Jutawan Emas Leadership Training (JLT)

JLT posterPeluang belajar terus dari top dealer Public Gold di Malaysia dan mendapat sentuhan terus dari Taikun Emas di Malaysia, Dato Wira Louis Ng (Founder Public Gold)

COPY KEJAYAAN ORANG BERJAYA

Cara paling cepat untuk berjaya ialah cari orang berjaya dan belajar daripada mereka. Kita hanya perlu “copy” sahaja kejayaan mereka. Apabila kita buat apa yang mereka yang berjaya buat, cepat atau lambat kita akan dapat apa yang mereka dapat, insyaAllah.

Jadi Public Gold mengadakan satu program di mana dealer-dealer baru berpeluang belajar daripada dealer yang paling berjaya dalam Public Gold, dan terbukti membina empayar bisnes emas yang besar dan kukuh. Program itu dinamakan “Jutawan Emas Leadership Training (JLT)”

Ia adalah program latihan paling penting yang wajib dihadiri oleh dealer Public Gold yang serius mahu menjana pendapatan lumayan walaupun secara sambilan. Program 3 hari 2 malam ini akan mendedahkan rahsia dan merungkai persoalan daripada persoalan;

  • Bagaimana nak menjana pendapatan lumayan dan kukuh bersama dengan Public Gold?
  • Apakah strategi paling berkesan membina bisnes Public Gold?
  • Bagaimana menjimatkan 80% masa untuk mendapat hasil yang sama?
  • Apakah kesilapan dan pantang larang yang patut dielakkan untuk berjaya?
  • Bagaimana menjalankan bisnes ini tanpa perlu berhenti kerja?

mentor dealer pg one system pg1s public gold3 top dealer Public Gold yang telahpun diiktiraf sebagai Mentor bisnes dan mampu membimbing dealer baru untuk berjaya iaitu En. Syukor Hashim, Pn Azizah Hasan (a.k.a. Mama) dan saya. Jadi inilah peluang dealer baru belajar terus dari top Master Dealer.

BERAPA KERAP PERLU HADIRI JLT?

Bagi dealer yang belum pernah hadiri program ini, saya syorkan wajidkan diri hadir ke program ini untuk dapatkan gambaran yang jelas tentang strategi berjaya dengan bisnes Public Gold.

Bagi dealer yang pernah hadir, hadirkan diri sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk recharge dan update diri sendiri tentang bisnes. Lepas hadiri lebih 15 siri JLT berturut-turut, saya highly recommend mana-mana dealer yang betul-betul nak jana pendapatan yang serius melalui Public Gold (PG), hadir program ini setiap 4 bulan sekali.

JLT bukan program one-off dan khatamkan silibus, tapi ia program yang RECHARGE ENERGY dealer untuk maju dan mempunyai progres dalam bisnes. Apa yang saya perhati, dealer-dealer yang datang 2 – 3 kali ke JLT, mereka sentiasa “on-track” dan menampakkan kemajuan dalam bisnes. Setiap kali mereka hadiri JLT, pasti akan ada idea-idea baru dan update terbaru yang boleh digunakan untuk kembangkan bisnes.

testimoni jutawan emas leadership training public gold hafizTestimoni oleh En. Mohamad Hafiz Shafie (adik saya sendiri) setelah menghadiri JLT ke-2 di Sabah. Beliau juga adalah dealer Public Gold aktif di Tawau, Sabah.

MANFAAT MENGHADIRI JLT

Secara ringkasnya, manfaat JLT:

(1) dapat ilmu baru
(2) recharge energy
(3) fine tune halatuju bisnes
(4) networking dengan dealer-dealer seluruh Malaysia yang ada kemajuan
(5) networking dengan staff utama PG di Malaysia.

jlt jutawan emas leadership training public gold networkingPeluang bernetworking dengan dealer-dealer yang ada progress serta bersama staf utama PG seluruh Malaysia

seminar gunung jerai

PROGRAM AKAN DATANG

Sila semak jadual terkini dengan cawangan Public Gold terdekat atau semak di FB Jutawan Emas Leadership Training.

Sila daftar segera sebelum seat penuh sebagaimana JLT sebelum-sebelum ini. Harga early bird cuma 3.5 gram GAP sahaja. Harga last minute 4.5 gram. Daftar segera dengan cawangan Public Gold terdekat dan kita jumpa di sana, insyaAllah.

Comments on this entry are closed.