MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ibu, Di Mana Nilai Kekayaan?

 
“Kalau ayah balik lewat malam macam ni lagi, Afif dah tak nak sekolah!…”

 

Antara rintihan seorang anak yang pernah dikongsikan oleh bapanya kepada saya. Anaknya memberi kata dua, kerana rutin harian, beliau tiba di rumah sekitar jam 10.00 malam iaitu ketika anaknya telahpun tidur. Hm, tekanan kerjaya terutamanya di Kuala Lumpur, menyebabkan ramai ibubapa terpaksa mengorbankan keluarga demi kerjaya.

 

Tapi, kisah kali ini ialah konflik kerjaya seorang ibu, yang meminta pandangan saya disamping pandangan sahabat-sahabatnya yang lain untuk membuat keputusan penting demi hidup bahagia bersama keluarga.

 
(Kesinambungan artikel “Kasih Sayang Jangan Diswastakan”)

Tukar Kerjaya Kerana Keluarga

“Zul, akak dah dapat offer jadi guru, dan akak dah terima offer tu… tapi kenapa akak rasa amat berat tinggalkan kerjaya akak sekarang? Betulkah keputusan yang akak buat ni?” – Kak Ros

Fikirkan Tiga Pihak

“Akak dah resign ker? Kenapa rasa berat? Akak tak berminat jadi guru ker? Mungkin ada baiknya akak listkan kerisauan tu, kemudian bincang dengan suami.

Umumnya, cikgu biasanya ada lebih masa untuk anak-anak dan rumahtangga. Supaya duit yang kita cari benar-benar dapat dimanfaatkan untuk hidup bahagia bersama keluarga.

Zul rasa, akak kena fikir manfaat untuk tiga pihak. Pertamanya, diri sendiri – kepuasan kerjaya. Kedua, anak-anak – perhatian dan kasih sayang secukupnya. Ketiga, suami – rumahtangga yang terurus dan harmoni. Kalau kerja baru ini akan beri manfaat untuk ketiga-tiga pihak ni, why not akak bertukar kerja?” – Zul

Kepentingan Diri vs Anak-anak

“Akak dah hantar surat resign tapi boss pending 1 week untuk fikir semula sebab dia nampak akak tak confident dengan decision yang akak ambik. Akak minat kedua-dua kerjaya. Kalau nak fikir dari segi manfaat diri, akak lebih prefer kerja sekarang sebab separuh dari gaji akak sekarang hilang bila jadi guru tapi dalam bab anak, akak akan punya banyak masa dengan dia. Suami pulak, dulu membangkang kalau akak nak jadi guru tapi entah kenapa sebulan dua ni dia galakkan pulak… Zul rasa apa masalah akak sebenarnya?” – Kak Ros

Di Mana Nilai Kekayaan?

“Zul rasa, masalah sebenarnya pada duit. May be akak kena nilai balik, berbaloi tak manfaat yang dapat dengan kehilangan separuh gaji. Duit penting, keluarga pun penting. Keceriaan, gelak-tawa, senyuman anak-anak juga adalah kekayaan. Senangnya hati suami bila disambut kepulangannya juga mahal harganya. Duit yang kita cari sebenarnya untuk kebahagiaan mereka semua.

Tapi kalau ekonomi keluarga terjejas teruk disebabkan tukar kerja, ada baiknya akak stay dulu. Dan satu lagi kena ingat, kalau kerja baru tu akan menghilangkan ceria akak, ia juga akan beri kesan langsung pada anak-anak dan suami. Kerana, orang yang tak seronok dalam kerja, dia juga tak seronok dalam hidup.” – Zul

“Terima kasih atas nasihat Zul. Akak akan pertimbangkan segala aspek yang Zul cakapkan. Akak rasa dah nampak jalan sedikit” – Kak Ros

Rohani dan Jasmani, Kedua-duanya Ada Keperluan

“Alhamdulillah… carilah kata sepakat bersama suami tercinta… InsyaAllah, hidup akak lebih bahagia bersama keluarga. (“,)

Nasihat Zul, pertimbangkan banyak aspek. Bila dapat hidup bahagia dalam berkeluarga, rumah kita akan jadi ‘markaz dakwah’. Jadi guru, tak semestinya pilihan terbaik untuk akak. Zul risau kalau gaji hilang separuh, ekonomi keluarga akak terjejas teruk. Takut untung secupak, rugi segantang.

Akak mesti ambik kira ekonomi tu sebab kita dan keluarga tetap perlukan makan dan pakai selagi hidup. Kita ada roh, kita juga ada jasad. Kedua-duanya ada keperluan yang perlu dipenuhi.” – Zul

Papa dan Mama, atau “Uncle” dan “Auntie”?

Antara sms saya dengan Kak Ros (bukan nama sebenar). Kak Ros seorang Eksekutif seperti saya. Beliau sedang mencari jalan terbaik untuk beri perhatian yang lebih terhadap anak-anak dan rumahtangga. Menjadi guru yang bekerja separuh hari, salah satu alternatif yang sedang dipertimbangkannya.

Sebagai Eksekutif seperti saya, tentunya beliau bekerja dari awal pagi hingga lewat petang. Rutin harian, saya biasanya tiba di rumah menjelang maghrib. Ketika ‘peak period’, adakalanya menjelang isya’ baru sampai rumah.

Nasib baik, anak-anak saya masih ada mamanya. Kalaulah mamanya juga bekerja seperti saya, mungkin kami boleh dianggap sebagai “uncle” dan “auntie” bagi tiga anak kami yang masih kecil, yang amat memerlukan perhatian ayah dan ibu, lebih-lebih lagi perhatian seorang ibu.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Heights
25 Jun 2008

Doa saya, moga Allah memberikan jalan terbaik untuk Kak Ros merialisasikan niat murni tersebut, insyaallah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Zul,

    Lagu mano kalu si isteri tu misi(nurse)? Misi kerja ikut shift. Masuk pukul 7pg keluar 2 ptg (shift pagi), masuk 2 ptg keluar 9 malam (shift petang), masuk 9 malam keluar 7 pg (shift malam). Kadang2 3 malam berturut-turut. Jadual kerja ditentukan oleh ketua wad (sister).

    Negara kekurangan misi sekarang ni. Sayang juga nak suruh misi berhenti kerja.

  • Em, artikel ni tak mencadangkan supaya ibu-ibu berhenti kerja. Sekadar mengajak kita menilai semula keseimbangan antara kerjaya dan rumahtangga.

    Realiti di Kota, ramai yang terlepas pandang pada keluarga dalam mencari kaya. Sedangkan kaya yang kita cari untuk keluarga.

    Berhenti kerja, bukan penyelesai segalanya. Ibu yang jadi suri rumah sepenuh masa tanpa apa2 kerja sampingan di rumah juga akan bermasalah. Mungkin akan dikongsikan di artikel akan datang.

    Keputusan berenti, atau terus bekerja, bergantung pada apa yang dicari dlm hidup masing2. Bila kita tahu apa kita cari, mudahlah buat keputusan dan kita tahu apa perlu kita buat hari ini untuk membina masa depan yang kita impikan.

    Masalahnya, ramai yang kabur apa yang dicari lantas tak tahu apa patut dia buat HARI INI supaya dapat apa yang dicari. Ana cadangkan, tulis atas kertas apa sahaja yang kita impikan. Lepas tu buatlah keputusan, yang masa satu patut dikejar dan diberi keutamaan.

    Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >