Cara Menjadi Dealer Public Gold

syarat menjadi dealer ejen emas public gold 2017 tncSyarat menjadi dealer Public Gold 2017

SYARAT MENJADI DEALER

Untuk menjadi dealer Public Gold, anda hanya perlu buat belian emas dalam jumlah yang ditetapkan dalam SATU BELIAN atau secara TERKUMPUL, automatik layak jadi dealer (ejen) Public Gold secara PERCUMA. Tiada apa-apa yuran dikenakan.

PEMBELIAN SEKALIGUS

  • RM30,000 sekaligus – Normal Dealer – insentif 1.0%
  • RM200,000 sekaligus – Priority Dealer – insentif 1.5%

PEMBELIAN TERKUMPUL

  • RM50,000 terkumpul – Normal Dealer – insentif 1.0%
  • RM300,000 terkumpul – Priority Dealer – insentif 1.5%

Pembelian terkumpul ini mestilah dicukupkan dalam tempoh 6 bulan mengikut tahun kewangan Public Gold.

Untuk menjadi Master Dealer (level insentif 2.0%), anda mestilah menjadi seorang Normal Dealer ataupun Priority Dealer terlebih dahulu, kemudian perlu rekrut 500 pembeli emas yang berdaftar dengan Public Gold.

PROMOSI MENJADI DEALER

Promosi Bulanan

Promosi Dalam Seminar

  • Public Gold mengadakan lebih 100 seminar setiap bulan secara PERCUMA samada seminar Asas Pelaburan Emas atau Business Opportunity Preview (BOP). Selalunya, Public Gold mengadakan promosi khas sempena seminar untuk menjadi dealer dengan pembelian yang lebih rendah daripada biasa.

Untuk grab promosi ini, anda hanya perlu hadir ke seminar-seminar (percuma) anjuran Public Gold yang terdekat, dan grab promosi yang ditawarkan di dalam seminar. Public Gold beri peluang membuat pembelian dan seterusnya layak jadi dealer dalam tempoh sehari berkerja selepas seminar itu diadakan.

  • KLIK DI SINI untuk semak jadual terkini dan terdekat dengan anda.

Semasa daftar seminar, pastikan tulis nama saya “Mohd Zulkifli Shafie, PG Code : PG002369” sebagai Introducer untuk dapat bimbingan peribadi daripada saya selepas seminar. Apa-apa persoalan, wassap saya di +6 019-336 8009.

SYARAT KEKAL SEBAGAI DEALER

Public Gold Dealer RequalificationMengikut syarat yang ditetapkan, setiap dealer perlu mencapai jumlah jualan peribadi (termasuk belian peribadi) sebanyak RM10,000 sahaja untuk tempoh 6 bulan.

  • RM10,000 bagi emas satu jumlah yang sangat kecil. Ia hanyalah sekitar 50 gram emas sahaja untuk tempoh 6 bulan. Kalau tak capai RM10,000, bagi saya tak ada apa-apa manfaat untuk kekal sebagai dealer Public Gold.

Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya sejak 2010, belum ada dealer Public Gold yang dilucutkan taraf sebagai dealer hanya disebabkan tidak mencapai sasaran jualan.

  • Maksudnya, buat masa sekarang, taraf sebagai “dealer” itu akan kekal selama-lamanya selagi syarat itu belum dikuatkuasakan, atau berlaku pelanggaran disiplin dan etika sebagai dealer Public Gold yang sah.

CARA BUAT PEMBELIAN

Cara membuat belian emas Public Gold, ikut langkah di bawah:

  1. Akaun Emas GAP ->> KLIK DI SINI
  2. Pembelian Biasa ->> DAFTAR PERCUMA DI SINI

Sebarang persoalan, wassap saya di +6 019 336 8009 (Zulkifli).

Comments on this entry are closed.