MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kelahiran Baru: Awasi Penyakit Kuning

January 27, 2009

Rawatan fototerapi untuk bayi yang terkena penyakit kuning – jaundis (foto hiasan)

“Maaf encik. Anak encik kena tahan sebab bacaan kuningnya terlalu tinggi. Kalau bacaannya terus naik, mungkin darahnya terpaksa ditukar!”

Terkejut.

Berita Aisyah (anak pertama) terkena penyakit kuning (jaundis) membuatkan hati kami risau dan gundah. Belum seminggu bergelar ayah/ ibu, kini anak kami terpaksa dimasukkan ke wad – di Hospital Kuala Terengganu pada tahun 2004.

Tak Tahu Penyakit Kuning

Sakit kuning katanya. Ish, saya tak berapa tahu penyakit itu. Masa bersalin, doktor dan jururawat bersalin tak pernah beritahu dan ingatkan kami tentang langkah-langkah penjagaannya. Dan tak ada sesiapa yang ‘ingatkan’ kami tentang risikonya pada bayi.

Dua tiga hari pertama kelahiran anak pertama kami sungguh keletihan. Waktu tidur dan rehat tak menentu. Kami memang tak biasa berjaga malam. Aisyah pula agak kuat menangis – mungkin juga kerana lapar. Susu ibu tak banyak, dan kami tak guna susu botol kerana bajet.

Bahaya: Banyak Tidur, Kurang Menyusu

Kalau Aisyah tidur, itulah peluang untuk kami tidur. Kalau lama dia tidur, lama jugalah kami berpeluang merehatkan diri. Sedangkan, bayi yang terlalu banyak tidur dan kurang menyusu, sangat berisiko untuk terkena sakit kuning. Malangnya, kami tak tahu akan risikonya pada ketika itu.

Aisyah nampak kekuningan, tapi kami tak bawa berjumpa doktor sebab matanya tak berapa kuning lagi sedangkan kuning pada mata adalah petanda kuningnya pada tahap kronik!

Pengalaman Pertama Sebagai Ayah/ Ibu

Pengalaman pertama sebagai ayah dan ibu, kami banyak belajar melalui kesilapan. Satu persatu kesilapan. Mangsanya adalah Aisyah! Oh, apabila memikirkan tentang kesilapan itu, kami rasa sangat bersalah pada Aisyah kerana tak betul-betul bersedia menyambut kelahirannya. Kurang ilmu, dan kurang membaca (belajar).

Tips Pengawasan

Ketika menyambut kelahiran Amal (anak kedua kami), kami agak bersedia. Jururawat dan kaunselor di Pusat Perubatan An-Nisa Kota Bharu memberi input yang cukup baik tentang pengawasan penyakit itu. Antara tipsnya:

1. Pastikan bayi menyusu setiap dua jam. Paling baik susu ibu. Jangan biarkan dia banyak tidur. Kalau tidur, kejutkan dia. Dia menangis tak apa, sebab bayi beriadah dengan menangis.

2. Sentiasa awasi kekuningan pada bayi. Tekan-tekan pipi atau dadanya. Kalau kulitnya kelihatan kuning dan lambat kembali merah, bawa jumpa doktor. Mungkin dia perlukan rawatan fototerapi.

3. Daftarkan ke klinik desa kalau duduk di kampung. Jururawat akan datang ke rumah secara berkala untuk awasinya disamping berkongsi teknik menjaga bayi. Kalau di bandar, bawalah bayi ke klinik untuk pemeriksaan terutamanya pada hari ke-3 atau ke-4 kelahiran.

4. Tak perlu jemur bayi di bawah matahari. Ia boleh memudaratkan kesihatan yang disebabkan sinaran UV – ozon nipis.

5. Jangan bagi susu kambing. Ia tak membantu bahkan boleh memudaratkan bayi – tak sesuai untuk bayi.

Tentang Penyakit Kuning

Penyakit ini sebenarnya berisiko pada 7 hari pertama kelahiran. Lepas minggu pertama, insyaAllah dah kurang berisiko sebab badan (hati) bayi mempunyai daya tahan untuk mengeluarkan kuning (bilirubin dalam darah). Lebih kurang 50 peratus bayi baru lahir hari ini terkena penyakit ini.

Tapi jangan pandang remeh. Bayi boleh menjadi pekak, dan kemungkinan kerosakkan otak disebabkan jaundis!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
16 Januari 2009

Untuk ibu bapa yang bakal sambut kelahiran baru, studylah sikit sebanyak tentang penyakit jaundis. Supaya kita lebih bersedia…

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • salam..thank for the info about ‘demam kuning’…erm sebenar arini adalah hari yang ke 17 ari saya dalam pantang dan baby mmg kena kuning…salah satu puncanya baby dilahirkan melalui kaedah vacuum dan jenis darah ‘o’…bacaan terakhir tahap bilirubin adalah 216…ksian tgk baby asyik kena amik darah…

  • Thanks for the info. walau melahirkan anak yg ke-4, saya naif tentang penyakit kuning(jaundis). Saya biarkan anak tidur lebih dari 2 jam waktu siang dan akhirnya bacaan jaundisnya menjadi tinggi hingga masuk wad. Hari ini bacaannya pada 14.2. Esok my princess kena ambik ujian darah lagi. Sedih betul…..kerana saya tidak arif dgn penyakit ini

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >