MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Diari OBS – Sebelum Berangkat

September 1, 2008

Kem Outward Bound Malaysia di Teluk Batik, Lumut, Perak

Setelah ditanya oleh boss, aku bersetuju untuk dihantar ke kursus Outward Bound School (OBS), 4 hari 3 malam iaitu pada 25-28 Ogos 2008. Selain untuk memenuhkan KPI (target) individu, aku memang berminat aktiviti outdoor sejak kecil lagi. Maklumlah, aku memang asalnya ‘kampung boy’.

Get-to-Gather

20 Ogos diadakan briefing untuk semua bakal peserta. Baru aku tahu, selain 9 orang wakil dari syarikatku, rupa-rupanya ada 19 orang lagi peserta yang mewakili syarikat-syarikat insuran dan takaful di Malaysia. Setiap syarikat menghantar seorang wakil. Syarikat akulah yang sponsor program ini. Tujuannya, pastinya untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara syarikat dalam industri insuran dan takaful.

Kursus Yang Mencabar?

Kusus ini akan diadakan di Kem OBS yang terletak di Teluk Batik, Lumut, Perak. Khabarnya, kursus ini agak mencabar. Selain berkhemah dan berkayak, katanya ada Solo Camping. Menurut En. Md. Noor Human Resource, 20 tahun lalu, dia kena berkayak pusing Pulau Pangkor! Beberapa puluh kilometer jaraknya. Wah… agak mencabar. Masa kursus, kawannya dulu ada yang kena patuk ular! Ish, dah jadi ngeri la pulak…

Menurutnya lagi, kat sana nanti, wallet dan handphone kena serahkan semuanya kepada urusetia. Bawa makanan luar pun tak dibenarkan. Kawannya dulu, ada yang tak lulus kursus sebab ‘kantoi’ beli makanan kat luar masa solat Jumaat. Rupa-rupanya orang kampung situ ada yang jadi ‘spy’ untuk OBS.

Aku mengandaikan, kursus OBS ini adalah ala-ala BTN ataupun tentera.

Outward Bound Malaysia dibuka sejak 1955. Program ini berasal dari UK

Mencari Aksesori Outdoor

Seminggu sebelum kursus, aku terpaksa cari accessories keperluan. Banyak juga duit yang habis. Sebabnya aku memang dah lama tak terlibat dengan program outdoor begitu. Backpack, torchlight, penknife, ¾ tracksuit, kasut outdoor, kompas kiblat dll. Semuanya RM241 aku belanjakan, sedangkan duit yang diberi oleh company cuma RM150. Itupun hanya untuk cover travelling cost.

Lepas puas survey di shopping-shopping complex, rupa-rupanya baru aku tahu, cari kat Mydin dan Petaling Street lagi mudah.

Persiapan Tinggalkan Anak dan Isteri

Lepas siap beli barang keperluan, aku pastikan peti sejuk rumahku dipenuhkan dengan makanan yang cukup untuk 4 hari coz nak tinggal anak isteri agak ‘lama’. Mungkin inilah jangka masa paling lama aku tinggalkan mereka tanpa ditemani oleh sesiapa – ibubapa, mertua atau keluarga.

Yang aku risaukan cuma satu, iaitu jika berlaku kecemasan. Kereta ada, lesen pun ada, tapi isteriku tak mahir memandu. Tambah lagi isteriku sedang mengandung 5 bulan. Dengan 3 orang anak yang masih kecil, macam manalah agaknya nanti.

Entahlah, aku berserah saja kepada Tuhan. Kalau berlaku kecemasan, aku memang tak dapat dihubungi langsung ketika itu, kerana handphone dimatikan dan dipegang oleh urusetia.

(Bersambung ke Diari OBS – Hari Pertama)

Zulkifli
Damansara Damai

2 September 2008, 6.50 pagi

“To Serve, To Strive and Not To Yield” adalah motto Outward Bound School (OBS)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >