhamdulillah.

Cuma apa yang menarik, walaupun dapat skor dalam kebanyakkan subjek, tetapi dalam fikiran saya tak pernah terfikir pun nak skor A. Yang saya fikir ialah saya nak dapatkan ilmu sahaja.

Supaya dengan ilmu tu saya dapat gunakan untuk jadi seorang akauntan, cita-cita saya ketika itu.

Bila fikir nak dapatkan ilmu, kita akan belajar dengan penuh minat. Kita nak ilmu, bukan nak skor A.

Sebaliknya bila kiblat belajar cuma untuk dapat segulung sijil Ijazah dan skor A, maka proses pembelajaran tu akan jadi sangat membosankan.

Belajar sebab nak dapat kelulusan, bukan nak dapat ilmu. Itu satu kerugiaan.

Budaya Membaca Sepanjang Hayat

Setakat pemerhatian saya, boleh dikatakan majoriti mereka yang belajar di universiti bukannya sebab nak cari ilmu. Tapi mereka cuma nak dapat kelulusan akademik, supaya dapat kerja yang baik.

Itu pengakuan jujur bila saya buat survey secara rambang. 

Bila fokus cuma dapat segulung sijil, maka kita akan hilang minat terhad ilmu.

Bila exam, pelajar sanggup meniru.

Bila habis exam, semua ‘tutup buku’ sedangkan kita semua perlu terus membaca buku sepanjang hayat kalau nak berjaya dalam hidup.

Hingga ke hari ini, saya masih terus membaca buku.

Secara purata, saya membaca dua (2) buah buku sebulan. Baca buku untuk dapatkan ilmu dan pertingkatkan diri sendiri supaya jadi lebih baik.

Tak ada kena mengena dengan exam.

#1 – Fokus Kepada Ilmu, Bukan Kelulusan

Jadi untuk cemerlang belajar di universiti, perkara pertama yang saya fikir perlu diterapkan dikalangan pelajar-pelajar ialah kembali kepada semangat menuntut ilmu yang sebenar. Belajar untuk dapat ilmu.

Ilmu itu akan menyuluh masa depan kita dan ia memberi manfaat kepada kita sepanjang hayat. Barulah kita akan belajarnya dengan penuh minat, insyaAllah.

Kalau ambil kursus perakaunan macam saya dulu, sepatutnya pelajar perlu ada cita-cita untuk jadi akauntan yang profesional, barulah dia akan belajar dengan penuh minat.

Kalau cita-cita nak jadi chef profesional, dia mesti tukar masuk ke kursus bidang masakan, bukan terus kekal dalam kursus perakaunan yang cuma akan membuang masa dan duit sahaja.

#2 – Dapatkan Silibus Semua Subjek

Ini apa yang saya buat.

Masa mula-mula masuk kursus perakaunan, saya go thru dulu senarai subjek untuk semua semester. Jadi saya sudah dapat gambaran awal dan menyeluruh apa subjek yang akan saya belajar pada setiap semester.

Sebelum bermulanya semester, saya dapatkan silibus yang akan saya belajar.

Setiap subjek akan ada silibusnya. Kalau sebuah buku, silibus tu macam “Senarai Kandungan”.

Jadi silibus tu sudah siap-siap masuk dalam kotak fikiran saya.

Bila bermulanya sessi pengajian, barulah masukkan ilmu dalam setiap kotak-kotak yang ada dalam fikiran saya tu. Ilmu tu tersusun masuk ke dalam fikiran saya.

#3 – Dapatkan Kefahaman Umum Sebelum Belajar

Sebelum bermulanya semester baharu, saya sudah dapatkan kefahaman umum apa subjek yang saya akan belajar pada semester akan datang.

Caranya, saya berkawan dengan senior-senior yang cemerlang.

Zaman saya belajar dulu, golongan yang cemerlang ni dipanggil sebagai “Budak Dekan”. Maksudnya, mereka dapat Anugerah Dekan dengan pointer 3.50 ke atas untuk sesuatu semester.

Jadi bila berkawan dengan senior Budak Dekan, saya berpeluang dapatkan buku teks untuk semester akan datang, dan juga nota-nota tulisan tangan mereka sendiri.

Kekadang, waktu cuti semester saya tak bercuti. Sebaliknya ambil peluang belajar dengan senior Budak Dekan ni.

Bila semester baru bermula, saya sudah tahu apa yang akan saya belajar.

Bila masuk kelas, ilmu yang pensyarah ajar tu terus masuk dalam kotak-kotak fikiran yang saya sediakan sebelum bermulanya semester lagi!

#4 – Bagi Perhatian Sepenuhnya Dalam Kelas

“Datang kelas” sangat-sangat penting.

Study sendiri 6 jam tak akan sama dengan belajar terus dengan pensyarah dalam kelas selama 1 jam!

Bila mengadap guru, ilmu tu lebih cepat sampai. Kalau ada yang tak faham, boleh terus tanya dan kita dapat jawapan on-the-spot!

Jadi saya memang kesian dengan kawan-kawan yang selalu ponteng kelas.

Bagi saya, datang belajar dan fokus 1 jam dalam kelas lebih baik daripada study dan buat revision sendiri. Bahkan boleh saya katakan, waktu yang paling banyak saya belajar ialah dalam kelas, bukan di luar kelas!

Tentang sistem nota pula, bagi saya nota terbaik ialah nota yang kita tulis masa pensyarah sedang mengajar.

Sebab bila tengok balik nota tu, otak kita automatik akan recall balik pensyarah yang sedang mengajar.

Walaupun nota tu tak cantik atau cakar ayam, yang penting kita dapat tulis point-point penting tentang apa yang pensyarah sampaikan. Bagi saya, nota cakar ayam tu lebih baik berbanding nota baru yang kita tulis di luar kelas.

Habis kelas, kita sepatutnya update je nota sedia ada yang kita tulis tu, bukan tulis nota baru. Tambah je mana-mana point yang kita tertinggal.

Ambil masa beberapa minit untuk update nota setiap kali habis kelas. Bila buat sistem macam ni, kita tak pening kepala nak review pelajaran menjelang final exam nanti, insyaAllah.

#5 – Ajar Ilmu Kepada Kawan-kawan

Bila menjelang final exam, selalunya saya tak ambil masa yang lama untuk buat revision.

Musim final exam, selalunya saya ruangkan banyak masa ajar kawan-kawan lain yang satu kelas dengan saya.

Masa sessi pelajaran dalam kelas, mereka tak fokus, bahkan ada yang ponteng. Masa nak exam barulah mereka terkial-kial nak belajar.

Jadi saya tolong ajarkan mereka.

Bila kita sampaikan ilmu, kita akan dapat lebih banyak ilmu. Ilmu kita yang sudah sedia ada akan lebih kukuh dan lebih faham bila kita ajar orang lain.

Pensyarah saya pernah pesan, kita hanya boleh jawab exam dengan baik bila kita dapat ajar orang lain tentang apa yang kita belajar! Maksudnya selagi tak dapat sampaikan ilmu kepada orang lain, kita belum benar-benar faham apa yang kita belajar.

Inilah pengalaman saya dapat skor cemerlang masa universiti dulu.

Ada satu tip paling penting sebelum 5 tip yang saya share ni, iaitu kita mesti jadi “budak baik” masa di universiti. Mesti jadi “orang”, bukan jadi “jembalang”!.

Universiti Medan Membentuk Jati Diri

Jaga solat dengan baik.

Bergaul dan berkawan dengan kawan yang baik-baik, Jadi geng surau, jadi geng usrah. InsyaAllah kita akan jadi orang yang baik dan tak terlibat langsung dengan gejala yang merosakkan di universiti.

Faktor paling utama kenapa sebahagiannya gagal di universiti bukan sebab mereka belajar tak pandai, tapi sebab terlibat dengan aktiviti yang merosakkan! Akhirnya mereka hilang fokus dalam pelajaran.

Anggapkan universiti adalah medan membentuk sahsiah dan jati diri, bukan sekadar pelajaran.

Diri kita yang terbentuk masa di universiti itulah selalunya menjadikan siapa kita di dunia luar universiti nanti.

Pemerhatian saya, kalau zaman universiti jenis rajin solat di surau dan masjid, insyaAllah di luar universiti nanti pun dia akan jadi kaki surau dan masjid juga, insyaAllah.

Mudah-mudahan catatan ringkas ini bermanfaat sebagai panduan untuk adik-adik yang sedang belajar di universiti.

Share artikel ini kepada adik-adik di universiti sekiranya ia bermanfaat, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
19 September 2017
23 Zulhijjah 1438H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Walaupun fasa Uni saya dah habis.. tapi imu yg saya dapat dari posting Tn Zul ini akan saya terapkan kpd anak2 saya serta diri saya lagi sbb i believe in life long learning.

    Sewaktu di Aussie dlu, saya lihat ada yg umur 30an keatas malah dah ada anak pun mereka baru amik degree. Umur disana bukan alasan untuk belajar.. yg penting adalah semangat ilmu. The best part is.. yg golongan inilah yg score di uni saya dulu. hehehe.. hebat btul.

  • Assalamualaikum Encik Zul,

    Betul.
    Belajar kerana ilmu bukan utk lulus semata2, di U banyak perkara boleh dipelajari yg ilmunya bawa ke dalam kehidupan bermasyarakat.

  • Terima kasih di atas perkongsian en zul..akak nak share dengan anak-anak yang masih di menara gading perkongsian ini agar dimanfaatkan…insyaAllah

  • Slm.sy sudah bekerja 8 tahun dan sekarang sambung study untuk 6 bulan untuk kenaikan gred dan gaji.jauh dengan family.umur awal 30-an.segala hasil tulisan tuan zul sy sokong 100 peratus..sy selalu bertanya soalan pd tuan zul pasal emas..tp belum mulakan langkah pertama.insyallah habis belajar hujung bln 2 ni sy akan follow rapat tuan zul berkaitan emas gap.doakan sy lulus yer tuan zul

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >