MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hutang Merintih Kemiskinan

June 19, 2008

Mungkin saya salah seorang yang sangat tak berminat dengan hutang. Walaupun apapun namanya – ansuran, skim bayaran mudah, kad kredit – bagi saya ia tetap hutang!

Tawaran membuat hutang, kita boleh dapati di mana saja hinggakan nak beli barangan ‘kecil’ sekalipun. Beli kereta tak payah cerita la. Beli perabot, beli barangan elektrik, hatta nak masuk bisnes MLM pun ada yang menawarkan hutang! Hah ha… (“,)

Tabiat Berhutang Menjadikan Kita Miskin

Ish… saya cukup tak berminat dengan semua ni. Bukan kerana kaya, tapi tak mahu menjadi lebih miskin! Pada pemerhatian saya, trend orang berhutang hari ini, kebanyakkannya bukan kerana miskin, tapi kerana tak mahu kelihatan miskin – mahu lebih bergaya. Tapi akhirnya menjadikan dia lebih miskin.

Kenapa ia menjadikan kita lebih miskin? Pertama, kita perlu bayar lebih â€“ interest. Kedua, kita cenderung untuk berbelanja lebih dari apa yang sebenarnya kita mampu. Berbelanja diluar kemampuan. Jadi, salah satu strategi untuk jimat berbelanja, dan mahu jadi lebih kaya, elakkan beli secara hutang!

Kumpul Dulu Baru Beli
Kalau nak beli juga, kumpul la duit dulu. Nanti dah cukup, beli la. Tapi satu ‘perangai’ pula yang akan timbul, yang akan membuatkan kita lebih kaya iaitu sayang untuk berbelanja. Dah penat kumpul duit, takkan nak habiskan sekelip mata? Hm, inilah bagusnya tabiat simpan dulu, baru beli. Dan inilah juga yang selalu saya alami sejak amalkan prinsip ini.

Kami sering menangguh-nangguh untuk membeli barang yang bukan benar-benar jadi keperluan. Peti ais di rumah contohnya, setahun lebih kami tangguh untuk membeli peti ais baru. Kerana peti ais sedia ada agak kecik, dan susah sebab dua minggu sekali nak kena cuci. Bukan kerana tak ada duit, tetapi kerana ianya bukan benar-benar menjadi keperluan yang mendesak untuk kami beli sekarang.

Bebaloikah Setiap Sen Dibelanjakan?

Sebagai persiapan menerima anak ke-3, akhirnya kami bersepakat untuk membelinya. Supaya makanan di rumah boleh disimpan dengan lebih banyak untuk mudah dihangatkan semula dengan microwave, dan memandangkan saya makin sibuk dengan aktiviti luar, maka kami beli peti ais bersaiz 470 liter! (Terkejut juga kami bila peti ais tu dihantar ke rumah. Sangka kami, 470 liter tu saiz sederhana sebab kat kedai banyak lagi yang lebih besar. Tapi bila balik rumah, masyaallah, besarnya…)

Ketika saya sibuk, saya akan stokkan makanan dalam peti ais, dan isteri saya boleh pilih untuk memasak, ataupun hangatkan makan yang saya belikan – terutamanya bila anak-anak meragam. Saya tak perlu lagi terkejar-kejar balik ke rumah semata-mata menghantar makanan, atau bahan-bahan untuk memasak. Alhamdulillah, peti ais yang lebih besar banyak memudahkan kami. Bagi kami, memang berbaloi setiap sen yang kami keluarkan untuk peti ais baru.

Wallahu ‘alam.
Zulkifli

Damansara Damai
8 Jun 2008, 10.02 pagi

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum…

    hmmm…apa pula pendapat en.Zul apabila ada orang yang menyarankan kepada saya untuk membuat pinjaman peribadi bagi membeli emas? pinjaman peribadi pun satu jenis hutang…

    -mas-

    • Wslm Pn. Mas,

      Bagi saya, buat loan untuk beli emas boleh dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang akan membuatkan kita lebih kaya sebab harga emas sentiasa meningkat dlm jangka panjang, macam beli rumah ataupun hartanah.

      Walaupun macam tu, saya tak pernah suggest sesiapa buat loan untuk beli emas sebab pelaburan sebenar ialah dengan menggunakan duit lebihan yang memang tak pakai dalam jangka masa terdekat. Kalau nak buat loan juga, ia lebih baik dari buat loan untuk beli kereta dan apa sahaja barang yang susut nilainya.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum en.Zul…

    Saya terfikir pula bagaimana pula membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas dari sudut hukum? Adakah ia mematuhi hukum syarak kerana jual beli emas tidak boleh dilakukan dengan hutang? Bila buat pinjaman, bukankah itu bermaksud kita berhutang dengan bank? Dan bagaimana pula dengan interest yang dikenakan terhadap pinjaman dari bank tersebut? Bukankah ia tergolong dalam riba?

    -mas-

    • Wslm Cik Mas,

      Hukumnya harus sebab ia dua aqad berbeza. Buat Islamic Financing dengan bank tu aqad lain. Beli emas dengan kedai emas tu aqad lain. Pinjam dengan bank, guna duit pinjaman untuk beli emas tu tak ada masalah.

      Yang jadi riba bila kita beli secara hutang i.e. bayar installment dengan penjual. Saya juga kalau guna kad kredit Islamic Bank untuk beli emas. Ianya harus. Itu berdasarkan penelitian saya tentang pandangan mereka yang pakar tentang muamalat Islam.

      Wallahu a’lam.

  • salam encik..sy nk mtk pendapat..suami saya pernah berniaga scr online dan pada suatu hari kira2 dlm 4-6 bln menjalankn perniagaan melalui facebook akhirnya pages yg dibina dgn mempunyai seramai 50 ribu like dibuang oleh facebook admin akibat menerima laporan mengatakan pages nya mengambil gambar dari pages lain tanpa kebenaran sedangkan gambar terbabit adalah gambar kami sndri yg tidak dibubuh watermark(itu adalah kecuaian pihak kami sndiri)..
    suami bercadang hendak memulakan semula pages nya dan menyuruh saya membuat pinjaman peribadi untuk support bisnes nya.
    masalahnya adakah itu cara yg baik kerana kami sedang mengalami masalah keberhutangan yg sgt seriua dimana suami menpunyai hutang yg byk yg blm diselesaikan akibat kemerosotan dlm bisnes..
    saya berasa was – was untuk membuat pinjaman peribadi lagi memandangkn potongan angkasa yg telah byk sy buat seblm ni da ada juga digunakan untuk support bisnes suami..
    persoalan nya skrg
    perlu atau x saya membuat pinjama peribadi itu untuk build balik bisnes yg ada.

    • Wslm Pn. Maira,

      Mana-mana guru bisnes selalu sarankan, mulakan bisnes dengan modal yang ada jer. Tak perlu meminjam. Kalau kita jatuh dalam bisnes tu pun, kita tak ‘terbakar tangan’. Maksudnya, kita boleh bangun balik dengan mudah.

      Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >