MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Majlis Ihtifal PASTI An-Nur 2008

November 21, 2008

Majlis Ihtifal PASTI An-Nur 2008, program terakhir yang dijadualkan sejak awal tahun berjaya dilaksanakan pada 8 November 2008. Majlis ini adalah untuk meraikan semua pelajar untuk tahun 2008.

Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara tempat berlangsungnya majlis

Majlis dirasmikan oleh Ustaz Riduan Ismail, Ketua Pemuda Subang


Persembahan nasyid oleh pelajar PASTI An-Nur

Pentomen Ashabul Kahfi, persembahan yang menarik perhatian para hadirin.

Adik Nur Farah Natasha, pelajar terbaik keseluruhan.

Adik Afifah, pelajar terbaik akedemik kelas 6 tahun.

Jamuan selepas majlis.


Apabila memikirkan di mana Aisyah mahu disekolahkan (tadika) beberapa tahun lalu, saya mencari-cari di manakah PASTI terdekat kerana tak ada PASTI di Damansara Damai ketika itu.

Alhamdulillah… syukur kepada Allah, akhirnya PASTI yang saya cari-cari itu akhirnya dapat diwujudkan oleh pemuda Damansara Damai, dengan sokongan ahli kariah. PASTI An-Nur dapat beroperasi dengan baik semenjak bermulanya operasi pada Januari 2008. Sebagai Pengurus, komitmen sahabat pemuda yang menjadi tulang belakang kepada PASTI amat saya hargai. Moga Allah merahmati mereka semua.

Zulkifli

Damansara Heights
22 November 2008

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >