Kickstart Pelaburan Emas

Tying sports shoe

Bagi anda yang sudah membuat belian pertama dan menjadi pembeli emas Public Gold yang berdaftar di bawah network saya, saya ucapkan tahniah!

Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya (serta dealership dealer-dealer di bawah bimbingan saya). Sebagai menghargai kepercayaan anda, anda akan menjadi pembeli emas yang mendapat lebih perhatian dari saya, insyaAllah.

Buat permulaan ini, saya nak hadiahkan beberapa ebook dan bahan rujukan penting dalam pelaburan emas khas dari saya. Antaranya;

  1. eBook – Panduan Lengkap Akaun Emas GAP
  2. eBook – Manual Pelabur Emas Merdeka (masih dalam pembikinan)
  3. Slide Seminar – Kepentingan Emas
  4. Slide Seminar – Cara Memanfaatkan Emas
  5. Video Klip Seminar Simpan Emas
  6. Direktori Pos Ar-Rahnu
  7. Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan

—- > Sila dapatkan secara percuma DI SINI.

Saya tak menjanjikan bulan bintang dalam pelaburan emas ini, tetapi insyaAllah saya akan tunjukkan cara yang betul menjana keuntungan optimum daripada pelaburan emas berdasarkan pengalaman saya membimbing lebih 4,000 pembeli emas sejak 2010.

Tips paling penting yang saya nak kongsikan ialah pesanan Robert T. Kiyosaki (penulis buku “Rich Dad Poor Dad” katanya, bukanlah emas yang membuat kita kaya, tetapi yang membuatkan kita kaya ialah ILMU kita tentang emas itu sendiri! Ilmu itulah kuncinya yang sebenar.

Kunci Keuntungan Maksimum

Memang betul, pada pemerhatian saya, orang yang melabur dalam emas tanpa ilmu akan sentiasa susah hati. Bila harga emas turun, dia susah hati, bahkan bila harga emas naik pun dia turut sama susah hati. Faktor utamanya ialah, dia tak tahu apa yang dia buat dan hanya mengharapkan “bulan jatuh ke riba” sahaja.

Dalam apa juga pelaburan sekalipun, paling penting ialah ilmu. Kalau hanya mengharapkan nasib, itu bukanlah pelaburan sebenar, sebaliknya itu hanyalah satu perjudian. Tetapi bila kita ada ilmu, kita boleh mengulangi kejayaan itu lagi dan lagi. Kejayaan itu akan dapat kita kecapi banyak kali.

Sebab itulah berbezanya orang yang melabur emas dengan ilmu. Bila harga emas naik, dia “happy”, bila harga emas turun, dia lebih “happy”. Kenapa jadi begitu? Sebabnya, dia tahu apa yang dia buat. Bila harga emas naik, dia “happy” nilai kekayaannya meningkat. Bila harga turun, dia “happy” sebab dia berpeluang membeli aset yang mahal (i.e. emas) dengan harga lebih murah! Pendek kata, dia sentiasa senyum walauapapun keadaan harga emas, insyaAllah…

5 Tips Jana Keuntungan

Jadi saya sarankan, lepas pembelian pertama ini, fokus tambahkan ilmu tentang emas dari semasa ke semasa. Untuk dapatkan ilmu dan menjana keuntungan maksimum dalam pelaburan emas, saya cadangkan anda buat 5 perkara di bawah:

#1 – eBook 5 Minit Review Tentang Emas

cover - 5 minit review emas 3.0 (JPEG)Ini ebook paling ringkas untuk faham asas pelaburan emas dengan cara paling pantas. Ruangkan masa 5 minit untuk khatamkan ebook ini kerana ia terbukti mencelikkan lebih 4,000 penyimpan emas yang “happy” dengan pelaburan mereka.

—- > Untuk download percuma, KLIK DI SINI

#2 – Buku Asas Pelaburan Emas

buku pelaburan emas syukor hashimIni “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” adalah buku paling lengkap dan paling praktikal untuk faham pelaburan emas cara lebih mendalam. Ia ditulis oleh guru pelaburan emas saya iaitu En. Syukor Hashim. Saya boleh katakan, beliau adalah guru pelaburan emas no. 1 di Malaysia kerana aktif mendidik masyarakat tentang emas sejak 2008 lagi, iaitu SEBELUM beliau menyertai Public Gold lagi.

Harganya cuma RM80. Ia sangat murah berbanding ilmu yang anda bakal dapat daripada buku ini.

—- > Untuk pembelian, KLIK DI SINI

Sebagai pelengkap kepada buku beliau, saya ada tulis buku bertajuk “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat“. Ini buku bacaan santai tentang emas, mudah difahami dan sangat praktikal untuk orang kebanyakkan. Ia membongkarkan manfaat sebenar menyimpan emas selain daripada “beli harga rendah, jual harga tinggi”.

Buku 3DHarganya cuma RM25. Boleh dapatkan di kebanyakkan kedai-kedai buku termasuk Popular, MPH atau Kinokuniya. Kalau nak beli melalui kaedah poslaju, boleh hubungi isteri saya Pn. Najdah di 019-927 2780. Caj poslaju RM8 Semenanjung / RM12 Sabah & Sarawak.

#3 – Hadir Seminar Asas Pelaburan Emas

seminar asas pelaburan emas zulkifli sunwayPublic Gold aktif mengadakan seminar asas pelaburan emas sejak 2008 lagi untuk mendidik masyarakat dengan ilmu yang betul. Ia diadakan setiap bulan di hampir setiap negeri di Malaysia (termasuk Singapore, Brunei dan Indonesia). Dan seminar-seminar ini adalah percuma!

Saya juga salah seorang daripada penceramah rasmi yang dilantik oleh Public Gold untuk menyampaikan seminar ke seluruh Malaysia (termasuk Singapore, Brunei dan Indonesia).

Jadi anda boleh jumpa saya di mana-mana seminar sebagaimana dijadualkan. Untuk rujuk jadual seminar terkini, KLIK DI SINI.

Antara speaker terbaik yang saya boleh syorkan ialah guru emas saya sendiri iaitu En. Syukor Hashim serta rakan bisnes saya iaitu Pn. Azizah Hasan (a.k.a Mama Public Gold)

#4 – Follow Facebook “Mohd Zulkifli Shafie”

facebook tips pelaburan emas mohd zulkifliUntuk pastikan pelabur dan penyimpan emas sentiasa mendapat informasi terkini tentang emas (dan kewangan), saya sentiasa berikan tips terkini melalui Facebook saya Mohd Zulkifli Shafie.

Facebook Peribadi – www.fb.com/mohdzulkifli.shafie

Facebook Page – www.fb.com/mohdzulkifli.page

Tetapi saya mohon maaf, quota “Friends” saya hampir penuh. Jadi saya nasihatkan anda klik butang “Follow” dan “See First” supaya anda tak terlepas informasi terkini daripada saya, insyaAllah.

—- > Untuk follow Facebook saya, KLIK DI SINI

#5 – Bina Komuniti Emas Sendiri

Untuk dapat harga tertinggi bila jual emas nanti, saya boleh katakan tempat terbaik menjual emas ialah kepada kenalan sendiri sebab anda boleh “negotiate” harga lebih baik berbanding menjualnya kepada Public Gold atau dealer Public Gold.

Dan kenalan anda itu juga mestilah penyimpan atau pelabur emas seperti anda! Mereka menyimpan emas dan mereka juga faham tentang pelaburan emas. Bila nak jual emas nanti, anda boleh “offer” sahaja kepada mereka sebelum anda menjualnya kepada Public Gold.

Jadi jangan simpan ilmu emas seorang sendiri, sebaliknya sebarkan ilmu itu kepada kenalan anda terutamanya ahli keluarga dan kenalan-kenalan rapat. Anda boleh cadangkan mereka baca blog www.mohdzulkifli.com ini dan jemput mereka untuk turut hadir mana-mana seminar emas bersama anda.

Kalau anda nak sarankan mereka membaca artikel di blog saya, saya rasa artikel bertajuk “Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan” antara yang terbaik dapat membuka ramai orang supaya turut menyimpan emas. Artikel itu saya menjelaskan bagaimana tabiat menyimpan emas hanya “1 gram 1 bulan” akan memberi impak yang besar kepada kewangan kita, insyaAllah.

Lebih besar “komuniti emas” yang anda bina, lebih besarlah peluang anda menjualnya dengan harga yang lebih tinggi. InsyaAllah.

Cara Hubungi Saya

Itulah 5 tips penting jana keuntungan dalam pelaburan emas. Kalau ada apa-apa persoalan tentang emas, anda boleh contact saya melalui Whatsapp +6019-3368009 pada bila-bila masa dan sila beritahu PG Code anda sebagai rekod peribadi saya. Kalau nak jumpa saya secara peribadi untuk membincangkan tentang emas, jemput datang ke rumah saya di Damansara Damai.

Dan paling penting, kalau anda jumpa saya dalam mana-mana seminar Public Gold, jangan lupa ‘tegur’ saya. Perkenalkan diri dan bagi tahu anda ialah “pembeli emas di bawah saya”. Saya sangat gembira untuk berkenalan dengan anda. ☺

Akhir sekali, saya doakan Allah berkati kita semua, dan memberikan kejayaan dalam apa juga usaha baik yang kita lakukan. Selamat maju jaya!

Zulkifli
Damansara Damai,
Selangor, Malaysia
Kod Dealer PG002369
+6019-336 8009

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment