MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Langsaikan Hutang Cara Nabi

February 24, 2009

Debt Free

Pagi Ahad lalu, ketika berusrah dengan adik-adik kampus (KSKB Sg. Buloh), ada yang bertanya persoalan riba dalam muamalat – ekonomi. Kebetulan tajuk yang kami bincangkan masa tu ialah “Islam Sebagai Ad-Deen”.

Syawal, salah seorang sahabat (anggota usrah) kongsikan ilmu yang pernah dia belajar katanya;

“Kalau kita bagi pinjam motor, tapi bagi syarat kena isi minyak penuh, itu pun dah dikira riba!” – Syawal

Yer, memang betul. Itulah riba yang sangat realiti dengan pelajar kampus. Beri pinjam, dengan syarat dapat keuntungan itu dikira riba.

Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini, tak ada konsep untung dalam memberi hutang/ pinjaman, kerana ia adalah konsep ta’aawun – tolong menolong.

Cara Terbaik Membayar Hutang

Walaupun begitu, Tuhan itu Maha Adil. SyariatNya tak membenarkan kita kaut untung bila beri hutang.

Walaupun begitu, Dia mengajar kita melalui Nabi S.A.W supaya orang yang berhutang langsaikan hutang dengan cara yang paling baik supaya si pemberi pinjam juga ‘tak rugi’ iaitu;

Pertama, bayar lebih dari nilai kita pinjam.

Bayar lebih ini tak boleh disyaratkan semasa aqad (persetujuan) pinjaman. Ia adalah atas dasar sukarela si penerima pinjaman ketika nak bayar hutang sebagai membalas jasa baik si pemberi hutang yang menolongnya.

Kalau si peminjam secara ikhlas mahu membayar lebih (sebagai membalas budi) ketika aqad pinjaman, ia tetap riba (haram). Riba tak boleh terhapus kerana “ikhlas”.

Ikutkan pengalaman, saya akan bayar balik kepada orang yang memberi hutang lebih dari nilai yang saya pinjam – sebagai balasan atas jasa baiknya membantu saya.

Nilai “lebih” tersebut saya kira berdasarkan berapakah keuntungan yang boleh dia dapat kalau duit itu dilaburkan dalam Tabung Haji.

Alasannya, saya biasanya simpan duit dalam Tabung Haji kalau tak digunakan dan nilai pulangannya agak konsisten dan sederhana – tak begitu rendah, tak begitu tinggi.

Kedua, bayar secepat mungkin sebaik sahaja ada kemampuan.

Jangan bertangguh-tangguh.

Selesaikan hutang lebih awal daripada tempohnya bukan sahaja dapat pahala, bahkan hidup kita jadi lebih ceria. Seperti terangkat satu bebanan yang memberatkan hidup kita.

Alhamdulillah, setakat ini, pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, dan semua hutang-hutang lain, semuanya Allah permudahkan saya untuk langsaikan jauh lebih awal dari tempohnya. Memang lega benar rasanya...

Dua cara ini adalah iktibar yang kita boleh dapat daripada hadis Nabi S.A.W;

Hadis 1 – Hutang Unta Nabi S.A.W

“Yang terbaik di kalangn kamu ialah orang terbaik melunaskan hutangnya” (H.R. Muslim)

Hadis ini bersempena dengan kisah Abu Raafi’ yang diminta oleh Nabi S.A.W supay menyerahkan unta kepada seorang lelaki yang telah meminjamkan seekor unta muda kepada Nabi S.A.W. Nabi meminta Abu Raafi’ mengambil unta (milik Nabi S.A.W) untuk diberikan kepada lelaki tadi sebagai bayaran hutang unta tersebut.

Abu Raafi’ memberi tahu Nabi S.A.W bahwa unta muda sebagaimana yang dipinjamkan oleh lelaki tadi tidak ada, tetapi yang ada hanya unta terbaik dan terpilih. Nabi memerintahkan Abu Raafi’ supaya memberikan unta yang terbaik lagi terpilih tersebut kepada lelaki tadi dan menyatakan sabda di atas.

Hadis 2 – Hutang Nabi S.A.W Dengan Jabir

Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. telah berhutang dengannya dan Nabi S.A.W. telah membayar hutang tersebut dengan memberikan tambahan. (Hadis Riwayat Bukhari, Mulim, dan Ahmad)

Berbalik kepada contoh awal tadi, bagi pinjam motor, kalau nak dapat ‘keuntungan’, caranya bukan bagi pinjam, tetapi bagi SEWA. Sewakanlah motor dengan nilai “isi minyak penuh”, barulah ia tak jadi riba.

Sekadar berkongsi. Wallahu a’lam.

Zulkifli

Damansara Damai

24 Februari 2009
28 Safar 1430H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • […] Ini konflik biasa bila nak pinjamkan duit kepada orang. Kalau mereka faham, sepatutnya mereka bayar lebih dari nilai yang kita pinjamkan dulu sebab memang itulah cara Nabi s.a.w langsaikan hutang. Bayar lebih dari apa yang kita pinjam. Tapi ramai orang tak faham pasal perkara ni. Saya pernah tulis isu ni dalam artikel “Beri Hutang, Bukan Jalan Membuat Untung” dan “Langsaikan Hutang Cara Nabi“. […]

  • […] Ini konflik biasa bila nak pinjamkan duit kepada orang. Kalau mereka faham, sepatutnya mereka bayar lebih dari nilai yang kita pinjamkan dulu sebab memang itulah cara Nabi s.a.w langsaikan hutang. Bayar lebih dari apa yang kita pinjam. Tapi ramai orang tak faham pasal perkara ni. Saya pernah tulis isu ni dalam artikel “Beri Hutang, Bukan Jalan Membuat Untung” dan “Langsaikan Hutang Cara Nabi“. […]

  • Saya jual moto vespa 2nd rm3500.. tp pembrli x mampu dan kami bersetuju byrn pertama rm1500 manakala bulan2 berikutnya rm200x12 bulan jumlahnya menjadi rm3900. Adakah ianya riba.. pohon beri jawapan.. musykil.. sy akan kurangkan kepada 10x sekiranya ianya riba.. 0197743268 -latfi, peminat blog sedara

    • Wslm En. Latfi,

      Cara yang patuh syariah ialah, jual harga yang dipersetujui siap-siap. Contohnya, harga dipersetujui RM3,900. RM1,500 dibayar secara tunai. Selebihnya dibayar secara ansuran sebanyak RM200 sebulan. Kalau harga RM3,900 tapi dia kena bayar extra caj RM400 sebab tak mampu bayar, saya rasa urusniaga tu bermasalah.

      Wallahu a’lam.

  • tuan,sy ada 2 loans yg sy mmg byr lebih tiap2 bulan. yg pertama,hutang kereta yg brbaki rm11000, dan yg kedua,hutang personal personal loan yg berbaki rm24000. hutang kereta tu sy buat kira2, jika sy maintain byr sprti sediakala,insyaAllah hjg thn dpn blh full settle(perjanjian 7tahun,tp tahun ke4 dh blh full settle).hutang personal tu pulak mungkin lg 3,4tahun baru blh full settle.

    soalannya,sy skrg sdg brkira2 nk beli rumah.jd sy plan nk buat personal loan yg baru utk cover 2 loans d atas tu sb sy nk apply loan rumah pulak.so sy blh la fokus utk byr lg 1 loan kereta, personal loan yg baru dan loan rumah instead of bayar 2loan kereta, personal loan di atas dan loan rumah. betul ke tindakan sy tu?skrg sy kena byr rm1000 utk both loans.

  • Assalamualaikum En. Zul, saya pembaca tegar penulisan en. Zul since 2012.
    Saya nak mintak pandangan en. Zul dan jugak pembace setia blog ini.
    Semenjak bace blog ni, saye da amalkan care urus wang dan hutang (buku ZERO HUTANG saya da bace, very inspiring), dan ketike ini saye buat 3 tabung savings: unit amanah, tabung haji dan public gold. Masalah saye adelah ibubapa saye di kelilingi hutang yang banyak sangat dan mereka baru di isytihar bankrup (Julai 2015). Mereka tak ade saving langsung dan tak serius bekerja. Pendapatan ayah RM 800, ibu pula RM 300. Sejak saya sekolah lagi saye sering ingatkan mereka untuk buat saving walaupon RM 10 sebulan, namun sampai sekarang mereka masih tak buat ape-ape pon. Saye ade suruh mereka cari kerje makan gaji namun ego mereka sangat tinggi, tak mahu makan gaji, malah asyik tengok tv dan berwhatsapp dan berfacebook. Saye buntu. Mereka tak ade rumah langsung (sampai sekarang kami menyewa) dan tak ade saving menyebabkan saye begitu tertekan sekali. Even saye nak beli goreng pisang tepi jalan pon saye akan fikir 100 kali (kerisauan melampau walaupon nak beli street food). Untuk pengetahuan en zul saye baru bekerja, savings pon tak banyak lagi. Dan perkare yang selalu membuat saye marah adelah setiap kali keluar mereka akan terus poin saye untuk bayar itu ini (petrol, tol, makanan dan barang keperluan lain) tanpa bertanye saye ade duit ke tidak. Saye bukanlah berkire, tapi saye tak SENTIASE ade duit.
    Bantulah saye, share guidelines so that saye tak jadi anak yang derhake.
    Terima kasih banyak2.

  • Assalamualaikum,
    Sedekah dan pinjaman pd syariatnya perlu dilunaskan pinjaman dahulu sbb pinjaman itu wajib di jelaskan tetapi mcm mana ketika kita d datang dgn org minta derma,infak,sedekah utk msjd ,org yg perlu blnja utk pembedahan,perlu ka kita elak demi krn kita ada hutang,dan blh kah kita terima zakat..

    • Wslm En. Abdul Rahman,

      Apa yang saya faham, kalau hutang berbentuk ansuran, janji kita boleh bayar ansuran bulanan dengan baik, bersedekah tak ada masalah. Tapi kalau ansuran hutang tu tak mampu bayar, memang keutamaan ialah bayar hutang tu dulu.

  • Assalamualaikum tuan.
    Saya dahulu pernah tak bayar duit makan asrama saya. Tapi tak pernah kena tangkap sebab ketika itu sekolah saya masih kekurangan sistem untuk tengok siapa tak bayar. Saya rasa bersalah dan saya mahu bayar balik semula. Tapi pada masa yang sama saya tak jumpa no akaun sekolah tersebut dan sekolah tersebut agak jauh untuk saya pergi semula. Saya ingin bertanya kepada guru yang masih di sana tapi malu dan takut dihukum. Bolehkan tuan bagitahu macam mana saya boleh jelaskan hutang saya ni?

    • Wa’alaikumussalam Pn Shafiqah.

      Kalau saya di tempat Pn Shafiqah, saya akan contact guru sekolah tersebut dan minta nombor akaun bank untuk saya sampaikan sedekah. Saya akan bagitahu saya nak bagi sumbangan untuk pembangunan sekolah.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >