Kepentingan Home Office Dalam Kemajuan Bisnes

March 16, 2016 Bisnes
Thumbnail image for Kepentingan Home Office Dalam Kemajuan Bisnes

Bagi siapa yang serius membina bisnes untuk masa depan, atau nak jana pendapatan yang besar dari bisnes walaupun secara sambilan, salah satu perkara yang WAJIB dibuat ialah adakan HOME OFFICE sendiri, atau sekurang-kurangnya WORKSTATION sendiri di rumah. Adakan satu ruang kerja khas di rumah kita hanya untuk; (1) lakukan urusan bisnes, (2) simpan dokumen bisnes, […]

Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak

March 8, 2016 Emas
Thumbnail image for Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak

Untuk dana pendidikan anak-anak, saya pernah buat simpanan dalam insuran (takaful). Tapi bila saya buat kira-kira, saya nampak kerugian pada surrender value. Kalau saya batalkan polisi insuran tu separuh jalan, saya rugi sebab sebahagian besar caruman bulanan takaful saya dimakan oleh “wakalah fee”. Yang kedua, dalam projection yang dibuat oleh kebanyakkan ejen insuran, bila sampai […]

Cara Buka Akaun Emas GAP Untuk Anak

March 1, 2016 Emas
Thumbnail image for Cara Buka Akaun Emas GAP Untuk Anak

Senangnya simpan emas melalui akaun emas GAP Public Gold. Walaupun nampak sama seperti Akaun Emas di bank, tetapi ia jauh berbeza sebab kita BOLEH KELUARKAN EMAS FIZIKAL pada bila-bila masa. Lagi bagus, anak umur bawah 18 tahun pun kita boleh bukakan akaun untuknya dalam bentuk AKAUN BERSAMA dengan ibu / bapa. Dengan adanya kaedah ini, […]

5 Checkpoint Ke Arah Kebebasan Kewangan

February 23, 2016 Kewangan
Thumbnail image for 5 Checkpoint Ke Arah Kebebasan Kewangan

Bila membincangkan tentang “matlamat kewangan”, saya lebih suka bincang dalam konteks “tahap kewangan” itu sendiri berbanding matlamat untuk penuhi keperluan masa depan. Merancang perbelanjaan itu pun penting juga, tetapi kalau sekadar matlamat perbelanjaan, memang kita banyak dalam kepala nak beli itu dan ini. Ianya memang tak akan habis. Apa yang lebih penting, apakah tahap yang […]

Kawal Bajet Bila Ambil Takaful

February 16, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Kawal Bajet Bila Ambil Takaful

Bila orang tanya saya pasal takaful, saya syorkan dia rujuk terus ejen takaful sebab ejen lebih pakar tentang PRODUK yang ada dalam market. Saya bukan pakar pasal insuran dan takaful tapi saya ada pengalaman 10 tahun audit dalam industri tersebut. Pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya bila nak ambil insuran (takaful) untuk diri sendiri. Cuma […]

Masa Depan Di Tangan Kita

February 10, 2016 Kewangan
Thumbnail image for Masa Depan Di Tangan Kita

Kita marah GST, tetap kena bayar juga. Kita marahkan kerajaan sebab kenaikan kos sara hidup, tetap kita juga yang menanggungnya. Kita salahkan majikan sebab tak naikkan gaji, gaji kita tetap macam itu juga. Dari dulu sampai sekarang, kita tetap berada di tempat yang sama. Kalau terus menyalahkan orang lain, kita akan sentiasa kecewa dan susah […]

Emas Sebagai Backup Belanja Hangus

February 2, 2016 Ar-Rahnu
Thumbnail image for Emas Sebagai Backup Belanja Hangus

Ada sebahagian penyimpan emas menjadikan emas sebagai backup untuk belanja hangus. Untuk simpanan, mereka simpan duit mereka bentuk emas. Bila ada apa-apa keperluan belanja hangus, mereka akan jadikan emas itu sebagai cagaran untuk dapatkan pinjaman dari ar-rahnu. Sebagai contohnya, perlukan RM1,000 untuk renew road tax & insuran. Maka pajak sahaja emas untuk dapatkan pinjaman ar-rahnu […]

Selepas Kesusahan Ada Kejayaan

January 26, 2016 Islah Diri
Thumbnail image for Selepas Kesusahan Ada Kejayaan

Bila baca kisah-kisah kejayaan, saya boleh katakan semua orang berjaya pernah lalui ujian kesusahan. Ujian kesusahan itulah yang membuatkan dia bangkit berdiri dan berjaya pada hari ini. Jadi bila hadapi kesusahan, berbaik sangkalah kepada Tuhan. Ada sesuatu yang besar yang Dia nak bagi kepada kita nanti, insyaAllah. Terus berusaha dan berdoa, minta Allah tunjukkan jalan. […]

Hutang Ibarat Pisau

January 19, 2016 Hutang
Thumbnail image for Hutang Ibarat Pisau

Waktu kita susah, bukan main susah nak dapat pinjaman bank. Tapi bila waktu kita senang (pendapatan dah besar), macam-macam pinjaman yang bank tawarkan kepada kita. Hingga ada orang ambil personal loan sedangkan dia tak tahu pun apa nak buat dengan duit pinjaman tu! Lepas dah dapat pinjaman, baru fikir apa nak buat. Kalau dia tanya […]

Jangan Buang Masa Menunggu Pelaburan

January 12, 2016 Bisnes
Thumbnail image for Jangan Buang Masa Menunggu Pelaburan

Saya sangat tak galakkan strategi pelaburan “buy low, sell high” kepada mereka yang bermodal kecil sebab kesian dengan mereka. Buang masa sahaja menunggu nilai pelaburan itu meningkat. Kalau nak beli emas, beli untuk SIMPANAN sahaja dahulu, jangan fikir untuk PELABURAN lagi. Daripada menunggu harga emas yang tak tahu bila akan naik, lebih baik fokus bina […]

Emas Penyelamat Dari Kejatuhan Ringgit

January 5, 2016 Emas
Thumbnail image for Emas Penyelamat Dari Kejatuhan Ringgit

Tahun 2015 telahpun berlalu. Persoalannya, tahun 2015 adakah harga naik atau turun? Jika kita lihat pada graf harga emas DUNIA, harga emas sebenarnya jatuh. Harga tertinggi pada awal tahun sekitar USD1,300.70 dan turun pernah serendah USD1,050.80 pada akhir tahun. Kejatuhan sekitar 19% atau secara puratanya, sekitar 10.7%. Maksudnya, siapa beli awal tahun dan jual akhir […]

Siapa Berduit, Dialah Raja!

December 30, 2015 Kewangan
Thumbnail image for Siapa Berduit, Dialah Raja!

Cash is King! Siapa berduit, dia lah ‘raja’. Di waktu orang takut membuat pelaburan, di waktu itu dia aktif membeli sebab ‘harga’ pelaburan tersebut menjadi semakin murah. Pasaran saham jatuh, itulah waktu membeli saham-saham yang bagus. Di waktu harga emas murah, itulah waktu memborong. Di waktu pasaran hartanah kurang memberangsangkan, itulah waktu ‘shopping’ sakan. Kita […]

Asingkan Akaun Bank Untuk Setiap Tujuan

December 22, 2015 Kewangan
Thumbnail image for Asingkan Akaun Bank Untuk Setiap Tujuan

Masa duit belum banyak, mungkin sesuai kesemua duit diletakkan dalam satu akaun bank dan kita cuma buat rekod sahaja. Tapi bila dana dah membesar dan kita serius untuk kembangkan dana tersebut, lebih baik asingkan duit mengikut tujuan. Satu akaun bank untuk satu tujuan. Pengalaman saya, kalau tak diasingkan secara ‘fizikal’, nanti akan kelam-kabut sebab kita […]

Emas Sebagai Modal Pusingan Bisnes

December 15, 2015 Emas
Thumbnail image for Emas Sebagai Modal Pusingan Bisnes

Pernah suatu ketika, sudah jadi sinonim bagi peniaga-peniaga wanita Kelantan memakai barang kemas ‘sampai ke lengan’. Gelang-gelang emas yang dipakai akak-akak peniaga itu sebenarnya bukan sekadar perhiasan, tetapi itulah simpanan dan juga modal pusingan bisnes mereka. Bila perlukan duit untuk berniaga, mereka pajak sahaja emas tu di pusat pajak gadai (waktu itu belum ada ar-rahnu) […]

Pelaburan Terbaik Sebenarnya Tidak Wujud

December 8, 2015 Kewangan
Thumbnail image for Pelaburan Terbaik Sebenarnya Tidak Wujud

Kalau orang tanya saya, adakah emas lebih baik dari ASB dan pelaburan yang lain? Maka jawab saya, tak ada pelaburan yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tak kiralah samada ASB, Tabung Haji, ASB, unit trust, saham, emas, perak, ataupun hartanah. Kesemua instrumen pelaburan tersebut hanyalah alat kewangan. Yang mana yang terbaik, ia bergantung […]

Tulis Impian, Elak Kekesalan Di Hari Tua

December 1, 2015 Membangun Diri
Thumbnail image for Tulis Impian, Elak Kekesalan Di Hari Tua

Tulis “impian hidup” tu percuma sahaja. Tapi kekadang nak tulis “impian” pun kita rasa takut. Takut “impian” yang kita tulis tu tak tercapai. Sedangkan menulis “impian hidup” tu memberi kesan besar dalam hidup kita secara tak sedar. Sub-conscious mind kita akan mula bekerja ke arah apa yang kita impikan. Kalau tak ditulis, kita hidup hanya […]

Cara Genapkan Baki Akaun Emas GAP

November 24, 2015 Emas
Thumbnail image for Cara Genapkan Baki Akaun Emas GAP

Kalau baki dalam Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) ada titik perpuluhan, sebenarnya kita boleh genapkan jumlah gram dalam Akaun GAP tersebut. Titik perpuluhan itu wujud disebabkan beberapa faktor, antaranya; (1) tersilap membuat pembayaran semasa pembelian GAP, (2) mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk dinar i.e. 4.25 gram, atau (3) terima ganjaran / komisyen dalam bentuk […]

Cara Menetapkan Matlamat Kewangan

November 17, 2015 Kewangan
Thumbnail image for Cara Menetapkan Matlamat Kewangan

Banyak faktor yang menyebabkan duit kita bocor, tetapi berdasarkan pemerhatian saya, kebocoran paling utama ialah tiada matlamat kewangan! Duit dapat tiap-tiap bulan, tetapi tak tahu nak ‘dihala’ ke mana. Akhir sekali duit itu habis dibelanjakan. Akaun bank hanya jadi tempat ‘transit’ sahaja sebelum berpindah ke tangan orang lain. Yang tinggal hanyalah penat dan puas, tetapi […]

Peniaga Yang Amanah Bersama Para Nabi

November 10, 2015 Bisnes
Thumbnail image for Peniaga Yang Amanah Bersama Para Nabi

Wujudnya bisnes sebab setiap manusia ada keperluan. Keperluan manusia berbagai-bagai. Bermula dari lahir sampai mati, hatta nak dikebumikan pun ada keperluan. Tetapi setiap manusia tak mampu penuhi semua keperluan dan kehendak diri sendiri melainkan ada orang lain yang bantu penuhi keperluan mereka. Di situlah perlunya ada orang berniaga. Kalau tak ada orang berniaga, semua orang […]

Jangan Lari Dari Hutang Bank

November 4, 2015 Hutang
Thumbnail image for Jangan Lari Dari Hutang Bank

Pengalaman saya audit bahagian Credit Control yang kerjanya memungut hutang, surat guaman hanya akan keluar bila peminjam tu liat bayar dan jalan diplomasi sudahpun tertutup. Selagi masih ada jalan DIPLOMASI, mereka tak mahu panjangkan cerita dengan membawa kes itu ke mahkamah sebab ia membuang masa dan kos kepada bank. Jadi nasihat saya kepada sesiapa yang […]