Kewangan

Orang Kaya Fokus Kembangkan Harta, Bukan Sekadar Gaji

August 16, 2017 Motivasi Kewangan
Thumbnail image for Orang Kaya Fokus Kembangkan Harta, Bukan Sekadar Gaji

Saya terbaca satu tip penting dalam buku Secrets of The Millionaire Mind katanya, orang kaya fokus kepada net worth (nilai harta bersih), sedangkan orang kebanyakkan hanya fokus kepada duit gaji bulanan sahaja. Maksudnya, orang kaya fokus jumlah kekayaan yang dia miliki, bukan sekadar duit gaji yang dia terima setiap bulan. Bila fokus kembangkan harta, maka […]

Jimat RM9,600 Setahun Bila Bermotosikal, dan Ini Tip Keselamatannya

August 10, 2017 Simpanan
Thumbnail image for Jimat RM9,600 Setahun Bila Bermotosikal, dan Ini Tip Keselamatannya

Siapa yang kewangannya agak kritikal dan ada ‘kemampuan’, antara cara dapat jimatkan bajet bulanan yang besar ialah jangan pakai kereta, tapi pakai motosikal. Cuma kalau saya cadangkan naik motosikal bagi lelaki yang tak mampu beli kereta atau kewangannya sedang ‘sakit’, selalunya ramai yang membantah kononnya motosikal tak selamat. Jadi demi keselamatan, mereka berkeras pakai kereta […]

Kita Jadi Tuan, Biar Kereta Jadi Hamba

July 25, 2017 Kewangan
Thumbnail image for Kita Jadi Tuan, Biar Kereta Jadi Hamba

Mereka yang pakai kereta besar belum tentu kedudukan kewangannya dah baik. Selalunya ianya melambangkan komitmen hutang yang ditanggungnya lebih besar. Mereka yang pakai kereta biasa-biasa pulak, jangan ingat mereka orang biasa-biasa sebab ramai jer orang kaya yang saya kenal yang cuma pakai kereta biasa-biasa jer. Seorang guru kepada guru bisnes saya yang saya yakin hartanya […]

Sebenarnya Kita Tak Ada Masalah Kewangan

July 19, 2017 Motivasi Kewangan
Thumbnail image for Sebenarnya Kita Tak Ada Masalah Kewangan

Masa gaji RM3,000 sebulan, duit belanja rasa tak cukup. Saya jamin bila gaji naik RM10,000 sebulan pun tetap tak cukup juga. Sebabnya, bila gaji meningkat, keinginan pun meningkat juga. Bila gaji dah meningkat, kereta yang dulu boleh jer kita guna bergerak ke sana ke mari, bila gaji dah naik lebih tinggi sekarang, kereta tu dah […]

Kos Naik Haji Turun 80% Jika Dibayar Dengan Emas!

July 12, 2017 Emas
Thumbnail image for Kos Naik Haji Turun 80% Jika Dibayar Dengan Emas!

Pertama kali terbaca satu poster yang tersebar di internet pada tahun 2010 yang mengatakan kos naik haji semakin murah, saya agak excited tapi tak ambil peduli sangat sebab poster itu ditulis dalam bahasa Indonesia. Saya fikir, mungkin fakta itu hanya betul mengikut situasi di Indonesia, tidak di Malaysia. Tetapi lepas hadiri seminar yang disampaikan oleh […]

Simpan Awal Bulan, Akhir Bulan Korek Balik!

June 20, 2017 Kewangan
Thumbnail image for Simpan Awal Bulan, Akhir Bulan Korek Balik!

Salah satu petanda penting kewangan kita dalam keadaan yang sihat ialah aliran tunai dalam keadaan yang positif. Iaitu duit gaji (atau pendapatan lain) yang masuk setiap bulan lebih besar dari duit keluar untuk perbelanjaan. Maksudnya, kita mesti ada lebihan duit setiap bulan (dan setiap tahun) sebagai simpanan untuk kecemasan ataupun untuk pelaburan masa depan. Tetapi […]

Beli Kereta Mewah, Orang Lain Tolong Bayarkan

February 16, 2017 Kewangan
Thumbnail image for Beli Kereta Mewah, Orang Lain Tolong Bayarkan

Kereta hanyalah kereta. Ia hanyalah alat untuk bergerak dari point A ke point B sahaja. Itu asas kenapa kita perlukan kereta. Tapi ada orang perlukan kereta lebih daripada itu; termasuk untuk perjalanan jauh yang lebih kerap, untuk tingkatkan reputasi bisnes dan sebagainya. Apa yang menarik, saya jumpa banyak kes, ramai yang pakai kereta mewah itu […]

Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan

February 1, 2017 Kampus
Thumbnail image for Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan

Saya kagum dengan pelajar kolej dan universiti yang ketika sedang belajar lagi dah rajin belajar ilmu-ilmu kewangan, pelaburan dan bisnes. Itu ilmu-ilmu di luar kelas dan bilik kuliah yang tiada dalam exam, tetapi ilmu-ilmu itu sangat penting untuk survival mereka bila habis belajar nanti. Bagi saya mereka adalah bakal graduan yang berwawasan. Masa masih belajar […]

Pencen Bukan Soal Umur, Tetapi Kewangan

December 23, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Pencen Bukan Soal Umur, Tetapi Kewangan

Ramai yang meletakkan cita-cita, bila umur dah pencen nanti, dia dah tak perlu bekerja lagi sebab sudah ada pendapatan tetap setiap bukan tanpa perlu lagi bekerja. Maka pada umur pencen, dia dapat menikmati hidup yang bebas! Anggapan itu bagi saya hanyalah separuh betul bagi kakitangan kerajaan, dan dalam banyak kes terutamanya swasta, ianya mungkin sekadar […]

Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan

October 26, 2016 Emas
Thumbnail image for Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar. Itu sahaja yang boleh saya simpulkan tentang tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”. Dulu saya tak sedar tentang betapa bagusnya strategi ini, tetapi memang tabiat saya sejak 2010 ialah, setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada […]

Hutang Membeli Kereta Yang Menjerat Kewangan

October 19, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Hutang Membeli Kereta Yang Menjerat Kewangan

Ketika saya dijemput sebagai salah seorang penceramah dalam seminar kewangan yang dinamakan Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER), antara topik hangat yang disentuh oleh hampir ke semua ahli panel ialah tentang isu pembelian kereta. Seminar sehari itu dihadiri sekitar 1,500 peserta terdiri daripada eksekutif muda berumur 20 – 35 tahun yang kebanyakkannya bekerja dengan kerajaan dan syarikat […]

Berbaloikah Isteri Keluar Bekerja?

October 11, 2016 Keluarga
Thumbnail image for Berbaloikah Isteri Keluar Bekerja?

Salah satu pertimbangan penting untuk isteri bekerja (atau patut terus bekerja) ialah gaji yang dia terima berbanding kenaikan kos sara hidup disebabkan dia bekerja. Bila isteri bekerja, kos tambahan yang perlu dipertimbangkan ialah, (1) kos hantar anak ke nuseri, (2) kos pengangkutan isteri pergi kerja, (3) kos makan meningkat disebabkan tak sempat memasak, (4) kos […]

Cara Selesaikan Masalah Hutang Along

September 27, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Cara Selesaikan Masalah Hutang Along

Seorang pembaca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” menelefon saya sambil menangis-nangis ceritakan masalah hutang dia dengan along dan diugut untuk dibunuh. Katanya dia ibu tunggal, ada seorang anak OKU (orang kelainan upaya) dan pendapatan pun kecil. Tekanan kewangan yang sedang dia hadapi itu menyebabkan dia rasa nak bunuh diri bersama anaknya yang OKU sekali. Saya pesan […]

Kita Adalah Mekanik Kewangan Sendiri

September 20, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Kita Adalah Mekanik Kewangan Sendiri

Kalau kereta rosak, kita boleh hantar ke bengkel kereta dan biarkan mekanik tolong baiki. Walaupun kita tak tahu apa-apa pasal hal kereta, ia tetap boleh dibaiki. Kita hanya perlu bayar sahaja servis mekanik tersebut, segala masalah akan selesai. Tetapi bila kewangan rosak (i.e. hutang banyak), tak ada orang yang boleh tolong baiki selain diri kita […]

Inilah Kisah Membuatkan Saya Tekad Simpan Emas

September 7, 2016 Emas
Thumbnail image for Inilah Kisah Membuatkan Saya Tekad Simpan Emas

Ketika sedang berbual di sebuah kedai makan di Kota Bharu, entah macam mana kami terbuka topik tentang emas. Kata sahabat saya, “Dulu aku beli 1 dinar harganya sekitar RM300 sebagai maskahwin. Sekarang (tahun 2010) harganya mencecah RM500!”. Owh, saya pun terus ambil handphone dan buat kira-kira, kenaikan harga emas sekitar 18% setahun. Bukankah ini lebih […]

Notis 2 Jam Berhenti Kerja, Apakah Persiapannya?

August 16, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Notis 2 Jam Berhenti Kerja, Apakah Persiapannya?

Disebabkan kejatuhan harga minyak dunia sekarang, saya dapat maklumat ada syarikat Oil & Gas yang memberhentikan staff mereka hanya dengan 2 jam notis. Dapat notis diberhentikan kerja, terus susun-susun barang dan diminta keluar dari pejabat. Bahkan ada yang siap diiring keluar dengan pengawal keselamatan lagi! Nampak kejam dan boleh sakit jantung… Pemberhentian begitu sudah empat […]

Beri Makan Ego Atau Orang Tersayang?

August 9, 2016 Islah Diri
Thumbnail image for Beri Makan Ego Atau Orang Tersayang?

Entah macam mana, tetiba saya terfikir nak beli kereta baru, iaitu kereta mewah yang pernah saya tampal dalam carta impian saya satu ketika dahulu. Sedangkan kereta saya yang sedia ada masih baik dan “tip-top”, prestasinya tak kalah dengan kereta mewah yang saya nak beli itu. Cuma kereta itu dah lama. Usianya sudah mencecah 20 tahun […]

Emas Sebagai Simpanan Paksa dan Lupa

August 2, 2016 Emas
Thumbnail image for Emas Sebagai Simpanan Paksa dan Lupa

Bagi sahabat yang nak jadikan emas sebagai simpanan, saya cadangkan mula dengan 1 GRAM 1 BULAN dulu. Disiplinkan yang itu sahaja dulu. Simpan sedikit-sedikit tetapi berterusan lebih baik berbanding beli banyak dan terus diam. Perkara paling penting dalam menyimpan ialah memupuk tabiat dan disiplin, bukan jumlahnya. Tabiat yang betul akan memberikan impak yang besar dalam […]

Motivasi Dari Khatam Al-Quran Dalam 30 Hari

July 19, 2016 Islah Diri
Thumbnail image for Motivasi Dari Khatam Al-Quran Dalam 30 Hari

Sejak zaman sekolah menengah lagi, hampir setiap kali Ramadhan, maka saya wajibkan diri untuk khatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sepanjang Ramadhan. Selalunya dalam tempoh 11 bulan di luar Ramadhan, saya tak dapat habiskan. Baca sekadar baca, tetapi kurang fokus berbanding Ramadhan. Saya fikir, kalau tak dapat habiskan di bulan-bulan lain, sekurang-kurangnya saya habiskan bacaan […]

Emas Sebagai Simpanan Kecemasan

June 21, 2016 Emas
Thumbnail image for Emas Sebagai Simpanan Kecemasan

Mana-mana guru kewangan, mereka sarankan setiap kita adakan simpanan kecemasan berjumlah 3 – 6 bulan pendapatan. Paling minimum 3 bulan pendapatan. Dana itu tak boleh disentuh, melainkan untuk tujuan kecemasan sahaja. Dan jangan sesekali melabur (dalam apa-apa pelaburan sekalipun) sebelum cukup simpanan kecemasan. Duit simpanan kecemasan berjumlah 3 (tiga) bulan pendapatan sepatutnya disimpan dalam bentuk […]