MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tesco Kota Bharu dan Mutiara Damansara

October 6, 2008

Tesco Kota Bharu sama seperti Tesco Mutiara Damansara. Bezanya ialah pada orangnya.

Shopping di Tesco Kota Bharu

Sehari sebelum raya hari tu sempat juga saya dan isteri ke Tesco Kota Bharu. Beli baju raya anak-anak. Plan asal nak ke KB Mall, tapi rasanya di Tesco lebih murah. Jadi, kami tukar plan ke Tesco.

Kalau di KL, kami biasa membeli-belah di Tesco Mutiara Damansara. Jaraknya lebih kurang 10km dari rumah kami di Damansara Damai.

Hm, seronoknya rasa membeli belah di Tesco Kota Bharu. Kami sangka ianya masih lengang sebab kami datang seawal jam 10 pagi lagi. Rupa-rupanya ia dibuka lebih awal, kalau tak silap jam 8.30 pagi. Agak ramai yang datang membeli-belah ketika tu. Pastinya untuk persiapan raya.

Tesco Kota Baru, susun aturnya hampir sebijik macam Tesco Mutiara Damansara. Sebelah kiri pintu masuk, rak buku kanak-kanak yang sangat menarik minat Aisyah (anak pertama kami) setiap kali ke Tesco.

Wanita ‘Bertelanjang’ Di Shopping Complex

Antara Tesco KB dan Mutiara Damansara, saya lebih seronok di KB. Seronok, bukan kerana merefleksi diri dengan membeli-belah, tetapi kerana suasananya. Sangat berbeza dengan Tesco Mutiara Damansara.

Kalau di Damansara, Tesco dan shopping complex dipenuhi dengan wanita-wanita yang ‘bertelanjang’ kata Nabi. Terdedah sana sini. Pastinya mengganggu pandangan para lelaki. Semakin lama di situ, semakin luntur iman si lelaki. Makin hilang kemanisan dalam beribadah.

Mungkin itulah sebabnya, sahabat saya dari Pondok Pasir Tumboh berpesan, perbanyakkan istighfar bila balik dari tempat orang ramai sebegitu. Untuk merecharge iman barang kali.

Suasana Berbeza di Kota Bharu

Tesco KB cukup berbeza. Pelanggannya sama sesak dengan Tesco Damansara, tetapi ia sesak dengan pelanggan yang majoritinya menutup aurat dan berpakaian sopan. Cashier-cashier muslimahnya semuanya bersarung lengan, supaya auratnya tertutup sempurna. Oh, bagusnya…

Dalam setahun dua ni, saya selalu terfikir untuk kembali hidup dan membesarkan anak-anak dalam biah solehah (persekitaran yang soleh) sebegitu. Yang saya risaukan ialah anak-anak. Kalau boleh, saya mahu mereka membesar dalam persekitaran seperti mana saya membesar.

Tiga Faktor Membentuk Anak-anak

Kerana dalam kuliah “Keluarga Bahagia” oleh Ustaz Sabri Abdul Rani dua tahun lalu, katanya 3 faktor penting yang membentuk peribadi seseorang iaitu (1) Rumahnya – ibubapanya (2) Tempat Belajarnya – guru dan rakan-rakannya, dan terakhir (3) Persekitarannya – masyarakat sekelilingnya.

Saya kira, saya telah dibesarkan dalam persekitaran yang solehah – di Kelantan. Persekitaran yang majoritinya orang menutup aurat dan mengamalkan agama. Tempat tok-tok guru masih lagi ramai. Sekolah pondok dan sekolah-sekolah agama bersepah di seluruh pelosok negeri. Sentiasa subur dengan kuliah-kuliah agama. Faktor persekitaran, memang banyak memberi kesan pada saya. Saya sangat rindukan biah yang solehah itu…

Apabila memikirkan tentang anak-anak, saya lebih selesa tinggal di Kelantan (foto di Tesco Mutiara Damansara)

Tazkirah Abang Man

“Bila anta nak balik Kelantan Zul?”

“Em, ana pun tak tahu Abang Man”

“Anta kena fikir pasal anak-anak tu. Orang KL pun ramai hantar anak-anak mengaji di Kelantan”

Antara perbualan saya dengan Abang Man (Abdul Rahman Gan Abdullah), sahabat karib saya sejak 1997. Pesanan beliau itu sentiasa membuatkan saya terfikir-fikir. Walaupun Abang Man masih bujang, tetapi beliau banyak menasihati saya perihal keluarga muslim.

Abang Man dulunya seorang muallaf. Berbangsa Cina dari Klang. Sekarang tinggal dan belajar di Pondok Pasir Tumboh. Sangat baik, amanah, rendah diri dan warak orangnya. Beliaulah yang mengheret saya ‘bermain’ di sekolah pondok, mengajak saya pergi menadah kitab dengan tok-tok guru di beberapa pondok lepas SPM.

Kalau berpeluang, saya juga mahu anak-anak membesar dalam suasana itu. Supaya mereka juga mendapat tempias iman dan taqwa daripada masyarakat yang solehah. Kerana kalau ada iman dan taqwa, insyaAllah hidupnya bahagia dan cukup segala-galanya.

Kalau kekal dengan persekitaran sekarang, saya perlu benar-benar pastikan faktor pertama dapat membentuk mereka. Kerana faktor kedua dan ketiga, semuanya agak juah dari kawalan saya.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
6 Oktober 2008, 7.05 malam

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • ana call ajak mari Kuala Ibai, kenapa x datang? Lama x jumpa.

    Kalu ikut hajat ana, mahu je g beraya rumah sahabat2, tp zaujah tu dalam 40 lagi, takkan nak tinggalkan dia ngan baby. kEsian dia lak.

  • rasa macam kenal saja sdr abd rahman tu. kalau tak silap dia selalu berkunjung ke perpustakaan kami dengan menaiki motor. tuannya selalu berserban. betul ke?

  • To amdang81:
    Oh, sorry Zaidan… raya hari tu memang tak beraya dgn shbt2. Payah tinggalkan anak-anak especially si kecil Anis. Kesian kat ibunya nak control dia sorang2.

    Ingat nak gi K.Ibai haritu. Tp tak sempat coz nak jumpa abg & kakak ipar yang nak balik.

    (hi3x… anta dah sampai ke blog ni rupanya)

    To Kakchik:
    Ahlan wa sahlan untuk Kakchik..

    Aa aa.. memang beliau beserban dan bermotorsikal.. saya mula kenal dia masa blaja kat Kolej Islam Klang. Dia selalu datang solat kat surau kami kalau dia balik jenguk ibunya di sana.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >