Jangan Bazirkan Usia Pada Pekerjaan Yang Kita Tidak Suka Lakukannya!

by on June 24, 2018

Post image for Jangan Bazirkan Usia Pada Pekerjaan Yang Kita Tidak Suka Lakukannya!

Hidup 80 tahun, tetapi meluangkan masa 40 tahun untuk buat perkara yang kita tidak suka? Terpaksa buat hanya kerana terperangkap dengan pemikiran yang menganggap ia terpaksa dilakukan demi keperluan hidup dan untuk menjaga “takut nanti apa orang kata?”.

Selalu kita jumpa, orang yang dengan bangganya bercerita tentang hidupnya yang “kerja kuat”, “sibuk kerja” dan berjawatan, walaupun pada hakikatnya dia buat semua itu sebab ‘terpaksa’ lakukan untuk terus hidup. Bukan disebabkan dia suka lakukannya. Kalau dia ada pilihan, dia tak nak buat semua itu.

Kehidupan begitu sebenarnya lebih sinonim kepada siapa yang ada beban hutang dan komitmen kewangan yang besar, yang dia sendiri menciptanya – sendiri cari penyakit. Makin lama bekerja, makin banyak hutang yang dia buat, maka makin beratlah beban kewangan yang dia tanggung seiring dengan bertambahnya beban kerja.

Hutang Itu Menjerat Kehidupan

Nak tukar kerja, susah nak cari pekerjaan yang sesuai dengan apa yang dia suka. Nak berhenti kerja, lagilah tak boleh. Hutang rumah, hutang Personal Loan, hutang kad kredit, pinjaman pelajaran, dan hutang beli kereta siapa nak bayar?

Dulu beli kereta kononnya sebab nak mudah pergi kerja, tetapi sekarang sudah terbalik. Dia terpaksa terus bekerja sebab nak ‘membela’ kereta yang dia beli itu. Asalnya kereta itu hanya hamba untuk memudahkan urusan kita, tetapi sekarang, kereta itu sudah jadi tuan yang kita perlu menjaganya!

Video oleh Rob Dial ini sangat menarik untuk kita renungkan.

Apa yang dijelaskan oleh Rob Dial inilah antara semangat yang akan saya bawa dalam #BukuZeroHutangV3  yang sedang saya tulis sekarang. Iaitu bagaimana “pencen” di usia muda dan terus bekerja membina kehidupan yang kita impikan.

Dibayar Untuk Lakukan Apa Yang Kita Suka

Pencen bukan bermaksud tidak bekerja. Tetapi kita bekerja mengikut cara yang kita suka. Kita dibayar untuk buat apa yang kita suka!

Kita mungkin tak ada pangkat, tak ada nama, tak ada jawapan untuk soalan “kerja di mana?”, dan “apa jawatan sekarang?”. Tetapi kita happy dengan kehidupan sendiri.

Orang yang happy dengan kehidupan dan pekerjaan mereka; kegembiraan sebenar dia bukan lagi tentang duit, tetapi mereka mencari makna hidup dalam apa yang dia usahakan. Duit akan tetap dapat atas usaha itu, bahkan akan dapat duit dalam jumlah yang lebih banyak apabila gembira dengan apa yang dia usahakannya itu, insyaAllah.

Hidup ini bukan sekadar kerja cari duit dan bayar bil setiap bulan, tetapi ia satu perjuangan untuk membina kehidupan kekal selepas kematian nanti, insyaAllah.

Doakan saya dapat siapkan buku terbaru Zero Hutang 3.0 secepat mungkin, insyaAllah.

Siapa belum dapatkan lagi buku Misi Bebas Hutang (Zero Hutang 2.0) ini, dapatkan dari kedai buku Populor, MPH atau Kinokuniya terdekat. Harga cuma RM20 sahaja.

 

Zulkifli
Cyberjaya
24 Jun 2018
10 Syawwal 1439H

[Kredit foto : thesimpledollar.com]

{ 12 comments… read them below or add one }

1 Nik Amir June 24, 2018 at 7:49 pm

Terima kasih En. Zul..
Post yang sangat baik dan memberikan inspirasi.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2018 at 6:45 am

Sama-sama En. Nik Amir.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

3 Muhammad Wafy June 25, 2018 at 9:10 am

InsyaAllah, terima kasih En. Zul.. Aim saya suatu hari nanti!! 💪

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2018 at 9:51 am

Sama-sama En. Wafy. InsyaAllah.

Reply

5 azrai June 26, 2018 at 11:28 am

Pekerjaan adalah satu perbuatan yang sangat mulia. Sebabnya? Kita memberikan khidmat kepada orang lain untuk kemaslahatan masyarakat dan alam. Bos saya dulu pernah tanya kepada saya, bandar Putrajaya yang cantik itu jika tiada pekerja yang mengangkut sampah tiada lah keindahannya. Pekerja yang angkut sampah tu pun rasanya bukan lah pekerjaan yang dia suka lakukan, tapi khidmat bakti dan jasanya berikan kesihatan yang baik kepada semua orang. Bila takde sakit nak beribadat pun senang.
Bagi saya, sekiranya kita stuck juga dengan pekerjaan kita ambil saja satu kata-kata ni. Ustaz Badlishah bagitau kata-kata sufi;
“Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik adalah suka dengan apa yang kita dapat”
Maknanya sekiranya kita tidak suka dengan pekerjaan kita, cuba suka dengan kerja kita tu. InsyaAllah keikhlasan dan niat baik kita Allah confirm permudahkan.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie June 26, 2018 at 11:46 am

Betul.

Kalau tak ada pilihan, belajar suka pada pekerjaan sendiri. Tetapi akhir sekali mereka yang betul-betul suka dengan apa yang dia usahakan saja yang akan pergi jauh dengan pekerjaanya, dan lebih ramai orang dapat lebih manfaat daripada usahanya. Kalau setiap orang suka dengan pekerjaan masing-masing, dunia ini akan jauh lebih baik, insyaAllah.

Reply

7 Bachtiar Pudya June 27, 2018 at 9:57 pm

Terimakasih en Zul..sungguh sangat menginpirasi kami dari Klaten, Indonesia.
Kami juga ingin cepat pensiun dan mencapai kebebasan keuangan dalam 5 tahun mendatang.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 27, 2018 at 10:52 pm

Sama-sama Pak Bachtiar.

InsyaAllah. Semoga target Pak Bachtiar akan tercapai.

Reply

9 Eratuku July 6, 2018 at 4:46 pm

Jika anda merasakan bahawa anda memerlukan pendapat bijak orang lain mengenai kerja yang anda tidak suka tu, cuba bercakap dengan seseorang seperti ahli keluarga yang telah berada dalam keadaan anda dahulu untuk mendapatkan pendapatnya dan lepas tu membuat keputusan sendiri.

Reply

10 Rohaizah Khamis July 9, 2018 at 8:35 pm

Assalamualaikum Encik Zul ,

betul. Buat apa yang kita suka , bekerja kerana kita suka , feelingnya memang lain .

Reply

11 Syed Mohd Tazrin July 12, 2018 at 11:45 am

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakahtu Ustaz Zul

Dulu tahun 2008, pernah Ustaz Zul katakan saya sudah pencen kerana saya bekerja dan dibayar atas apa yang saya suka buat iaini mengajar Bahasa Inggeris di UIAM.

Sebelum tu, saya memang tak suka perkerjaan saya. Mula sebagai kerani, duduk pejabat dari pagi sampai petang…tapi saya terus usaha belajar menimba ilmu kerana saya suka tempat kerja saya.

Saya terus ambil Diploma dan tukar kerja di Makmal pula. Masih tak suka juga bekerja kerana terpaksa selalu potong organ manusia yang diambil dari biopsy atau cebisan mayat dari autopsy di Makmal Histopathology.

Saya terus belajar, ambil Ijazah dalam TESL dan tukar ke jawatan Guru Bahasa Inggeris di UIA. Selepas 14 tahun usaha, barulah saya temui kegembiraan dalam pekerjaan. Kerja senang, masa lapang banyak, gaji penuh, cuti banyak sekali, hati tenang macam orang pencen betul.

Tapi yang lebih baik dari itu adalah ilmu kewangan yang saya timba dari blog dan buku-buku Ustaz Zul. Bila tak dibebani hutang, jiwa lebih merdeka. Langkah seterusnya … .. ..

Ribuan Terima Kasih Ustaz Zul.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie July 12, 2018 at 2:39 pm

Wslm En. Syed,

MasyaAllah. Alhamdulillah…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: