Seminar Emas Public Gold di Besut, Terengganu (Julai 2018)

by on July 14, 2018

Post image for Seminar Emas Public Gold di Besut, Terengganu (Julai 2018)

Full-house! Kehadiran ke Seminar Bisnes Emas bersama saya di Besut, Terengganu memang betul-betul luar jangkaan penganjur. Penganjur jangka paling ramai pun dalam 40 orang yang hadir, tetapi jumlah yang hadir lebih 60 hingga terpaksa tambah kerusi dan buka satu lagi bilik untuk ikuti secara FB Live. Ada yang dari Besut dan Setiu Terengganu, dan ramai juga yang datang dari Kelantan.

Alhamdulillah, satu perkembangan positif untuk warga Besut. Saya datang untuk berikan semangat. InsyaAllah semangat ini akan diteruskan oleh team dealer Public Gold di Besut yang diketuai oleh En. Faizman, seorang anak muda yang mempunyai wawasan bersama Public Gold.

Seminar bermula tepat jam 10.30 pagi. Mana-mana seminar saya, memang akan bermula tepat mengikut jadual. Saya menghormati orang yang datang awal.

Dalam seminar ini, saya fokus bagaimana emas boleh membantu mengukuhkan kewangan, dan bagaimana memanfaatkan platform Public Gold untuk mencapai status kewangan yang dinamakan “financial freedom”.

Isteri saya sharing ringkas bagi peminat emas perhiasan, iaitu bagaimana menjana pendapatan sambil berhias dengan Aurora Italia.

Full-house!

Bilik utama seminar penuh. Hingga terpaksa buku satu lagi bilik untuk sebahagian lagi ikutinya melalui FB Live di skrin TV.

Mereka yang ikuti dari dari skrin TV. Bilik pun sangat selesa, terutamanya mereka yang bawa anak-anak.

Saya kagum dengan semangat mereka datang belajar. Menurut pihak penganjur, di Besut sangat kurang program-program begini. Jadi beliau berikan komitmen untuk adakan seminar emas Public Gold di Besut setiap bulan di tempat ini, insyaAllah.

Seperti biasa dalam mana-mana seminar Public Gold, diakhir seminar diadakan sessi cabutan bertuah. Hadiah yang diberikan ialah aksesori dan gold bar 0.5 gram secara percuma (free)! 6 keping gold bar 0.5 gram dikeluarkan sebagai hadiah untuk seminar kali ini. Datang belajar free, dan berpeluang menang emas free! Terima kasih Public Gold.

Seminar di adakan di training centre bernama “Kampus” milik En. Faizman selaku penganjur seminar ini. Ia terletak di Pengakalan Nyireh, Besut, Terengganu.

Training centre ini sangat selesa bagi mengadakan apa-apa seminar. Setakat pengalaman saya, ini bilik seminar persendirian paling baik dan paling cantik pernah saya sampaikan seminar Public Gold. PA System pun saya bagus.

Antara peserta yang sangat excited datang belajar di seminar ini. Alhamdulillah.

Tahniah team dealer Public Gold Besut yang diketuai oleh En. Faizman  (paling kanan). Inilah team yang menjayakan seminar emas Public Gold di Besut kali ini.

Ucapan penutup oleh En. Faizman selaku ketua penganjur.

En Haniff dan isterinya Pn. Rosmina, dealer Public Gold dari Bangi turut sama datang dan membawa kenalan-kenalan mereka hadiri seminar ini. Pn. Rosmina memang berasal dari Besut.

Selain berpeluang grab promosi Public Gold, peserta berpeluang beli buku-buku tulisan saya dan mendapat tandatangan saya beserta kata-kata semangat.

Seminar di Besut ini, saya dan isteri naik flight dari KLIA ke Kota Bharu sehari sebelum seminar. Ini sebahagian catatan Travelog Dealer Public Gold…  😀

Seperti biasa, isteri saya akan drive kalau nak ke seminar. Masa saya sangat terhad. Sambil isteri drive, saya boleh buat banyak kerja lain. Antaranya reply mesej yang dihantar kepada saya. Dan kekadang saya perlukan masa untuk “mental rehearsal”.

Seminar di Besut ini, satu-satunya seminar saya di Malaysia pada bulan Julai 2018. Saya banyak sampaikan seminar di Indonesia. InsyaAllah satu hari nanti seminar Public Gold di Indonesia sama meriah seperti di Malaysia.

 

{ 1 comment… read it below or add one }

1 Mohamad Hafiz Shafie July 17, 2018 at 6:25 am

Tahniah Team Besut

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: