Seminar Emas di Public Gold Miri, Sarawak (Mac 2018)

by on March 18, 2018

Post image for Seminar Emas di Public Gold Miri, Sarawak (Mac 2018)

[Kemaskini 19.3.2018] Sempena pembukaan cawangan Public Gold yang ke-18 di Malaysia, saya diamanahkan oleh Public Gold untuk menyampaikan seminar di Public Gold Miri. Trip ke Miri kali ini adalah seminar saya yang ke-5, ke-6 dan ke-7 di Miri. Kali pertama, kira-kira 2 tahun lepas di Mega Hotel Miri. Ketika seminar 2 tahun lepas, saya maklumkan perserta seminar Public Gold akan buka cawangan di Miri. Alhamdulillah, lepas 2 tahun, ianya jadi kenyataaan.

Jadi dengan bukanya cawangan Public Gold di Miri, ia akan jadi satu rahmat buat penduduk di Miri, Bintulu dan di Brunei terutamanya. Kalau dulu, dealer Public Gold di Brunei kena driving lebih 4 jam untuk ambil stok emas dari Public Gold Kota Kinabalu (KK). Tapi sekarang hanya 2 jam sahaja dari Bandar Seri Begawan, Brunai Darussalam. Alhamdulillah.

seminar emas public gold miri sarawak mohd zulkifli shafie mac 2018Jadual seminar saya bersama Public Gold Malaysia untuk Mac 2018. Daripada 5 seminar di Malaysia, 3 daripadanya adalah di Miri.

JUMAAT, 16 MAC 2018 (HARI PERTAMA)

miri airport mohd zulkifli najdah seminar public gold miriSeminar kali ini saya terbang bersama isteri. Kali fly pada hari Jumaat, 16 Mac 2018, iaitu sehari sebelum seminar. Kami naik Air Asia dari KLIA2. Sebenarnya Air Asia adalah flight pilihan saya yang terakhir sebab seatnya agak sempit. Kurang selesa bagi orang yang agak tinggi macam saya. Cuma satu perkara kenapa saya pilih Air Asia, flight tripnya banyak. Senang untuk sesuaikan dengan jadual saya.

kuala lumpur international airport terminal 1Pemandangan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1. Jarang naik Air Asia berlepas dari runway ini. Selalunya Air Asia yang saya naik berlepas dari runway lagi satu. Kalau berlepas, biasanya akan nampak KLIA 2 sebelah kanan. Tapi runway ini, terletak tengah-tengah antara KLIA1 dan KLIA 2.

KLIA1 KLIA2 runwaysSaya naik flight hampir setiap minggu sejak 2016 untuk sampaikan seminar bersama Public Gold. Biasanya flight dari KLIA2 yang selalu saya naik berlepas dari runway warna biru tu. Lebih dekat dengan Terminal KLIA2. Kali ini berlepas dari runway warna merah tu. Patutlah saya rasa agak lama untuk flight tu berlepas. Sebab ia agak jauh.

bilik room grand palace hotel miri sarawakSampai di Miri Airport, kami suami isteri dijemput oleh Kak Bebiyana dan anak bongsunya Akram. Mereka terus hantar kami ke Grand Palace Hotel, Miri. Untuk 2 trip pertama sebelum ini, saya menginap di Mega Hotel Miri. Hotel tu agak happening dan banyak kedai makan muslim area situ. Tapi kali ini saya pilih Grand Palace Hotel sebab lebih dekat dengan office Public Gold Miri dan harganya boleh tahan murah.

Untuk penginapan 3 hari 2 malam di bilik yang agak besar dan selesa ni, cuma RM285.45 (book melalui Traveloka). Siap dengan breakfast. Saya boleh katakan harga ni agak murah berbanding nilai yang saya dapat.

kedai makan restoran muslim bandar miri mohd zulkifli najdahSebaik sahaja check-in sekitar jam 5.45 petang, kami keluar cari makan malam. Satu kekurangan utama Grand Palace Hotel, iaitu tak ada restoran makanan muslim disekitarnya! Aduh. Jenuh saya dan isteri pusing-pusing area Grand Palace Hotel. Restoran disekitarnya banyak, tetapi 100% kedai makan non-muslim dan pub. Jadi saya dan isteri terpaksa ambil Uber (tambang sekitar RM3.70) untuk cari kedai makan.

Kami ambil Uber dan terus ke Mega Hotel sebab kami biasa makan di kedai makan Puma Sera tu yang terletak betul-betul di belakang Mega Hotel. Makannya kena dengan selera kami. Alhamdulillah. Lepas makan, terus balik ke hotel, buat preparation untuk seminar dan terus rehat.

SABTU, 17 MAC 2018 (HARI KE-2)

public gold miri sarawak mohd zulkifli shafie najdahPagi lepas breakfast di Grand Palace Hotel, kami terus berangkat ke office Public Gold Miri. Jaraknya dekat sahaja, tapi kena naik Uber. Tambang cuma RM3.98. Kenapa naik Uber? Saya perhati harga Uber jauh lebih murah berbanding Grab. Ini untuk konteks di Miri jer. Alhamdulillah, inilah kali pertama kami sampai di Public Gold cawangan Miri. Cawangan yang baru dibuka sejak minggu ke-3 bulan Februari 2018! Owh, rasa excitednya sampai di pejabat Public Gold yang baru di Sarawak ni. Tersenyum lebar… 🙂

public gold miri sarawakInilah office yang akan memberikan servis terbaik untuk pembeli emas dan dealer emas di bawah bimbingan kami di Miri, Bintulu dan Brunei. Ini bukan sekadar office Public Gold, tetapi ini juga adalah office baru kami! Kami adalah “Public Gold Business Owner (PGBO)”!

ALAMAT PEJABAT PUBLIC GOLD MIRI, SARAWAK: Lot 3558, 1st & 2nd Floor, Al-Bayt Square Miri, (Miri Commercial Centre), Jalan Miri-Pujut, 98000 Miri, Sarawak. No. telefon +6085-427 916 / +6011-1099 1916 (Hp). Office ni dekat dengan Baitul Mal, Miri. Bagi yang nak jadi penyimpan emas di bawah bimbingan saya, kalau datang buat belian di office Public Gold Miri ini, bagi tahu nama saya sebagai Introducer; Mohd Zulkifli (Kod PG002369).

dealer public gold brunei dan miri zulhilmi borhan steven blandaIni adalah dealer-dealer aktif di bawah bimbingan saya di Brunei dan Miri. Dari kanan tu, Cikgu Steven Blanda (mengajar di Marudi, Miri), En. Zulhilmi (dari Brunei), Cikgu Borhan Yatab (dari Tutong, Brunei) dan seorang lagi dealer baru di bawah En. Zulhilmi.

Mereka datang bukan sekadar belajar, tetapi mereka sedang dalam program mentoring bersama saya. Untuk seminar kali ini, saya amanahkan En. Zulhilmi menjadi emcee, dan Cikgu Steven menjadi co-speaker bersama saya. Tak lama lagi, mereka akan saya amanahkan menjadi local speaker Public Gold Miri. InsyaAllah. Sahabat di Miri, Bintulu dan Brunei yang nak beli emas atau nak dapatkan bimbingan tentang emas, saya boleh recommend contact mereka. Saya percaya mereka boleh bagi bimbingan yang betul tentang emas.

zulhilmi dealer public gold brunei seminar public gold miriSeminar bermula jam 10.30 pagi. En. Zulhilmi jadi emcee untuk seminar kali ini. Ini adalah peluang latihan yang saya berikan supaya beliau biasa naik ke pentas. Cara beliau bercakap, bagi saya beliau memang berpengalaman dengan public speaking. InsyaAllah tak lama lagi beliau akan menjadi salah seorang local speaker tetap untuk Public Gold Miri. En. Zulhilmi telahpun membimbing ramai penyimpan emas di Brunei. Untuk sahabat di Brunei yang nak beli emas atau nak belajar tentang emas, boleh contact EN. ZULHILMI +67 3896 5987 . Kalau nak wassap, terus jer klik link www.wasap.my/6738965987 .

cikgu steven blanda seminar emas dealer public gold miri sarawakSeminar bermula dengan sharing daripada Cikgu Steven Blanda. Beliau adalah anak jati Sarawak. Kampung beliau di Kuching. Sekarang beliau tinggal di Miri, iaitu kampung isteri beliau. Apa yang menarik, beliau share pengalaman bagaimana emas menjadikan kewangan beliau jauh lebih baik.

cikgu steven blanda dealer public gold miri seminar emasKetika mendirikan rumahtangga pada Mei 2016, simpanan emas beliau cukup untuk melangsungkan perkahwinan tanpa perlu membuat sebarang pinjaman! Bagi saya, ini dianggap “rare” untuk generasi muda sekarang. Rakan-rakan di Miri yang nak beli emas atau belajar tentang emas, boleh contact CIKGU STEVEN di +6019 483 6692. Kalau nak wassap, terus jer klik link www.wasap.my/60194836692 .

mohd zulkifli seminar emas public gold miri 17 mac 2018Kehadiran seminar SESSI PERTAMA ini full-house – 30 orang sampai tak cukup kerusi. Saya bercakap tentang peluang jana pendapatan pasif sambil menyimpan emas.

najdah barang kemas public gold aurora italiaIsteri saya share peluang jana pendapatan sambil berhias dengan barang kemas trending terbaru iaitu Aurora Italia yang dijual oleh Public Gold.

mohd zulkifli seminar emas public gold miri 17 mac 2018-02Tahniah yang hadir datang belajar. Dapat ilmu, dapat grab promosi beli emas pada harga diskaun, dan ada yang bawa balik lucky draw emas free sebagai hadiah daripada Public Gold.

mohd zulkifli seminar emas public gold miri 17 mac 2018-03Peserta seminar emas SESSI KE-2, iaitu bermula jam 8.30 malam. Seramai 10 orang.

dealer public gold sarawak kuching miri steven shafiq rohaizadUntuk sessi ke-2, saya Cikgu Steven jadi co-speaker bersama saya. Manakala En. Shafiq Rohaizad saya amanahkan jadi emcee. En. Shafiq adalah dealer Public Gold Kuching yang aktif di bawah bimbingan saya. Beliau dan isteri beliau iaitu Pn. Nuraini Nabilah terbang dari Kuching ke Miri semata-masa untuk ikuti seminar ini dan berjumpa dengan saya untuk sessi one-on-one.

team dealer public gold sarawakHabis seminar, kami pergi mengopi di McDonald´s untuk discuss bagaimana kami boleh beri lebih manfaat untuk masyarakat Sarawak melalui plaftorm Public Gold. InsyaAllah kami akan wujudkan team dealer Public Gold yang kukuh bersatu padu di seluruh Sarawak dan Brunei yang boleh bekerja secara harmoni, dan respek antara satu sama lain demi mendidik masyaratkan tentang emas dan kewangan. Pukul 12.15 pagi, Cikgu Steven hantar saya dan isteri balik ke Grand Palace Hotel, dan En. Shafiq & isteri ke Nur Hotel.

AHAD, 18 MAC 2018 (HARI KE-3)

shafiq rohaizad dealer public gold kuching sarawak mohd zulkifli najdahPagi-pagi sebelum berangkat dari hotel, En. Shafiq dan isterinya Pn. Nuraini datang breakfast dengan kami di Grand Palace Hotel sambil bincang “Action Plan” beliau. Ini salah satu rutin bulanan dealer-dealer Public Gold yang aktif di bawah bimbingan saya supaya saya dapat pastikan bisnes mereka kekal di atas landasan bagi mencapai matlamat mereka sendiri dalam bisnes. Bagi rakan-rakan di Kuching yang mahu dapatkan bimbingan jual beli emas Public Gold, boleh contact beliau atau isteri di +6013 3235478 (EN. SHAFIQ) / +6019 449 7345 (PN. NURAINI).

Selesai breakfast, kami sama-sama berangkat ke office Public Gold Miri untuk seminar bermula jam 10.00 pagi.

mohd zulkifli seminar emas public gold miri 18 mac 2018-02Peserta seminar untuk sessi ke-3 (terakhir). Sebahagiannya datang dari Brunei Darussalam. En. Yazeez (4 dari kiri) datang untuk kali ke-2. Katanya, tak puas belajar 1 jam 30 minit hari sebelumnya. Beliau datang lagi untuk terus belajar. Mudah-mudahan Allah berkati kesungguhan beliau.

shafiq rohaizad dealer public gold kuching seminar emas miriUntuk seminar sessi terakhir ini, saya amanahkan En. Shafiq Rohaizad jadi emcee dan share pengalaman beliau; bagaimana simpanan emas menjadikan kewangan beliau lebih baik. Setiap orang ada pengalaman unik masing-masing dengan emas.

cikgu borhan yatab dealer public gold brunai miriLepas sharing oleh En. Shafiq Rohaizad, saya minta Cikgu Borhan Yatab dari Brunei untuk share pengalaman, bagaimana emas menjadikan kewangan beliau lebih baik. Cikgu Borhan salah seorang dealer Public Gold di bawah bimbingan saya di Brunei. Bagi rakan-rakan di Brunei yang nak beli emas Public Gold, boleh contact CIKGU BORHAN di +65 9186 3696 .

redzuan meludin dealer public gold brunai mohd zulkifli.jpg 02Habis seminar, saya dan isteri singgah makan di Restoran Puma Sera. Katanya ini restoran famous makanan Malaysia dan Indonesia. Sambil makan, En. Redzuan iaitu Master Dealer Public Gold Brunei ambil kesempatan jumpa saya untuk bincang program bisnes beliau dan bagaimana beliau boleh tingkatkan lagi bisnes beliau di Brunei. Beliau telahpun membimbing ramai penyimpan emas di Brunei sejak beliau sambung belajar peringkat Master di Universiti Malaysia (Kuala Lumpur) lagi. Sekarang, beliau bertugas di Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam.

Rakan-rakan di Brunei yang nak beli emas, boleh juga contact EN. REDZUAN di +673 881 7602 .

redzuan meludin dealer public gold brunai mohd zulkifli Selesai makan, beliau hantar kami terus ke Miri Airport.

cikgu steven blanda dealer public gold sarawak miri airportSampai di Miri Airport, Cikgu Steven dah buat appointment untuk sessi one-on-one bersama saya. Saya review progress dan Action Plan bisnes beliau bagaimana beliau boleh beri lebih banyak manfaat dengan wujudnya cawangan Public Gold Miri. Berdasarkan pengalaman saya, saya tunjukkan beberapa perkara yang beliau boleh improve untuk jadi lebih baik. InsyaAllah.

air asia miri airportJam 6.00 petang, kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur naik Air Asia. Flight delay sekitar 35 minit daripada yang dijadualkan. Alhamdulillah, trip 3 hari 2 malam ke Miri kali ini sungguh bermakna bagi kami. Jadual penuh dan padat sepanjang 3 hari. Badan terasa penat, tapi puas hati. Itu dipanggil “GOOD TIRED”. Sepanjang 2 jam pertama dalam flight, saya dan isteri ambil peluang tidur. 30 minit sebelum landing di KLIA, sempat saya buat kerja update blog dan baca buku beberapa chapter. Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. InsyaAllah saya dijangka akan datang lagi ke Miri untuk seminar dalam bulan Ramadhan nanti, insyaAllah.

{ 8 comments… read them below or add one }

1 azrinros March 18, 2018 at 9:37 pm

Pernah bertugas di Miri pada tahun 1997 hingga 1999 tentu sudah banyak perubahan.

Reply

2 Siti March 21, 2018 at 1:51 am

Salam tuan zulkifli, sy siti dr batu caves. Sy juga merupakn salah seorg pembeli emas public gold. Sy nk mintak pendapat tuan. Sy berniaga. Stiap bulan sy akan beli stock brg utk niaga. Kalau duit yg sy nk byr utk ambil stock tu td, sy gntikn dgn emas (beli emas), kemudian sy pajak emas tersebut, duitnya sy byr utk beli stock brg niaga. Nti dh dpt duit sales, sy tebus semula emas yg dipajak td. Adakah tindakan sy ni bijak?

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie March 22, 2018 at 9:35 am

Wslm Pn. Siti,

Saya prefer beli emas dengan duit lebihan.

Reply

4 Naziman Azlye March 21, 2018 at 1:21 pm

Waaa menariknya.

Tiba-tiba teringat kenangan sekolah di Miri dulu. Tahun bila yaa. Ow, tahun 2005 hingga 2007.

Reply

5 Suria March 22, 2018 at 12:03 am

Tahniah tuan atas pembukaan ofis baru

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie March 22, 2018 at 9:34 am

Alhamdulillah. Terima kasih Pn. Suria.

Reply

7 rohaizah khamis April 1, 2018 at 11:01 am

Assalamualaikum Encik Zul,

Good Tired.
PENAT tapi BERBALOI .
semakin padat jadual , semakin effektif masa digunakan , semakin penat badan , semakin rasa berbaloi , semakin puas hati , semakin empayar bisnes berkembang .

TAHNIAH kepada Encik Zul dan Puan Nadjah.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie April 1, 2018 at 6:18 pm

Wslm Pn. Rohaizah,

Alhamdulillah. Syukur.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: