MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

KL April Flood, Bukan "April Fool"

April 25, 2008

Foto yang saya terima melalui email – diambil pada pukul 2.02 tengahari, 1 April 2008. Pandangan dari aras 52, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS. Hujan yang menyebabkan Terowong SMART terpaksa ditutup.

Sebagai renungan untuk mereka yang beriman:

Surah Al-A’raaf

[7: 98] Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain?

[7: 99] Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang rugi.

Surah Hud

[11: 116] Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerusakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa.

[11: 117] Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.


Peringatan Untuk Yang Lupa

Kita akan kekal aman dari bala Tuhan selagi mana tempat kita masih terdapat orang yang melaksanakan dakwah iaitu menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang manusia daripada berbuat kerosakan (melanggar syariat Tuhan). Itulah peringatan Tuhan untuk kita.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
24 April 2008

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Ingin ana kongsikan petikan Kuliah yang ana dengar di Kuliah Maghrib tadi

    Ada 3 perkara yang masih menghalang bala Allah SWT dari turun, sedangkan memang dalam situasi kerosakan masyarakat sekarang sudah memang layak Allah turunkan balanya iaitu

    1. Ulama’ yang sentiasa bermunajat pada ALlah

    2. Orang-orang tua

    3. Binatang-binatang yang melata

    Wallahua’lam

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >