MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pertama Kali Main Paintball

April 14, 2009

Staff Breakway 2009


Staff Breakaway 2009 (Group 4) di AnCasa Allsuits Resorts & Spa, Port Dickson.

 

 

Dah lama nak try, tapi bulan lepas baru dapat rasa main paintball (alhamdulillah). Sebelum ni memang ada kawan-kawan ajak, tapi tak berpeluang main free!

Riadah Free

Nak main paintball berbayar mahal la pulak. RM50 – RM100 sekali main. Daripada habis duit untuk main (riadah) dan keluar peluh, last-last kira jogging pusing Damansara Damai dah la. Keluar peluh juga, dan yang penting jimat duit.

Memang saya tak gemar beriadah yang perlu keluar duit ni. Rugi, sebab banyak lagi alternatif lain yang lebih murah. Kalau kawan-kawan ajak main futsal berbayar, ah, saya tak pernah join lagi setakat ni.

Kalau main futsal free di court terbuka macam kat Kg. Melayu Sg. Buloh, dan kat Paya Jaras Sg. Buloh, barulah saya pertimbangkan untuk join. Kalau tak, lebih baik habiskan duit bagi anak-anak dan isteri makan yang special sikit.

Staff Breakaway

Bulan lepas company hantar pergi Staff Breakaway (team-building) kat Ancasa Allsuits Resort & Spa, Port Dickson. Lebih kurang 40 staff yang kena pergi. Program dua hari satu malam. 18 – 19 Mac 2009.

Teambuiding ni macam pergi main atau bercuti jer la. Sesekali keluar dari pejabat. Program belajar sambil releks, dan santai. Dikendalikan oleh Learning Edge Consultants.

Aktiviti paintball di lapangan paintball Corus Hotel.

PaintballDalam banyak-banyak aktiviti, yang paling bestnya ialah paintball. Dalam ramai-ramai peserta, cuma dua orang jer yang pernah main. Yang lain semua tak pernah – termasuk saya.

Masa briefing session tu rasa macam ‘takut’ jer. Terkejut bunyi kuat senapang (“Marker” – istilah paintball) dia. Tapi bila dah main, memang tak ingatnyer. Kena tembak pun rasa tak sakit sebab masing-masing excited.

Bila lepas main, tu dia. Lenguh rasanya kaki dan peha. Cek seluruh badan, ada 4 kesan lebam. Dua kat bahu, satu kat siku, dan satu lagi kat betis. Yang kat betis sampai keluar darah – pecah kulit sebab kena tembak dari jarak kurang 2 meter. Rasanya parut tu akan kekal.

 

 

Mendengar Taklimat

Mendengar taklimat dari ketua marshal/ pengadil (berbaju belang putih).

Komando “Green Baret”Dalam team building ni, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Saya dan kumpulan namakan kami “Green Baret”. Nama bagi kumpulan komando. Saja jer letak nama tu, sebab nampak macam gah. Tak tahupun nanti ada main paintball.

Bila tiba main paintball, memang kumpulan kami benar-benar menonjol ‘sehebat’ Green Baret (komando). Ceehh… perasan pulak. Rekod tak pernah kalah - lawan 3 kumpulan lain.

Fuh memang penat. Saya dapat main 8 game. Setiap game, 4 orang sebelah. Misi kita ialah ambik bendera kat sebelah pihak lawan, dan bawak balik ke base (markaz) kita. Sebelum ambik bendera, kena tembak semua musuh dulu.

Bahaya Tapi Seronok

Bahaya, tapi seronok. Semua excited.

 

Final GameFinal game, kami lawan kumpulan Black Hawk. Team ni bahaya sikit sebab sorang player dia (Nasarudin) main cara kamikaze. Kalau lalai, tetiba jer dia dah duduk (tembak) kat belakang kita.

Final game main 3 round. First round kami kalah. Tak sampai seminit dah habis team kitaorang kena tembak kat si Nasa ni. Second game, kami main strategi “cross” sebab dah tahu cara Nasa. Masing-masing akan backup kawan-kawan. Second game, third game, kami menang! Alhamdulillah.

Ingatkan dah habis. Lepas jadi juara, team marshal (pengadil Paintball) bergabung dengan Learning Edge Consultant lawan juara. Hah… cuak jugak sebab team marshal ni memang berpengalaman. ‘Uniform’ diorang pun lengkap. Kalau kena tembak taklah sakit sangat.

Saya dan rakan-rakan, pakai biasa jer. Memang tak bersedia. Baju lengan pendek dan seluar track jer. Kalau seluar jeans okay jugak. Lepas main, tengok badan lebam-lebam. Sorang kawan cakap, “ish, kalau kena tembak anu macam mana!?”. Aa, aa.. saya tak terpikir pulak masa main. Excited punya pasal tak ingat pulak risikonya.

 

Bersiap Sedia

 

Bersiap sedia sebelum bertempur team Marshall. Dari kiri; Shazee (kapten), Nasa (import dari Black Hawk), Faizul, dan saya.

Dosa BesarGame ni sebenarnya bahaya. ‘Dosa besar’ dalam paintball ialah buka mask (topeng) dalam kawasan perlawanan. Mana-mana team yang bukak mask dalam kawasan ‘perang’, dikira kalah walaupun dia dah menang.

Nampak macam tak adil tapi sebenarnya itu syarat keselamatan. Kalau tertembak mata, hampir confirm akan buta! Sebab tu ia jadi rule paling penting dalam paintball.

Main Perang-perang

Main paintball ni, teringat pulak main perang-perang dengan kawan-kawan (kampung boy) masa kecik-kecik dulu. Kitaorang main dalam kebun abah. Guna getah dan kertas yang dilipat-lipat. Kalau kena memang sakit. Kekadang kami guna “bedil ghocoh” – pakai buloh kecil. Peluru dia pakai buah “nnera” – buah hutan saiz kecil.

Actually, dari kecil lagi teringin nak belajar menembak sebab dulu selalu ikut abah pergi latihan dan pertandingan kat lapang sasar. Kekadang ikut abah menebak burung kat sawah, dan tupai dalam kebun. Tapi sampai hari ni tak berkesampaian.

Masa sekolah menengah saya join Kadet Bersatu, tapi cuma dapat belajar kawad bersenjata jer – guna M16. Kat universiti masuk Askar Wataniah, tapi tak sempat pergi rekrut. Nak pergi rekrut masa tu, tapi naqib ajak pergi tamrin (kursus). So, hajat tak kesampaian.

Tentera Berkuda

Sebenarnya, belajar ilmu peperangan ni memang disuruh Tuhan. Tuhan suruh orang mukmin persiap kekuatan perang dengan apa yang termampu. Dalam Quran disebut tentera berkuda sebab itulah pasukan tentera yang paling digeruni pada zaman Nabi S.A.W. Zaman sekarang, mungkin tentera udara ataupun senjata nuklear.

Nabi pun suruh orang mukmin belajar berkuda (berkenderaan), memanah (menembak), dan berenang. Semua tu antara persiapan orang mukmin untuk berhadapan dengan musuh Islam sekiranya diperangi.

‘Ulik’ Anak-anak Dengan Letupan

Saya pernah terbaca buku tulisan Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam, pemimpin mujahideen Afganistan yang berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan mujahideen dan seterusnya berjaya mengusir tentera penjajah Rusia dari bumi Afghanistan.

Beliau menasihatkan para ibu-ibu supaya ‘uliklah’ anak-anak kecil dengan bunyi bom, dan letupan. Supaya anak-anak yang membesar dalam negara perang itu lasak, dan kuat untuk berhadapan dengan penjajah kuffar.

Dalam konteks kita, mungkin biasakan anak-anak dengan aktiviti lasak. Jangan terlalu dimanjakan. Kalaulah negara kita dijajah, kita tak akan menyerah diri bulat-bulat untuk disembelih oleh kuffar. Berpantang maut sebelum ajal…

Zulkifli
Damansara Damai
15 April 2009

 

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)” – Al- Anfaal 8: 60

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >