MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Result SPM dan Hakikat Kejayaan

March 16, 2009

Kejar Dunia

“Mama, Hafiz dapat berapa SPM?”

“Em, Apit tak ambik lagi result dia. Dia pun tak nak tahu. Dia nak ambik sendiri. Tapi Abah tanya kawan Abah, katanya dapat 9A! 7 1A, 2 2A, dan 1B...”

“Alhamdulillah... apa yang B tu Ma?”

“Bio (biologi)... memang dia rasa tak sedap dah hari tu”

“Ooooo”

Antara perbualan saya dengan Mama pagi tu. Tahniah pada adik bongsu saya yang dapat cemerlang. Walaupun dia sedikit terkilan tak dapa 10A seperti kawan-kawannya, tapi result tu dah cukup baik.

Hakikat PMR dan SPM

Saya teringat masa dia dapat result PMR dulu. Memang dia sedih sangat-sangat bila result 7A 1B!...

Saya cuba yakinkan dia supaya dia lebih tenang. Result PMR, SPM adalah nothing sebenarnya.

PMR cuma syarat nak pilih aliran kelas ke tingkatan 4. Kalau dapat aliran yang kita nak, kita dah kira berjaya. Masuk saja hari pertama tingkatan 4, semuanya start balik dengan 0-0. Yang dapat 8A pun kena balik pada 0!

Bezanya, sapa dapat 8A, dia famouslah sikit. Famous pun sekejap jer...

SPM pun sama.

SPM Cuma Pra-syarat ke Universiti

Ia cuma syarat nak pilih bidang pengajian masa universiti. Kalau dah cukup syarat untuk masuk ke bidang pilihan kita, itu dah dikira berjaya. Masuk saja hari pertama di IPT, semuanya kembali kepada kosong. 0-0. Episod baru akan bermula.

“Jangan risau, dapat 9A pun dah cukup baik. Asalkan kita ada agama, jaga solat, insyaAllah. Akhir sekali kita berjaya juga.”

Saya cuba yakinkan Hafiz.

“Tapi kalau dapat 10 A pun, tak solat, tak berakhlak, tak beragama, akhirnya kita akan gagal juga...”

Saya cuba nampakkan perspektif sebenar berjaya atau gagal dalam kehidupan. Ye lah, mana ada orang hidup bahagia tanpa agama. 

Dapat SELESA adalah... Tapi BAHAGIA tak dapat kalau tak beragama.

Selasa Belum Tentu Bahagia

Tuhan jadikan manusia ni ada tubuh rohani (roh), ada tubuh jasmani (jasad). 

Tubuh jasmani yang dikelilingi oleh harta dan material memanglah selesa hidupnya, tapi tubuh rohani perlukan Tuhan. Ia perlu dekat dengan Tuhan baru dia bahagia. Baru dia RASA cukup segala-galanya...

Orang yang dekat dengan Tuhan, orang pun suka. Dia baik depan manusia, mahupun belakang manusia. Kalau dia bekerja, dia tak akan menyelewang. Kalau dia berniaga, dia tak akan tipu pelanggan.

Semalam, sepagi saya keluar cari pomen nak service dan repair kereta saya bersama Abah. Abahlah yang lebih tahu workshop mana yang bagus di Pasir Mas atau Kota Bharu.

Workshop Bertaqwa Disukai Pelanggan

Dan memang saya lebih suka service kereta di Kelantan berbanding di KL sebab lebih mudah dapat workshop yang saya boleh percaya (berintegriti).

Dia buat kerja betul-betul, caj harga yang sederhana dan lebih mesra pelanggan. Dan saya yakin, apa yang disyorkan oleh pomen, adalah apa yang terbaik untuk SAYA, bukannya yang terbaik untuk DIA.

Kat KL ni risau sikit... Sebabnya rosak sikit asyik nak tukar jer. Benda yang boleh repair pun nak ditukar baru. Matlamat dia (workshop) adalah duit, duit, dan duit. Habis duit kita kena kikis – kena tipu sebab tak berapa reti pasal kereta.

Tapi di Kelantan lain sikit. Lebih mudah dapat workshop berintegriti. Walaupun duduk di KL, saya lebih gemar cari pomen di sana.

Orang Baik, Pasti Berjaya

Moralnya, orang yang berintegriti ni disukai oleh manusia. Semua orang suka.

Kalau berbisnes, bisnesnya akan maju sebab orang pecaya pada dia dan semua orang akan cari dia.

Integriti, dalam bahasa agamanya adalah TAQWA.

Orang bertaqwa, jangan risau. Allah dah janji kejayaan bagi dia.

Kalau tak dapat result exam macam apa yang kita harapkan pun tak apa. Yang penting kita dah buat (usaha) terbaik, dan kita ambik berat pasal agama.

Kejayaan hanyalah tentang persoalan masa. Asalkan kita sentiasa cari jalan untuk bertaqwa, insyaAllah Tuhan akan permudahkan jalan untuk berjaya. InsyaAllah...

Zulkifli
Damansara Damai
16 Januari 2009

19 Muharram 1430H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >