MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bersalin: Jangan Lupa Sijil Nikah

January 15, 2009

“Maaf encik, kami tak boleh daftarkan kelahiran anak encik tanpa sijil nikah?”

“Kenapa tak boleh? Saya nak daftar anak ke-4? Bukan ke rekod JPN boleh cek yang saya dah daftar tiga orang anak sebelum ni? Masa daftar anak kedua saya dulu, pegawai tu kata tak perlu sijil nikah sebab JPN dah ada rekod daftar anak pertama”

“Boleh tu memang boleh cek (dalam sistem). Tapi mulai tahun ni, sijil nikah wajib kena ada (tunjukkan dan beri satu salinan) walaupun daftar anak ke-10 sekalipun!?”

“Ish… kenapa susah sampai macam tu?”

“Memang ini kehendak ISO kami. Encik boleh jumpa pegawai kami kalau nakkan penjelasan”

Antara perbualan saya dengan kakitangan JPN Kota Bharu pagi tadi. Sulit sekali kerana sijil nikah saya tertinggal di KL.

Ke Jabatan Pendaftaran Negara

Agak kecewa pagi tadi. Sejam lebih menunggu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Pasir Mas untuk daftar anak ke-4 kami. Tapi talian tetap off-line.

Tak tahu bila masalah talian akan selesai, saya terus ke JPN Kota Bharu di Wisma Persekutuan. Nak selesaikan urusan pendaftaran secepat mungkin.

Wah, agak sesak JPN di sini. Ruang pejabat pun sangat sempit. Sangat jauh bezanya dengan JPN Pasir Mas – yang luas, lapang dan tak ramai ‘pengunjung’.

Kesulitan disebabkan ISO?!

Sudahlah sesak, saya dikecewakan dengan prosedur yang menyusahkan atas alasan ISO. ISO? Saya juga tahu apa itu ISO kerana hampir setiap tahun saya mengaudit syarikat tentang kepatuhan terhadap ISO!

Berdasarkan penjelasan pegawai JPN itu, saya rasa perlaksana prosedur ISO itu tak benar-benar memahami kehendak ISO. Kerana ISO bukan menyulitkan begitu. Saya cuma mendengar penjelasan, dan terimanya dengan rasa terkilan. Cakap banyak pun tak guna sebab pegawai itu bukanlah penggubal prosedur. Dia cuma ikut saja dengan lurus bendul.

Matlamat ISO – Kecekapan Operasi, Kepuasan Pelanggan

ISO. Matlamat akhir ISO ialah kepuasan pelanggan yang terhasil daripada kecekapan operasi. Semua proses yang tak perlu, perlu diubah atau dibuangkan sama sekali untuk memudahkan pelanggan! Kalau ada 4 daripada 10 langkah dalam proses itu yang tak perlu, atau redundant, ia mesti ubah…

Kalau ikutkan pada matlamat ISO, anak ke-4 saya sepatutnya boleh didaftarkan tanpa sijil nikah kerana rekod JPN telah mengesahkan saya telah berkahwin, dan mempunyai 3 orang anak! Jadi apa perlunya lagi salinan sijil nikah! Sudah tiga salinan sijil nikah saya telah tersimpan di JPN – ketika pendaftaran anak pertama, kedua dan ketiga!

Terkilan di Pagi Hari

Terkilan, sijil nikah saya tertinggal di KL! Dan anak saya tak boleh didaftarkan hari ini. Sedangkan pendaftaran cuma boleh dibuat di Kelantan atau Putrajaya sahaja. Di KL/ Selangor tak boleh sebab kelahiran di Kelantan…

Ikut pada jadual, saya akan balik KL pada 12 Januari, dan entah bila akan balik semula ke Kelantan. Kalau daftar di Putrajaya, maksudnya, bila balik KL, saya mesti ambil satu hari cuti semata-mata untuk urusan pendaftaran. Sedangkan saya tengah bercuti panjang ni! Oh, ruginya bazirkan cuti sebegitu…

Tempoh Pendaftaran: 15, dan 42 Hari!

Kakitangan JPN menasihatkan supaya daftarkan dalam masa 15 hari kelahiran atau dikenakan denda atas kelewatan. Atau setidak-tidaknya, jangan lebih 42 hari kerana lepas tempoh itu, prosedurnya amat sukar sekali. Kena angkat sumpah dsb…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Pasir Mas, Kelantan
4 Januari 2009

(diedit pada 15 Januari 2009)

Untuk makluman, JPN hanya terima sijil nikah (asal dan salinan) sahaja. Kad nikah tak diterima. Dan satu lagi, jangan lupa bawa kad pra-natal (pemeriksaan mengandung) sekali. Peringatan ini penting bagi mereka yang merancang untuk balik bersalin di kampung.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • salam..
    tumpang tya..pihak JPN just tgk2 mcm tu je ke sijil akuan nikah yg ori tu?kalau bg yg fotostat x boleh ke?nak yg ori tu na scan ke ape?

  • Akibat silap faham tentang sijil dan kad nikah, saya terpaksa balik ke rumah nak carisijil nikah. Di sini saya tertanya-tanya apa gunanya kad nikah pintar yang dikeluarkan kalau tak boleh diguna untuk tujuan sebegini? Sedangkan lesen memandu pun boleh digabung sekali dengan Ic. Mengeluh panjang saya di JPN tadi.

  • ada sorang kwn sy terlupa untk buat surat beranak anaknya..skrg usia ank nya dh 2thn lbh,blh buat lg x?tolong ajarkn cara2nya

  • Salam.nak tnya,dah hampir 1tahun kawin baru sedar belum dapatkan sijil perkahwinan.kerana kekangan masa dan jarak,sampai sekarang belum mendaftar untuk dapatkan sijil dan kad e-nikah.agaknya dikenakan denda tak?tq

  • Saya bakal menghadapi masalah yg sama. Sedang tunggu isteri bersalin di Sabah tp sijil perkahwinan tertinggal di KL.. Kena terbang ambik n bawa balik? Hmmm…

  • Jikalau bernikah di thailand pula bagaimana? Sebab saya ada kawan yg bernikah di thailand dan isterinya sudah mengandung dan mereka masih belum register surat nikah malaysia tapi ade surat nikah thailand punya. Perlu tnjuk surat nikah malaysia jugak ke?

  • Saya nak tanya.
    jika seorang wanita melahirkan anak dan wanita tersebut belom berkahwin. Boleh ke beliau mendaftarkan anaknya di jpn bagi mendapatkan sijil lahir?

  • Saya nak tanya saya berkahwin di belanda kerana suami saya orang belanda dan saya bersalin di malaysia tetapi sijil kahwin saya dan suami tertinggal di belanda sebab emergency balik sabah sebab ayah saya meninggal.. masih boleh ke saya buat surat beranak anak saya.. tanpa sijil kahwin saya dan suami. Sebab 24/5/2015 anak saya da masuk dua bulan.

  • Hi
    Saya non muslim belum berkahwin tapi Baru saja dapat anak

    Adakah saya boleh mendaftar sijil lahir anak saya tanpa sijil nikah

    Terima kasih

  • Salam. Saya ada kawan yg bernikah di thailand ,tetapi mereka belum mendaftar di malaysia, isteriny sudah bersalin tapii belom mendaftar anak mereka di jpn. Adakahh jpn terima sijil nikah thailand dgn segera?

  • Kalau surt nikah hilang, kna buat surt nikah dahulu ke bru boleh register anak? Sbb baru terperasan yang surat nikah ada dalam bag laptop masa rumah kna pecah hilang brsma surt tu…tapi dlm report polis x myatakan surt nikah skali sbb xigt kandungan dalam bag tu, ke boleh bawak report polis je?nak buat surt baru nk kna balik klntan,isteri beranak kt selangor ni je

  • Salam…sye ada seorg kawan ni..satu hari tu suami dia terlepas ckp “cerai”…lpastu dia pergi ke mahkamah dan dah hadiri perbicaraan dan jatuh cerai…tpi diorg tetap hidup mcm suami isteri…sijil nikah dua2 pihak pon ada di tgn…persoalannya..jika dia nk daftar surat beranak anak nanti..jpn boleh detect ke yg diorg ni dah cerai??dan lgi 1 nk daftar surat beranak anak kne bgi sijil nikah ori kita ke..lepas tu nnti kalau dah beranak kedua n ketiga pulak mcm mana kita nk bgi sijil beranak lagi klau jpn dah ambil yg ori??atau jpn nk buat rujukan sahaja kemudian serah kpada kita semula??terima kasih..

  • Salam,sy berkahwin dan suami warganegara saudi. Kami bernikah di indonesia pd 2014 dan hanya ade surat nikah dari indonesia. Kini sy hamil 3 bulan dan merancang bersalin di malaysia. Kini sy menetap di saudi. Boleh ke saya mendaftar perkahwinan saya di malaysia sebelum saya bersalin bulan 8 ni bg memudahkan proses pendaftaran anak di JPN?

  • salam..nak tanya..skg umur anak dah masuk tadika tapi belum ada surat beranak.ayah anak tu dah lama meningal dan x sempat buat surat beranak sbb2 ada masalah..tapi kami belum kawin just kawin kampung..agak2 boleh buat x surat beranak dan berape dendanya?t

  • Salam
    Ayah saye bercerai ketika saya berumur bawah setahun dan lost contact sehingga kini dan ibu saya pula telah meninggal 5 tahun yg lepas .Jikalau salinan sijil nikah berada di JPN , bagaimana cara untuk mendapatkannya ?

  • As salam.. Nak tanya.. Sy pnduduk tetap/ ic merah. Sy kawin di indonesia pd tahun 2007. Jabatan muis hanya dpt keluarkan pengesahan berwarna.. Dan perkahwinan sy tdk dpt d daftarkan kerana sy bukan warganegara.. Ada tak cara supaya perkahwinan kami dapat di daftarkan di malaysia? Terima kasih..

  • Salam..encik? Nk tnya..sy dah lama bernikah masa waktu tu sy masih bersekolah, arwah ayah sy berpesan jika dah tamatkan belajar bleh duduk sekali dgn pasangan..masa tu sy budak2 sy xtau apa2 just ikt kata arwah ayah..pasangan sy ni die uruskan hal2 nikah termasuk jurunikah sekali..hal2 dokumen surat apa semua ats jurunikah satu pun die xde simpan..lepas sy tamat belajar umo sy 22 sy cari jurunikah tu utk urusan daftar nikah sbb dulu masa nikah sy masih bwh umo..hasil carian sy x jumpa smpai skrg (utk pengetahuan encik pasangan sy ni masa nikah dia dah punya isteri)..kami dah tinggal bersama sbb buka perniagaan sendri..then skrg sy Hamil dah 6 bulan..pihak klnik asyik tnya sy sjil nikah..pengesahan dr isteri pertama pun perlu utk sy dptkn sjil nikah kn..pasangan sy dah rujuk dgn pejabat agama n akan ambil masa sikit utk semak semua benda.. Jd skrg sy buntu dan risau sbb pihak klinik nk isytihar sy sbg x nikah dlm buku ngandung jika x de sjil nikah.. Apa akan jd bile sy nk daftar kelahiran ank kelak jika diisytihar begitu??

  • Assalamulaikum… saya nak tanya saya rakyat Malaysia istri saya orang Indonesia. kenapa susah nak buat Surat beranak untuk anak saya sendiri. anak pertama. sudah saya lengkap kan semua surat2 yang di perlukan tetapi masi gagal lagi…saya sangat2 kecewa dengan system sekarang ne…saya minta tolong apa macam cara2 untuk dapat kan Surat beranak untuk anak saya…sudah 4 Kali saya urus tapi gagal…

    • Wslm En. Arsat,

      Kena bincang dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan fahamkan apa prosedur / dokumen yang diperlukan. Sediakan sahaja segala dokumen yang mereka perlukan, insyaAllah ianya mudah tak kisah isteri tu warga negara mana sekalipun.

  • Salam..saya warga negara indonesia suami saya warga malaysia saya mahu buat surat beranak… tetapi anak saya usia 6 bulan masih dapat kah buat surat beranak…saya ada surat nikah di indonesia saja… apakah msih dpat???

  • Saya berasa amat kecewa krn telah tiga kali ayah saya cuba mendaftar nams ank di JPN Perlis. I/Casal suami tiada bersama kerana kami dalam proses penceraian dan kami tidak tinggal.sebumbung lg. JPN tetap nakkn I/C asal suami jg. Ttp suami berkeras nakkn semua dokumen utk dia daftar di JPN penang. Nama anak tidak berbin dan tiada i/c bapa.saya bkn lahir anak luar nikah. Saya amat kecewa kerana pihak JPN x memahami masalah saya. Mohon penjelasan sewajarnya.

      • Assalamualaikum tuan.maaf Saya mencelah dengan beberapa soalan berkenaan ingin lakukan surat beranak anak,tetapi suami kehilangan ic .suami seorang penjawat awam (army).memandangkan suasa sekrang covid.proses untuk mendapatkan ic sementara atau original kembali,amatlah mengambil masa yang panjang shingga terlihat melebihi jangka masa yang ditetapkan jpn 42hri. So apakah yang harus kami lakukan,. Sblum itu,segala document seperti surat nikah dan sbgainya semua nya complate.just ic suami yang original atau sementara itu belum siap dri jabatan arah tentera.harap tuan boleh berikan pencerahan

  • Hi En. Zulkifli, saya sudah lebih 2 tahun berpisah dengan suami tetapi urusan perceraian belum selesai.
    Bagaimanakah cara sy utk mendaftarkan anak di JPN jika sy tengah mengandungkan anak luar nikah (bukan anak suami saya) yang akan lahir awal tahun depan (di mana urusan perceraian belum selesai pada masa kelahiran bayi)?

    Terima kasih.

  • Assalamualaikum..saya hendak bertanya..kawan saya nie mengandung anak luar nikah dan skrg kandungannya mungkin 8 bulan..tetapi dia tidak buat pemeriksaan dimana2 klinik kerana bimbang diketahui oleh keluarga..bagaimana dia hendak mendaftar kan ank nya kelak jika kad merah dan sijil nikah tak da?boleh ke dftr?sebb dia tak nak keluarga dia tahu..

  • Assalamualaikum, ingin bertanya kalau sy ingin daftarkan anak gunakan sijil perakuan nikah sementara yang mula-mula kita dapat masa lepas nikah tu boleh ke?

  • Saya berkahwin dekat thailand ..suami org thailand..sy beranak di thailand..saya nk buat surat beranak ank sy bleh ke..sy org malaysia..ank sy dh 9 bulan….bagaimana cara nk buat surat beranak ank sy…n sy blom daftar di malaysia lg..

  • saya seorg warganegara malaysia..suami saya warga india…kami telah daftar perkhawinan di Indiatetapi belum daftar di malaysia kerana suami saya belum dapat passport.sekarang saya mengandung,boleh kah daftar kelahiran anak di JPN hanya dengan sijil khawin dari India.

  • assalammualaikum , saya nak tanya saya memegang surat kelahiran tapi bukan warganegara , sy berumur 18 tahun , sy dh berkahwin tetapi kwin secara nikah siri sahaja , skrg sy telah disah kan mngndung ? mcm mana sy nk urus kan surat nikah untuk mndftar kan ank sy nanti ye ? adakah sy kene balik ke negri ibu atau pun boleh daftar disni sahaja ? harap pertolongan jawapan trima kasih

    • Wslm Pn. Asminda,

      Kalau nak daftar anak di Malaysia dan berbinkan bapa dia, memang kena selesaikan surat nikah dulu. Kalau tak, anak tu boleh didaftarkan, tapi dianggap tidak berbapa. Dari sudut undang-undang, dia bukan anak kepada bapanya yang sebenar.

      Wallahu a´lam.

  • Assalamulaikum, sy nak tanya , kwn sy mgdung 5bln anak luar nikah , belum berkhwin . Boleh ka kwn sy tu daftar di klinik ibu dan anak kerajaan .

  • say tanya. say sdh nikah thn2012 tapi surat nikah saya 2016.. tapi anak say lahir 2014. mcm nak urus surat baranak nya ada jalannya tak..
    tq

  • Sy nak tnya..sy nak daftar ank yg berusia 2 bln utk dapatkan sijil lahir. tp sy x sijil nikah . Blh ke sy dapatkan sijil lahir tu Nanti..Bapa kpd anak sy Ni mahu nama dia utk di Bin kan kpd ank tu..

  • Assalamualaikum..mohon pertanyaan..
    Saya sudah kawin..tapi kawin kg sahaja..kawin di muis tiada..jadi macam mana saya perlukan surat nikah..saya nak daftar surat beranak anak saya yg da berusia 2 bulan..

  • Assalamualaikum tuan. Nak tanya, kalau belom nikah boleh x bawak tunang utk daftar masuk Hospital kerajaan. Dan kalau kes serius kena operation mintak x surat nikah utk Proced operation tu. Tq

  • Assalammualaikum tumpang tanya. Agak sedikit sulit masalah saya. Saya telahpun mengandung anak luar nikah . Dan sekarang 33 minggu . Nanti masa untuk bersalin bolehkah bersalin di hospital kerajaan (hospital sultanah aminah johor) tanpa apa2 dokumen ? Atau mungkin prosedur pun akan dikenakan denda mungkin?

    • Wslm Pn. Siti Nurasmira,

      Setahu saya, nak bersalin dan daftar kelahiran tak ada masalah. Cuma masa daftar nanti, anak tu dikira tak ada bapa.

      Saya rasa tak ada apa-apa denda.

      Saya doakan Allah permudahkan urusan puan dan diberi kesihatan kepada puan dan bayi yang bakal lahir nanti, insyaAllah.

  • Hello En.Zul..Saya nk tanye ade kawan lelaki I baru kahwin tahun lepas…n isteri dia memgandung nw…Tapi dia xde sijil kahwin sebab isteri dia takde I.c..Bolehke dia daftar sijil lahir untuk anak dia?

  • Assalamualaikum. Saya maria. Saya nak tanya encik.. pada waktu dulu, sekitar tahun 1990 macam tu.. untuk pendaftaran surat beranak, adakah sijil nikah diperlukan pada waktu tu? Seperti waktu sekarang.. sijil nikah diperlukan semasa pendaftaran surat beranak melainkan jika anak itu anak luar nikah.

  • Salam..encik sya nak tnya..sya skg dlm pntang,ank sya di lahir kan 17.5.17..hritu sya da daftar srat brank ntok ank,smua kperluan yg dia nak sya da buat smua,just dia nak ic suami,suami sya outstation..sya xde fotostat ic suami,,sya da gtau suami psal niy,tpi suami xdpt nk balik..suami kena smbung lgi kje..so sya nk dpt kn sijil klhiran ank sya,sbb sya nk balik braya di kg sya kt melaka..boleh bgi pndpat mcm mna..

  • Assalamualaikum tuan , sy ingin brtanya ttg pndaftaran ank yg bkl dilahirkn .
    Sy Dan suami menikah ketika kndungan berusia 18w .
    Jd apakah dokumen yg perlu dbawa ktika pndaftaran Dan adakah boleh dibinkan kepada suami ?

  • Salam..sy bkahwin d selatan thai..pd 2014 sy mlahirkn ank n dftar d jpn mnggunakn sijil nikah thai je..ank berbinkn ayhnye..tp pd july 2017 sy ke jpn utk pndftaran ank yg bru lahir,jpn xdpt nk binkn ank sy dgn ayahnye wlaupn bkn ank xsah taraf..alasan jpn kne dftar d sini dlu bru bley bt sijil lahir ank..mslhnye nk stle hal pngesahn nikah mkn mse bthn2..mohon pndapat utk stlekn mslh sy yg berat ne..t.kasih

  • Salam…
    Saya nak tanya..kalau ibu pemegang pass imm13 dan suami masih lg pemegang sijil lahir,ada masalah tak nak buat sijil lahir anak di Jpn???

  • Assalamualaikum..
    Saya nak tanya, kalau mengandung tapi belum nikah .. Boleh ke daftar kelahiran baby nanti?? Dan boleh ke bersalin di hospital kerajaan???
    Terima kasih.

  • Assalam, nak tanya. kalau beranak di rumah tanpa bidan atau dokter macam mana nak mintak surat pengesahan kelahiran? ibu ada buku merah tapi disebabkan lahir di rumah, tiada apa2 rekod lahir di hospital dan tiada surat discaj hospital, hanya pemeriksaan bulanan sahaja itupun ibu tidak habis pergi check up sebelum terberanak di rumah. macam mana nak daftar sijil kelahiran di JPN kalau hospital tiada surat pegesahan kelahiran tersebut?

      • Assalammaualaikum..pn.a..tak masalah pun nak daftar nikah…mula2 puan kene buat report polis dkt area kawasan berhampiran puan beranak kedua dan nyatakan details…semua..kedua pergi jpn dan ambik borang akuan sumpah…pergi buat akuan sumpah utk dihantar ke jpn…dan siap semuanya pergi kene jpn bawa semua tu sekali

  • Asslam,nk tanya.sy ada kwn org msia dan berkhawin org indonesia..tp mereka hanya ada surat nikah gereja dan sijil nikah JPN tiada.sekarang kawan sy dah mengandung dan nk bersalin di m’sia.sepanjang dia dlm tempoh mengandung tak pernah buat pemeriksaan klinik dan buku merah.bolehkah kawan saya daftarkn kelahiran anaknya d JPN???

    • Wslm Pn. Nur,

      Saya tak pasti.

      Kalau tak daftar nikah di Malaysia, masa daftar nanti anak dia dianggap tiada bapa.

      Kalau tak ada bukti pemeriksaan klinik, rasa risau bermasalah untuk daftar di Malaysia. Lebih baik rujuk kes ni kepada JPN segera sebelum dia bersalin.

  • assalamualaikum tuan , saya nak bertanya , saya sekarang sudah berumur 19 , bapa saya sudah meninggal dunia tiga tahun lepas , dan mak saya masih ada lagi , tetapi mak dan bapa saya tiada sijil nikah , mak saya orang indonesia , bapa saya orang malaysia , tuan boleh ke kalau saya nak memohon ke jpn untuk mendapat kan surat beranak dan ic untuk saya , kerana saya cuma ada surat lahir di hospital (HKL) sahaja , tolong tuan beri kan saya sebarang penjelasan supaya saya boleh hidup dan ada masa depan seperti orang lain juga , sekian terima kasih ,

  • masalah saya isteri bersalin di hospital…. tetapi sy tiada di malaysia… berkerja di luar negara…. masa pendaftaran di jpn…. mereka telah taip maklumat tidak diperolehi di ruang bapa…. sbb isteri tiada apa2 dokumen masa itu….. sbb isteri asal sabah nikah di sabah… tinggal semua sijil dia sabah…. dan tiada ic saya time daftar…. isteri keluar dari hospital diurus bapa mertua saya…. bagaimana nak masukkan maklumat saya…. adakah cara… sbb sudah 4 tahun baru perasaan…. sbb baru isteri tunjuk pada saya….. nama anak pun salah…. kalau ikut muhammd razak bin muhammad nik al amin….. tetapi dia org silap taip letak nama muhammad razak al amin bin abdullah…. apakah cara penyelesian ini…. sy masih buntu….anak bukan luar nikah…. sy nikah 01 januari 2012 manakala anak lahir 19 april 2013…..sijil nikah masih ada…. bagaimana cara sy nak buat semua urusan ini…. nak letak bin nama saya dan memasukkan maklumat bapa yg tertulis sekarang maklumat tidak diperolehi…. time kasih

  • Salam..masalah sy bkenaan sijil nikah sy didapati palsu..kami bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama suami sy di kedah..mungkin kami ditipu sindiket..utk daftar seperti biasa kami tak berani..takut diketahui oleh isteri pertama suami..kami buntu..sy mengandung anak kami..dan risau akan jadi masalah pdaftaran anak di jpn..advice plz..

  • assalamualaikum, sy ada pertanyaan, kawan sy sudah 16 tahun tiada dokumen seperti sijil kelahiran,ibu org indonesia dan ayah org malaysia ,tp saat dlm kandungan ayah telah lari sampai skrg tidak dpt dikesan , jadi urusan untuk pendaftaran sijil kelahiran tidak dapat dibuat sehingga kini,surat nikah pun tidak dapat dikesan saat ayah melarikan diri, kawan sy lahir disini ,di HKL . sudah 16 tahun dia hidup tanpa apa apa dokumen, nak belajar tak boleh dan mcm mana nnti nak kahwin. so ade tak cara lain untuk mendapatkan sijil kelahiran? ape proses dia kalau ada tuan. yg ada cuma surat bukti lahir di hkl sahaja. dia sekeluarga pun dah buntu apa lgi perlu dibuat untuk mendapatkan dokumen diri. harap tuan boleh bantu .terima kasih

  • Assalamualaikum. Tumpang tanya. Saya baru lepas lahirkan anak bongsu saya, boleh ker daftar sijil kelahiran anak tanpa ic asal dan sijil kahwin asal? Oleh sebab saya dan suami ingin bercerai. Sijil kahwin asal pada dia. Saya dah minta dia datang kerumah tapi dia enggan katanya anak yg saya lahirkan nie bukan anak dia.

  • Assalammulaikum..adakah sistem jpn da menyimpan maklumat peribadi ibu..contohlh si ibu telah melahirkan anak luar nikah nazubillah..dan telah mbuat sijil lahir tuk anak tersebut kemudian si ibu melahir kembali anak seterusnya( telah berkahwin)..adakah masih perlu membawa dokumen lain termasuk sijil nikah..atau automatik sistem/jpn akan mebuat sijil lahir anak yang dilahirkan itu sebagai anak pertama atau kedua?..tq

    • Wslm Pn. Yann,

      Saya rasa JPN memang simpan semua maklumat yang telah kita daftarkan sebelum ini. Apa-apa, terus bincang dengan JPN. JPN memang akan daftarkan semua samada anak luar nikah atau anak sah taraf.

    • Nak tanya,sya bersalin ank no 9 di hkl,dan pada masa itu sya berpantang di perak..dan telah pun daftar kan sijil kelahiran anak di jpn perak,dan pada masa yang sama,kad nikah,potostat sijil nikah dan buku posnatel semasa mengandung semua lengkap kecuali sijil nikah asal sahaja yang tinggal di kl..soalan saya,bolehkah saya ambil sijil kelahiran anak saya di jpn kl?sebab saya sudah pun berada di kl sekarang.

  • sijil nikah saya dan kad nikah saya salah tahun lahir
    patut 1973 tp tulis situ 1978
    saya dah kahwin 13 tahun anak dah 3
    perasan sebab brm tahun ni tak lulus fasal alasan perlu pengesahan perkahwinan
    boleh bantu tak

  • Aslm. Betul ke kalau budak yg lahir tk cukup bulan(5bulan lebih)pd ic dia nnti tiada nama bapa. Sy ad bca tntg anak tidak sah taraf lahir tk cukup bulan tidak bleh berbin/bintikan nama bapa. Walaupun ank tu adlh ank hasil lepas prkhwinan(bukan ank luar nikah)

  • Nak tanya..isteri saya akan melahirkan
    Anak ke 3 kami..anak 1 dan 2 sudah didaftarkan dan ada mykid.
    Sekarang ni surat kahwin saya asal agak lusuh/koyak tapi dah tape kan masih boleh dibaca lagi sebab kena banjir masa di kampung..boleh pakai lagi ke utk daftar anak ke3 saya ni??

  • Salam
    Sy miza sy org indonesia nikah dg wrg ngr malaysia.
    Kami dh cerai tp tetap satu rumah dn kmi punya anak kami daftar k jpn tp xde bin kn ayahnya
    Mcm mn nk binkan ayahnya?

  • assalam encik , sy nk tnya .. sy skrng tngh mengandung 9 bulan anak luar nikah .. tapi xprna buat check up kt mna2 hospital kerajaan@swasta .. agak2 nnti bila dh bersalin kt klinik swasta mcm mna nk daftar sijil kelahiran tnpa buku kehamilan ???

  • Dh siap daftar sijil lahir ank .. tapi di sbb kan xbawak passport ayahnye berikutan ayahnye berada di luar negara sewaktu daftar sijil lahir ank .. mmg ank berbin kan ayah .. tapi maklumat ayah yg lain sperti umur dan lain2 di cetak sebagai maklumat tidak diperolehi ..

  • salam sejahtera. minta tumpang tanya, saya ibu mengandung yang bakal melahirkan anak bulan november. saya dan suami saya kahwin daftar secara sah di sisi undang undang namun kini kami hidup berpisah akibat perselisihan faham. saya khuatir masa saya mengambil surat beranak untuk anak saya suami saya tidak mahu ikut sama dan saya akan menhadapi masalah ambil sijil lahir. saya bersedia untuk buat ujian DNA jika perlu. boleh bagitahu saya cara untuk mengatasi masalah ini. lagipun kami berkhawin tahun lepas 27/09/2017 dan belum sampai setahun suami saya tuntut cerai dari saya.

  • salam, nk tanya saya sekarang mengandung anak luar nikah, tapi saya ada buat check up di klinik swasta, susah kah saya ingin membuat surat beranak anak saya nanti kalau sudah lepas bersalin kelak?

    terima kasih.

  • salam,
    sy nak tanya. sy lewat mndaftar nikah di malaysia. sy nikah di thailand. istri sy x lama lg akan bersalin. boleh ke sy membuat surat beranak anak sy nanti tanpa sijil nikah malaysia?

  • Assalamualaikum ..untuk mkluman sya isteri ke2 dh hmpir 5 thn bernikah d thailand ank sya ada sijil lahir dan mykid.utk sek perlu juga sijil nikah mlysia ke ? Dokumen utk rujuk mahkamah dh siap tp msih blum ada ksempatan .

  • Assalamualaikum

    nak tanya, tunang saya skrg ni umur 22 tahun lahir kt malysia tp membesar kt indonesia dan kembali ke malaysia dh hmpir 7 tahun tp xdpt ic lagi..surat beranak ada. Bila pegi jpn putrajaya kata tak boleh buat ic sbb xde salinan surat nikah mak ayah dia.. mak ayah dia pun dulu nikah kt surau je jd xdaftar kt pjbt agama..ayah dia skrg dh meninggal dan mak pula hilang ntah kemana. jd skrg ni jpn tukar surat beranak dia jd surat branak bukan warganegara….macam mana ya? dia xde ic dan kami nak kahwin pun tak boleh..

  • Hai…tumpang tanya…macam mana na keluarkan isteri dalam hospital sebap isteri sy baru siap bersalin tapi sy tak ada surat nika lgi…sedangkan dokter tu cakap klu nak keluarkan isteri and bby dekat hospital kena ada surat nika..tpi sy masi belum ada surat nika..apa perlu sy buat..

    • Nak tanya,sya bersalin ank no 9 di hkl,dan pada masa itu sya berpantang di perak..dan telah pun daftar kan sijil kelahiran anak di jpn perak,dan pada masa yang sama,kad nikah,potostat sijil nikah dan buku posnatel semasa mengandung semua lengkap kecuali sijil nikah asal sahaja yang tinggal di kl..soalan saya,bolehkah saya ambil sijil kelahiran anak saya di jpn kl?sebab saya sudah pun berada di kl sekarang.

  • Salam.. Encik sy nk tnye.. Sy brkhwin dgn org bgldesh skrg sy sdah bercrai dn dia pun sdah blik ngra asal. Mse tu sy mngdung.. Pihak mhkmah sdah ambik sijil nikah.. Skrg ade surat cerai sje.. Jdi blh ke nk dftarkn ank tnpa sjil nikah and pasport ex- suami?

  • Asalam sy nk tya,kalau dlm surat beranak ank binti bapa ade, maklumat bapa hnya ade nama dia sahaja akan dtg blh sekolahkn anak atau tidak? Sbb sy brjauhan slame 2tahun lebih.

  • Nak tanya saya berumur 16 sekarang dan saya menikah berumur 14 saya berkahwin sirih bersama ustaz dan keluarga di masjid dan saya sekarang mengandung 4bulan saya dah buat check up kat klinik adakah saya bisa mendapatkan sijil lahir Karna saya surat beranak dan suami saya kosong dan kami tidak ada sijil nikah apakah yang harus saya buat

  • Saya jg mnghadapi masalah yg sama bila isteri melahirkan anak ke 5 baru2 ni… Kenapa lah dorg xcheck je rekod kelahiran sblm ni

  • Saya nak tanya..saya ada sijil nikah tapi ( luar negara punya) adakah ia diterima untuk mendaftarkan kelahiran ank saya??

  • Nak tanya,sya bersalin ank no 9 di hkl,dan pada masa itu sya berpantang di perak..dan telah pun daftar kan sijil kelahiran anak di jpn perak,dan pada masa yang sama,kad nikah,potostat sijil nikah dan buku posnatel semasa mengandung semua lengkap kecuali sijil nikah asal sahaja yang tinggal di kl..soalan saya,bolehkah saya ambil sijil kelahiran anak saya di jpn kl?sebab saya sudah pun berada di kl sekarang.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >