MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bina Pendapatan Kekal Dulu Sebelum Fikir Nak Bermewah-mewah

June 20, 2018

“Ada kerja, ada duit. Tak ada kerja, tak ada duit”. Itu “hard-earned income”, pendapatan aktif. Kita kena kerja keras dulu baru dapat duit. Pendapatan yang hanya kita dapat lepas bekerja keras.

Suka atau tak suka, kita tetap kena bekerja.

Gaji, upah, komisyen dan sebagainya, itu dipanggil “hard-earned income”...

Selagi mampu bekerja, selagi itulah kita dapat income. Itu dipanggil PENDAPATAN SEMENTARA; ada kerja ada duit, tak ada kerja tak ada duit..

Kalau hilang upaya untuk bekerja, income kosong! Walaupun gaji puluhan ribu setiap bulan sekalipun, apa-apa terjadi, semuanya kembali KOSONG!

Membina Pendapatan Kekal

Orang bijak, dia tak akan guna income macam tu untuk bermewah-mewah... Dia tahu, income macam tu sifatnya cuma sementara. Kais sebulan, makan sebulan...

Sebaliknya, income macam tu dia akan fokus untuk tambah tabungan dan harta... Sampailah harta dia cukup untuk menjana pendapatan pasif; tak kerja pun ada duit...

Dengan duit gaji, dia fokus tambah simpanan Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputra (ASB). Dapat dividen (pendapatan pasif) setiap tahun.

Atau beli hartanah yang boleh disewakan... Dapat sewaan (pendapatan pasif)

Ataupun membina bisnes bersistem... Bisnes yang kukuh hingga bisnes tu boleh berjalan sendiri tanpa kita. 

Itu semua harta-harta itu yang dapat hasilkan pendapatan pasif dalam jangka panjang.

Bila jumlah harta tu dah cukup (untuk jana pendapatan pasif yang cukup) untuk keperluan hidup dia, barulah sesuai nak sedikit bermewah-bermewah...

Bermewah-mewah guna pendapatan pasif... Duit yang dia tak perlu pergi kerja dan kerah keringat... Itu PENDAPATAN KEKAL, tanpa perlu bekerja keras lagi, insyaAllah.

Menanam Hari Ini, Tuai Hasilnya Esok

Konsep bina harta ni macam tanam pokok durian.

Mulakan tabiat menabung sebahagian pendapatan setiap bulan, ibarat kita menanam benih (pokok durian). Bila ditanam, letakkan baja dan disiram pokok sentiasa selama beberapa tahun sampailah pokok tu akhirnya besar.

Teruskanlah menabung setiap bulan selama beberapa tahun sampai jumlah tabungan tu cukup besar. Jangan dicantas pokok tu selagi buahnya belum cukup.

Jangan dibelanjakan simpanan dan hasil keuntungan daripada simpanan itu selagi jumlahnya belum cukup besar. Ia perlukan masa untuk kita benar-benar dapat menikmati hasilnya.

Nanti bila pokok dah cukup besar, cukup banyak dan dapat hasilkan buah yang cukup (tanpa perlu kita siram lagi), itulah waktunya kita menikmati hasilnya... Itulah pendapatan pasif yang boleh kita nikmati tanpa perlu kita menjaganya lagi.

Maka menanamlah hari ini. Jagalah pokok itu dengan baik, dan siramlah pokok itu dengan sabar.

Satu hari nanti pasti kita akan menikmati hasilnya sepanjang hayat, insyaAllah...

Zulkifli
Jakarta Pusat
31 Mei 2018
15 Ramadhan 1438H

“Orang kaya bina kekayaan dulu sebelum beli barang mewah. Sebaliknya orang kebanyakkan beli barang mewah dulu sebelum bina kekayaan. Bukan salah beli barang mewah, tapi cara mendapatkan barang itu yang membezakannya” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 25 Disember 2022

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Ya saya bersetuju. Selepas menamatkan pengajian bukanlah masa untuk ber-enjoy dengan pendapatan dan kehidupan sebenar baru bermula.

    Siapa yang leka dia akan menyesal kemudian hari dan siapa yang mula awal dia akan bersyukur nikmat hasil usaha keras.

  • Alhamdulillah.
    terima kasih di atas perkongsian tuan. sy kini mula belajar fokus kepada kelebihan menabung di Tabung Haji, Membeli Emas ( sekadar GAP acc PG ) dan Hartanah yang disewakan ( belum ada lebihan income tetapi hampir cover byran bulanan )

  • Assalamualaikum Encik Zulkifli ,

    teringat DSV yang menjual macam2 sejak dia di bangku sekolah , di Universiti di kampung dan sebagainya sehinggalah dia berjaya dan skrg bermewah2 belanja siap belikan beg tangan berjenama mahal untuk rakan taulannya !

    ‘Pokok Durian ‘nya sudah tidak sesusah mana perlu dijaga kerana DSV dah bersenangan makan hasilnya ….

    Saya faham. kini saya lihat pokok durian saya akan ingat posting ini.

    Terima kasih Encik Zulkifli .

  • Salam En. Zulkifli,

    Selain daripada Rumah Sewa/ASB/Tabung Haji, adakah Unit Trust juga dikira sebagai salah satu daripada punca pendapatan kekal atau ia lebih di kira sebagai pelaburan jangka masa panjang sama seperti menyimpan emas.

    • Wslm En. Firdaus.

      Pendapatan dividen dari Unit Trust, dan Saham tu pun passive income (pendapatan kekal). Cuma harga unit trust dan saham tu berubah-ubah ikut keadaan ekonomi dan politik semasa negara.

  • Analogi –
    1. Tanam pokok durian. (Mula melabur)
    2. Siram & baja. (Tambah sikit2)
    3. Tunggu berbuah. (Dapat dividen)
    4. Jual separuh buah. (Biarkan dividen)
    5. Makan separuh lagi buah. (Guna dividen untuk keperluan)
    6. Biji durian tanam pokok durian baru. (Mulakan pelaburan lain pula)

  • Assalamualaikum tuan zul,semoga sihat hendaknya.
    Alhamdulillah,saya dah lama ikuti blogger tuan.
    Dan asbab tu saya jadi penyimpan emas yang tegar.
    Cuma bulan lalu barula datang ke seminar public gold,itu pun kerana seminar tu tuan yang turun.
    Alhamdulillah semakin semangat rasa diri ini dalam berjuang untuk bisnes dan ke arah kebebasan kewangan.

    Ustaz Sabah.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >