MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Betul Semak Cashflow Sendiri dan Bebas Masalah Kewangan

December 6, 2017

[Kemaskini Disember 2022]

Bila ada masalah kewangan, perkara yang pertama kena semak ialah cashflow (aliran tunai).

Siapa yang cashflow-nya negatif walaupun cuma RM1 sebulan, itu maksudnya dia sedang bergerak ke arah kemiskinan.

Dalam keadaan tak sedar, setiap bulan dia bertambah miskin.

Kalau tak diperbetulkan segera, kewangan dia akan semakin parah.

Hari ini rasa sesak. Kalau dibiarkan, beberapa tahun akan datang, nak beli susu anak pun terpaksa pinjam duit ahli keluarga dan kawan-kawan!

Jadi sebelum parah, fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan cashflow dan cara nak perbaiki cashflow tersebut supaya makin baik.

Maksud Cashflow Negatif

Cashflow negatif maksudnya, perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan.

Pendapatan bulanan tak mampu nak tanggung jumlah perbelanjaan (termasuk komitmen hutang, bil dan kos sara hidup) setiap bulan.

Setiap bulan, hutangnya makin lama makin bertambah. Dia bertambah miskin setiap bulan, bahkan setiap tahun.

Sebagai contohnya, siapa yang cashflow-nya -RM300 (negatif), maksudnya setiap bulan hutangnya bertambah RM300.

Kalau dibiarkan belarutan selama 10 bulan, maksudnya pada bulan ke-10, hutangnya bertambah lagi RM3,000 (RM300 x 10 bulan)!

Lagi lambat dia merawat masalah cashflow yang negatif, makin bertambah masalah kewangan dia setiap bulan.

Jadi nasihat saya, jangan buat pejam mata dengan cashflow negatif. Sila perbaiki cepat-cepat sebelum kewangan jadi semakin parah!

Petanda Semakin Miskin

Bagi siapa yang kurang jelas, cara kira cashflow bulanan mudah sahaja, iaitu Jumlah Pendapatan Bulanan – Jumlah Perbelanjaan Bulanan = Cashflow .

PENDAPATAN - PERBELANJAAN = CASHFLOW

Asas kepada kewangan yang baik ialah cashflow yang positif setiap bulan.

Berapa besar pun kita berbelanja setiap bulan, kita tetap menyimpan sekurang-kurangnya 10%.

Walaupun 10% memang tak cukup untuk kembangkan kekayaan dengan cepat, tapi ia satu permulaan yang baik.

Yang Penting Kena Positif

Kalau tak mampu simpan 10%, yang penting cashflow kita kena positif walaupun RM1. Jangan sesekali sampai negatif.

Pendek kata, kalau gaji setinggi RM10,000 sebulan tetapi perbelanjaan bulanannya RM10,001 (cashflow negatif sebab terlebih berbelanja RM1 sebulan), apa strategi kewangan pun boleh “dibuang ke laut”!

Ianya tak berguna sebab setiap bulan dia bertambah miskin sebanyak RM1. Makin lama makin miskin.

Bila tak faham tentang cashflow dan tak tahu jaga cashflow ini dengan baik, inilah puncanya ramai yang “makin lama bekerja makin banyak masalah hutang”.

Sepatutnya, makin lama kita berkerja, makin banyak harta yang kita dapat kumpul.

Petanda Semakin Kaya

Kalau dulu simpanan kecemasan hanya berjumlah sebulan gaji, tapi sekarang sudah cukup 6 - 12 bulan gaji.

Kalau dulu mulakan simpanan dengan 1 dinar. Sekarang sudah ada berpuluh dinar.

Kalau dulu hanya ada sebuah rumah sewa (hartanah pelaburan), sekarang sudah ada beberapa buah rumah pelaburan.

Kalau dulu hutangnya banyak, tapi satu-per-satu hutang dapat dilunaskan.

Itulah petanda kita semakin kaya.

Dan ianya bermula dengan cashflow yang positif.

Tapi malangnya, kebanyakkan orang tak faham tentang cashflow ini.

Beban Besar di Sebalik Kemewahan

Mereka cuma fikir, makin lama bekerja, makin besar pendapatan, maka secara automatik dia bertambah kaya.

Dia lupa, ketika pendapatan makin besar, makin banyak hutang yang dia buat.

Walaupun kereta makin mewah, rumah makin besar. Tetapi di sebalik kemewahan itu, jumlah harta dan jumlah simpanan dia tak pun bertambah. Yang bertambah hanyalah hutang...

Barang-barang mewah yang makin banyak dia miliki tersebut tidak lebih dari sekadar simbol-simbol kekayaan palsu!

Kalau terjadi sebarang musibah yang membuatkan dia hilang pekerjaan (ataupun hilang upaya untuk bekerja), dia akan hilang segala-galanya dalam dalam beberapa bulan sahaja!

Sungguh menakutkan!

Bebanan Terbesar Cashflow Ramai Orang

Orang bijak, dia akan ambil berat pasal cashflow.

Dia tak peduli “apa orang kata”. Dia tak kisah pakai kereta biasa-biasa.

Sudah banyak yang saya jumpa, di sebalik kereta yang sederhana tersebut, sebenarnya dia seorang jutawan! Jutawan senyap.

Dan berdasarkan pengalaman saya review cashflow mereka yang ada masalah kewangan, saya boleh katakan bebanan terbesar cashflow ramai orang setelah Personal Loan ialah kos membeli dan membela kereta.

Kos membela kereta selalunya lebih mahal dari kos 'membela' isteri dan anak-anak!

Hadiah birthday (road tax & insuran) kereta makan ribu riban setiap tahun. Sedangkan hadiah birthday isteri dan anak-anak pun terpaksa dicatu. Itu belum kira kereta tu merengek perlukan servis dan repair...

Beli sahaja sebuah kereta, kita akan kehilangan cashflow sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan!

Itu baru kereta biasa-biasa, belum lagi mereka yang pakai kereta lebih mewah.

Jadi untuk perbaiki semula kewangan, kena kira balik kedudukan cashflow sendiri. Cashflow tak boleh main agak-agak, tetapi kena kira betul-betul guna Microsoft Excel.

Sahabat pembaca boleh download BORANG ANALISA KEWANGAN PERIBADI (MS EXCEL) yang saya sediakan untuk kira cashflow sendiri. Kalau ada sebarang persoalan tentang borang tersebut, sila letak dibahagian COMMENTS di bawah. Maaf, saya tak dapat melayan pertanyaan peribadi tentang borang ini melalui wassap, sms, ataupun panggilan telefon.

Cara Perbaiki Cashflow Negatif

Kalau lepas isi borang ini dan anda dapati cashflow dalam keadaan negatif, sila perbaiki cepat-cepat.

Ada 3 sahaja cara nak perbaiki cashflow, iaitu:

  1. Jual harta untuk tutup hutang
  2. Potong perbelanjaan
  3. Tingkatkan pendapatan.

Cara #1 - Jual Harta

Cara paling cepat rawat cashflow yang teruk ialah jual semua yang boleh dijual. Jual harta, atau apa sahaja barang di rumah yang disimpan belambak-lambak tapi tak digunakan.

Bahkan kalau perlu jual rumah yang duduk sekarang pun, jual sahaja!

Gunakan hasil jualan itu untuk tutup hutang mana yang boleh. Dan paling penting, taubatlah dari dosa-dosa kewangan yang lalu. Jangan diulang kesilapan yang lalu dan binalah semula kekayaan dengan cara yang betul.

Boleh jadi selepas ini ada yang terpaksa downgrade kereta, atau downgrade dari kereta naik motosikal.

Atau jual sahaja kereta yang kita cuma pakai sesekali sahaja dalam setahun, contohnya hanya untuk balik kampung. Daripada membela kereta tersebut, lebih baik jual dan menyewa sahaja bila nak guna.

Mungkin ada yang terpaksa jual rumah sendiri dan terpaksa duduk menyewa (dengan kos yang jauh lebih murah berbanding bayar ansuran rumah) buat seketika, itu tak apa.

Cara #2 - Potong Perbelanjaan

Kenalpasti perbelanjaan apa yang boleh dikurangkan dan potong perbelanjaan yang sifatnya membazir.

Boleh jadi dulu banyak habiskan hujung minggu di shopping mall. Sekarang terapi diri dan gembirakan ahli keluarga dengan bersiar-siar dan exercise di taman permainan dan taman-taman awam yang tak perlu bayar.

Ia bukan sahaja dapat kurangkan perbelanjaan, tapi dapat tingkatkan kesihatan dan kualiti hidup.

Kalau dulu banyak beli makanan di luar. Sekarang kurangkan beli di luar. Sebaliknya masak makanan sendiri dan bawa bekal dari rumah. Ia bukan sahaja menjimatkan, tapi ia lebih menyihatkan.

Kalau tak ada lagi perbelanjaan yang boleh dipotong dan dikurangkan, gunakan cara ke-3, iaitu tambah pendapatan.

Cara #3 - Tambah Pendapatan

Sekarang terlalu banyak peluang untuk tambah pendapatan. Hanya rajin atau malas sahaja.

Kalau siapa yang biasa pergi kerja naik kereta seorang diri, ambillah peluang untuk bawa Grab. Sambil pergi dan balik kerja, tumpangkan orang lain.

Banyak yang driver Grab yang saya jumpa, mereka bawa Grab sambil-sambil pergi kerja dan balik kerja sahaja. Katanya, pendapatan daripada Grab bukan sahaja dapat cover kos pengangkutan pergi dan balik kerja, tapi mereka boleh dapat extra!

Boleh juga mulakan bisnes sendiri secara sambilan.

Zaman sekarang kita boleh ada bisnes sendiri tanpa perlu ada produk sendiri, tanpa ada kedai sendiri, bahkan tanpa modal pun banyak!

Bisnes Tanpa Modal

Saya sendiri dapat menjana pendapatan yang sangat besar sambil menyimpan emas Public Gold sejak 2010. Tak ada produk sendiri, tak perlu sewa kedai, tak perlu gajikan pekerja, bahkan tak perlu modal pusingan pun. 

Hanya share manfaat simpan emas, dan bantu orang lain simpan jadi penyimpan emas berilmu. Itu sahaja.

Pada saya, nak perbaiki kedudukan kewangan, bukan soal boleh atau tak boleh, tapi sanggup atau tak sanggup sahaja. Kalau betul-betul ada kemahuan yang kuat, pasti Allah akan tunjukkan jalannya, insyaAllah.

Dapatkan Nasihat Orang Yang Betul

Akhir sekali, saya mohon maaf.

Saya tak dapat melayan persoalan tentang Borang Analisa Kewangan Peribadi melalui wassap atau panggilan telefon sebab nanti jenuh saya nak kena melayan.

Borang ini selalunya digunakan oleh Financial Advisor dalam sessi perbincangan one-on-one.

Jadi sahabat pembaca boleh dapatkan nasihat dari Financial Advisor sendiri. Saya bukan Financial Advisor. Saya hanyalah seorang penulis blog bebas sahaja.

Kalau nak dapatkan nasihat kewangan, antara orang yang boleh saya syorkan ialah Tuan Zaidi Ismail.

Sudah ramai yang saya recommend berjumpa dengan beliau dan saya terima feedback yang positif dari mereka yang pernah hadiri sessi one-on-one bersama beliau.

Sahabat pembaca boleh daftar jadi ahli Urus Insan, dan dapatkan sessi one-on-one dengan beliau.

Beliau adalah orang yang betul kalau nak dapatkan nasihat kewangan.

Yuran menjadi ahli Urus Insan bagi saya sangat murah berbanding ilmu yang Tuan Zaidi Ismail berikan dalam sessi one-on-one, insyaAllah.

Bagi kebanyakkan orang, pada saya lebih baik keluarkan sedikit kos untuk berjumpa dengan mereka berpengalaman seperti Tuan Zaidi berbanding pandai-pandai betulkan sendiri supaya tak jadi macam “tikus baiki labu”.

Lagi dibaiki, lagi rosak jadinya. Nauzubillah...

Allahu a´lam.

Zulkifli
Cyberjaya
6 Disember 2017
18 Rabiul Awwal 1439H

“Orang kebanyakan fokus berapa besar PENDAPATAN; lagi besar pendapatan, lagi besarlah dia boleh berbelanja. Sebaliknya orang kaya fokus berapa jumlah HARTA yang dia miliki, dan berapa besar CASHFLOW dapat dihasilkan dari harta tersebut. Lagi besar cashflow (pendapatan pasif), hidup dia lebih BEBAS.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Februari 2023

“Bila ada masalah kewangan, jangan sesekali melabur. Melabur bukan untuk orang yang nak cari duit lebih. Tapi untuk yang ada duit lebih. Bila melabur, rugi dalam tangan. Untung belum tentu. Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita tak sanggup lebur.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Januari 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • […] #1 – Aliran Tunai (Cashflow) Positif – berbelanja kurang daripada pendapatan, dan mempunyai duit lebihan sebagai simpanan tetap setiap bulan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Bila ada lebihan, inilah alat yang kita akan gunakan untuk bina kekayaan masa depan. Cashflow yang positif adalah permulaan kepada kedudukan kewangan yang baik. […]

  • assalam,terima kasih encik zul kerana share borang analisi kewangan ini , moga memberi manfaat kepada semua ,saya nak minta kebenaran encik zul untuk berkongsi borang ini kepada rakan-rakan dan adik-adik saya .Boleh tak encik zul?

  • Assalamualaikum Encik Zulkifli ,

    Saya berjaya pujuk 2 orang daripada keluarga terdekat saya supaya tidak membeli kereta berjenama hebat even mereka kata mereka mampu kerana saya kata mereka memang mampu bayar bayaran bulanan tapi pasti akan mengeluh juga suatu hari nanti untuk membela sebuah kereta berjenama itu .

    lebih baik wang itu dipindahkan kepada simpanan anak-anak dan tukarkannya kepada emas . akhirnya mereka tidak membeli kereta itu .

    lega saya. segalanya kerana ilmu yang Encik Zulkifli share pada kami semua . alhamdulillah .

    terima kasih

  • Tuan Zul, saya sedang mempertimbangkan penapis air beryuran rm77/bulan selama 7 tahun. Dalam masa yang sama, saya sedang mengatur semula cashflow saya yang tidak berbaki…. Sebelum baca artikel ni saya tegas menyatakan saya perlu teruskan menyewa penapis air tu.. Mujur saya baca artikel ni dulu. Alhamdulillah.. Saya ubah fikiran dan masukkan semula dalam senarai kiv.

  • Terima kasih encik zul dengan perkongsian ini. Lepas download excel sheet tu baru dapat clear view tentang tahap kewangan terkini. Dari situ boleh saya baiki sikit2 dan tetapkan matlamat kewangan saya.

    Thank you.

  • Hidup ni memang kena bersusah-susah dahulu. Mana2 benda liabiliti tahanlah dulu jangan beli kalau tak mampu..Berkenaan kereta, yaaa nak kongsi sikit untuk pedoman. Even orang yang berjimat macam saya ni pun boleh sengsara kerana kereta. Sebelum ni saya gunakan kereta iswara sahaja. beli dalam 4k betulkan rasanye cacah 8k jugak major maintainance. total dlm 12k la. convert ngv dlm 2k jadi 14k sahaja. tahanlah untuk beberapa tahun (boleh katakan 5-6 tahun tanpa major service). Jadi sekarang anda boleh bayangkan betapa jimatnya tak ada kereta hutang kan….ok..

    Jadi tahun demi tahun ingin la beli lagi, kali ni say aim kereta continental volvo s40, beli dalam 15k cash….tapi bab yang sakitnya silap beli (mungkin bodoh bab enjin punya pasal saya ni) nak betulkan hampir 15k jugak semuanya. total senang citer 30k laaa…banyak tu sakit rasanya tengok figure tu… terpaksa saya ikat perut balik untuk cover simpanan 30k yg berkurangan ni laaa. alhamdulillah sikit2….tapi selepas dah betulkan semua ni mmg saya harap ketahanan (tanpa major maintainance) selama 10 – 20 tahun ke atas laa. INsyaAllah boleh… (Kalau nak tukar pun saya tukar beli sahaja kepada s80 mungkin jika perlu, dengan sedikit kos insurans road tax. etc)

    Moral of the story, kereta walau berjimat macam manapun kalau beli akan ada kesan merugikan. Jadi kalau beli dengan loan, apalagi besar ruginya!!

    btw kereta iswara masih lagi saya pakai dan masih tiada sebarang masalah alhamdulillah (mungkin nak hantar cat sahaja utk prevent corrosion dlm 1k lebih je). Memang, berbaloi beli kereta second hand, tapi kena merasalah dalam tempoh 1-2 tahun pertama nak betulkan sana sini rosak agak perit sikit. tahun ketiga biasanya InsyaAllah, sikit2 sahaja nak betulkan. Just perkongsian untuk semua…manage your financial wisely…

    lagi satu, pastikan kereta digunakan, dalam hal saya..iswara ngv manfaatnya untuk jalah dekat2 lagi jimat, dan volvo gunanya untuk jalan jauh selesa (sekali sekala dekat2 nak panaskan enjin, etc), dan bonet luas banyak masuk beg. jadi, sememangnya pastikan tiada pembaziran….manage your financial wisely…

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >