MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jutawan Emas Leadership Training Ke-31 (Seberang Jaya, Penang)

July 23, 2018

Alhamdulillah. Selesainya Jutawan Emas Leadership Training (JLT) yang ke-31, berlangsung selama 2 hari satu malam di Sunway Hotel, Seberang Jaya, Penang. Ini kali pertama program ini dibuat selama 2 hari 1 malam dan dibuat di kawasan bandar. Semua 30 kali JLT yang berlangsung sebelum ini dibuat di kawasan agak jauh dari bandar dan dibuat selama 3 hari 2 malam. Dan JLT ini dianggap sebagai JLT versi ke-3. Ia lebih praktikal dan lebih fokus berbanding 30 JLT sebelum ini.

JLT sebenarnya training paling penting bagi dealer #PublicGold yang mahu membina passive income RM4,000 – RM8,000 sebulan dan mencapai “financial freedom” dalam tempoh 3 – 5 tahun. Ini salah satu program wajib bagi dealer Public Gold yang mahu jadi #NextMohdZulkifli . Saya dan isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain antara speaker dalam program training ini.

Program JLT ini dianjurkan oleh Public Gold, tetapi dikendalikan sepenuhnya oleh dealer berpengalaman.

Istimewanya JLT, peserta berpeluang belajar terus dari dealer Public Gold yang paling berjaya. Mereka akan mendapat idea-idea secara langsung dari dealer yang telahpun melakukannya.

JLT kali ini disertai oleh 14 dealer Public Gold, dan 2 staff Public Gold Indonesia. 11 daripada 14 peserta adalah dari kalangan dealer Public Gold di bawah bimbingan saya yang serius membina masa depan bersama Public Gold.

Kali ini, seorang anak muda di bawah bimbingan saya diberi kepercayaan menjadi salah seorang daripada committee program ini. Committee selalunya dipilih dari kalangan dealer Public Gold yang menunjukkan pencapaian yang bagus dalam bisnes, dan boleh dicontohi oleh dealer yang lain.

En. Fendy Rusli a.k.a. Abang Long adalah committee paling berpengalaman. Beliau salah seorang Founder Master Dealer yang benar-benar fokus membina masa depan bersama Public Gold. Untuk JLT ke-31 ini, beliau membawa seorang dealer baharu (iaitu kawan baik beliau sendiri) dari Palembang, Indonesia. Ini dengan perkembangan terbaru ini, insyaAllah bisnes Public Gold akan melebarkan sayap ke Palembang.

Petang Sabtu 21.8.2018, saya, isteri dan mentor saya En. Syukor dijemput hadiri majlis sambutan birthday Pengasas Public Gold, Dato Wira Louis Ng di Batu Ferringgi, Penang. Kami “lari sekejap” meninggalkan program untuk ke majlis tersebut, dan kembali ke Sunway Hotel pada jam 9.30 malam.

Sebab utama kenapa Public Gold mampu terbang tinggi dan saya membuat keputusan hanya fokus membina bisnes ini adalah disebabkan Founder-nya. Baca catatan penuh saya itu.

Alhamdulillah, JLT ke-31 ini berlangsung dengan jayanya. Usaha 30 kali JLT sebelum ini sudah menampakkan hasil. Sepanjang JLT ini, saya terima banyak feedback pencapaian membanggakan bagi dealer yang serius mengikut PG1S Education program yang disediakan oleh Public Gold sejak 2 tahun yang lalu.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=-_fR39EGdbM&width=550&height=309[/embedyt]

Bagi dealer Public Gold yang belum mengikuti Jutawan Emas Leadership Training, ikuti pesanan guru emas saya ini tentang kepentingan program ini. Sehingga kita berjumpa lagi dalam JLT akan datang, insyaAllah.

Jadual JLT untuk Julai – Disember 2018. Bagi yang nak join, contact branch Public Gold terdekat untuk pendaftaran.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >