MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hidup Cara Minimalist, Kurangkan Beban Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bahagia

August 28, 2018

Saya terbaca kisah viral, iaitu kisah kereta Hot Wheel kena koyak oleh kanak-kanak yang datang beraya.

Dari perspektif saya yang ada 8 orang anak yang sedang membesar; Saya memang takut pergi ke rumah orang yang ada display banyak barang perhiasan, lebih-lebih lagi barang mainan. Kalau kami datang pun, kami cuma datang sekali seumur hidup! Lepas tu tak nak datang dah. Serik...

Bukan apa. Kita datang nak bersilaturrahim. Tapi bila bawa ramai anak kecil ni, susah nak kawal. Lebih-lebih lagi saya ada seorang anak yang doktor suspect ada mild autisme. Kita cakap pun dia susah faham. Habis mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak. Nak pujuk pun susah...

Rumah Yang Takut Untuk Kami Ziarahi

Maka kalau pergi beraya ke rumah orang yang suka display barang mainan macam model-model kereta yang pastinya membuatkan anak-anak kami meragam, kami jadi serik. Itu kali pertama, dan selalunya itu kali terakhir kami datang bersama anak-anak.

Kalau nak datang lagi pun, datang berdua suami isteri je.

Kami ni hidup cara minimalist. Kehidupan kami sekeluarga berbeza dengan ramai orang.

Rumah tak ada karpet, tak ada barang perhiasan, katil tak ada, tak ada sofa, tak ada meja makan, dan TV pun tak ada! Bila barang tak banyak, senang urus rumah dan anak-anak. Jimat masa kami daripada menjaga apa yang kurang penting dalam hidup kami.

Rumah Lapang, Hati Pun Tenang

Memang rumah kami suami isteri tak banyak barang sejak duduk menyewa ketika masih ada anak seorang lagi. Kalau orang surau datang buat marhaban ke rumah kami, senang nak duduk sebab luas – yang sebenarnya sebab tak banyak barang.

Cuma kalau keluarga dan rakan terdekat datang mesti rasa pelik. Rumah kami kosong. Tak banyak barang. Nak jemput orang datang pun rasa malu. Tapi kami lebih senang duduk rumah lapang. Tak nak sampai sayang barang lebih daripada anak-anak, keluarga dan kawan-kawan.

Dulu saya pun ada minat kumpul barang-barang ni; model kereta, model kapal terbang dan sebagainya. Bahkan dalam fikiran saya, masih ada lagi keinginan untuk kumpul barang-barang begitu. Itu hobi.

Tapi bila fikir dalam-dalam, barang-barang itu sebenarnya membebankan saya untuk menjaganya. Takut sayang barang lebih dari apa yang bermakna dalam hidup – iaitu manusia. Jangan sampai sayang barang lebih daripada manusia itu sendiri.

Mencari Makna Yang Berkekalan

Jadi saya fikir, tangguhkanlah dulu hobi itu (kononnya). Lebih baik saya fokus cari duit banyak-banyak. Nanti apa barang pun kita boleh beli, insyaAllah. Cuma kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan tak boleh dibeli walau banyak mana duit yang kita ada.

Di hari kematian kita nanti, semua barang itu tak bermakna lagi. Ia tak memberi maka di hari kematian dan kehidupan selepas kematian nanti. Anak-anak, keluarga, dan kenalan kita ketika hidup itulah yang mungkin bermakna buat kita…

Sekadar #TazkirahDiri untuk saya sendiri.

Siapa yang ada hobi suka mengumpul barang, cuba tukar hobi kepada kumpul emas. Kumpul pelbagai design. Dalam jangka panjang, harga emas makin mahal. Kalau mati nanti, emas itu boleh dijadikan harta pusaka bernilai bagi waris kita, insyaAllah.

Ini pengalaman orang barat bagaimana kehidupan mereka jadi lebih baik apabila mencuba kehidupan cara minimalist. Hidup seada dan fokus apa yang benar-benar penting sahaja. Menarik video ni.

Zulkifli
Cyberjaya
25 Jun 2018
11 Syawwal 1439H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya nak kongsi, ada sebuah buku ‘goodbye things on minimalist living’ karya fumio sasaki. Mungkin en. zul ada buku tu kot, sy dok payah cari buku ni, kedai buku ternama pun payah dapat. Kinokuniya KLCC je rasanya ada jual

  • Assalamualaikum Encik Zulkifli,

    Saya sekarang sedang perkenalkan MINIMALIST WORKSPACE di Division saya. alhamdulillah semakin diterima.

  • slm tuan zul.sy ada simpan emas gap.sekiranya kita meninggal,adakah public gold akan bagitau keluarga @ waris tentang simpanan emas tersebut?jika tidak dituntut,kemanakah emas gap disalurkan.tq

    • Wslm En. Rosli,

      Kalau berlaku kematian, waris kena maklumkan kepada Public Gold sebab Public Gold tak akan cek siapa penyimpan emas yang masih hidup atau yang telah mati, sama seperti bank. Bawa surat kematian dan pengesahan pentadbir harta pusaka. Prosesnya sama seperti akaun bank.

  • Trimakasih en zul…untuk selalu mengingatkan kami, mana yang menjadi kebutuhan dan mana yang menjadi keinginan. Semoga kami pun bisa tetap hidup sederhana dan tetap fokus pada target mencapai kebebasan keuangan serta menjadi contoh untuk orang-orang di sekitar kami

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >