MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Bazirkan Usia Pada Pekerjaan Yang Kita Tidak Suka Lakukannya!

June 24, 2018

Hidup 80 tahun, tetapi gunakan masa 40 tahun untuk buat perkara yang tidak disukai?

Terpaksa buat hanya sebab fikir kita terpaksa lakukannya untuk hidup dan nak jaga “takut nanti apa orang kata?”.

Banyak  orang berbangga bila bercerita yang dia “kerja kuat”, “sibuk kerja” dan berjawatan. Sedangkan pada hakikatnya, dia buat semua itu sebab ‘terpaksa’ untuk terus hidup. Bukan sebab dia suka buat perkara tersebut.

Kalau ada pilihan, dia tak nak buat semua itu.

Berlari Di Tempat Sama

Hidup macam tu sebenarnya sinonim dengan siapa yang ada beban hutang banyak dan komitmen kewangan yang besar.

Yang hakikatnya dia sendiri menciptanya – sendiri cari penyakit.

Makin lama bekerja, makin banyak hutang yang dia buat. Maka makin beratlah beban kewangan yang dia tanggung seiring dengan bertambahnya beban kerja.

Sudahlah kerja makin stress, duit simpanan tak ada, hutang pun makin banyak!

Penat dia belari, tapi hakikatnya dia sedang berlari di tempat yang sama!

Hutang Itu Menjerat Kehidupan

Nak tukar kerja, susah nak cari pekerjaan yang sesuai dengan apa yang dia suka.

Nak berhenti kerja, lagilah tak boleh.

Hutang rumah, hutang Personal Loan, hutang kad kredit, pinjaman pelajaran, dan hutang beli kereta siapa nak bayar?

Dulu beli kereta kononnya sebab nak mudah pergi kerja, tetapi sekarang sudah terbalik. Dia terpaksa terus bekerja sebab nak ‘membela’ kereta yang dia beli itu.

Asalnya kereta itu hanya hamba untuk memudahkan urusan kita, tetapi sekarang, kereta itu sudah jadi tuan yang kita perlu menjaganya!

Video oleh Rob Dial ini sangat menarik untuk kita renungkan.

Apa yang dijelaskan oleh Rob Dial inilah antara semangat yang akan saya bawa dalam penulisan-penulisan saya tentang "Financial Freedom".

Iaitu bagaimana “pencen” di usia muda dan terus bekerja membina kehidupan yang kita impikan.

Dibayar Untuk Lakukan Apa Yang Kita Suka

Pencen bukan bermaksud tidak bekerja. Tetapi kita bekerja mengikut cara yang kita suka.

Dengan kata lain, kita dibayar untuk buat apa yang kita suka!

Kita mungkin tak ada pangkat, tak ada nama, tak ada jawapan untuk soalan “kerja di mana?”, dan “apa jawatan sekarang?”.

Tetapi kita happy dengan kehidupan sendiri.

Orang yang happy dengan kehidupan dan pekerjaan mereka; kegembiraan sebenar dia bukan lagi tentang duit, tetapi mereka mencari makna hidup dalam apa yang dia usahakan.

Duit akan tetap dapat atas usaha itu, bahkan akan dapat duit dalam jumlah yang lebih banyak bila dia enjoy dengan apa yang dia usahakannya itu, insyaAllah.

Hidup ini bukan sekadar kerja cari duit untuk bayar bil-bil setiap bulan. Tetapi sepatutnya ia satu perjuangan untuk buat perkara yang bermakna untuk kehidupan kita pada hari ini dan pada hari lepas kematian nanti, insyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
24 Jun 2018
10 Syawwal 1439H


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Pekerjaan adalah satu perbuatan yang sangat mulia. Sebabnya? Kita memberikan khidmat kepada orang lain untuk kemaslahatan masyarakat dan alam. Bos saya dulu pernah tanya kepada saya, bandar Putrajaya yang cantik itu jika tiada pekerja yang mengangkut sampah tiada lah keindahannya. Pekerja yang angkut sampah tu pun rasanya bukan lah pekerjaan yang dia suka lakukan, tapi khidmat bakti dan jasanya berikan kesihatan yang baik kepada semua orang. Bila takde sakit nak beribadat pun senang.
    Bagi saya, sekiranya kita stuck juga dengan pekerjaan kita ambil saja satu kata-kata ni. Ustaz Badlishah bagitau kata-kata sufi;
    “Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik adalah suka dengan apa yang kita dapat”
    Maknanya sekiranya kita tidak suka dengan pekerjaan kita, cuba suka dengan kerja kita tu. InsyaAllah keikhlasan dan niat baik kita Allah confirm permudahkan.

    • Betul.

      Kalau tak ada pilihan, belajar suka pada pekerjaan sendiri. Tetapi akhir sekali mereka yang betul-betul suka dengan apa yang dia usahakan saja yang akan pergi jauh dengan pekerjaanya, dan lebih ramai orang dapat lebih manfaat daripada usahanya. Kalau setiap orang suka dengan pekerjaan masing-masing, dunia ini akan jauh lebih baik, insyaAllah.

  • Jika anda merasakan bahawa anda memerlukan pendapat bijak orang lain mengenai kerja yang anda tidak suka tu, cuba bercakap dengan seseorang seperti ahli keluarga yang telah berada dalam keadaan anda dahulu untuk mendapatkan pendapatnya dan lepas tu membuat keputusan sendiri.

  • Assalamualaikum Encik Zul ,

    betul. Buat apa yang kita suka , bekerja kerana kita suka , feelingnya memang lain .

  • Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakahtu Ustaz Zul

    Dulu tahun 2008, pernah Ustaz Zul katakan saya sudah pencen kerana saya bekerja dan dibayar atas apa yang saya suka buat iaini mengajar Bahasa Inggeris di UIAM.

    Sebelum tu, saya memang tak suka perkerjaan saya. Mula sebagai kerani, duduk pejabat dari pagi sampai petang…tapi saya terus usaha belajar menimba ilmu kerana saya suka tempat kerja saya.

    Saya terus ambil Diploma dan tukar kerja di Makmal pula. Masih tak suka juga bekerja kerana terpaksa selalu potong organ manusia yang diambil dari biopsy atau cebisan mayat dari autopsy di Makmal Histopathology.

    Saya terus belajar, ambil Ijazah dalam TESL dan tukar ke jawatan Guru Bahasa Inggeris di UIA. Selepas 14 tahun usaha, barulah saya temui kegembiraan dalam pekerjaan. Kerja senang, masa lapang banyak, gaji penuh, cuti banyak sekali, hati tenang macam orang pencen betul.

    Tapi yang lebih baik dari itu adalah ilmu kewangan yang saya timba dari blog dan buku-buku Ustaz Zul. Bila tak dibebani hutang, jiwa lebih merdeka. Langkah seterusnya … .. ..

    Ribuan Terima Kasih Ustaz Zul.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >