MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Panggillah Dengan Nama Yang Disukai

September 30, 2009

Panggil nama yang disukai
"Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina), dan jangan pula perempuan-perempuan (menghina) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dihina) lebih baik dari perempuan (yang menghina). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk..." [Al-Hujurat 49: 11]

Ayat ni Tuhan ingatkan kita supaya bila panggil nama orang, panggillah dengan nama yang baik dan disukainya.

Masa zaman sekolah dulu, seolah-olah jadi budaya pelajar sekolah mahupun universiti panggil nama kawan dengan nama yang tak disukai. Ejek mengejek seolah-olah perkara biasa. Akhir sekali, ada kawan saya lebih kenali bila disebut Dugong, Kebab dan macam-macam nama lagi. Kalau sebut nama sebenar, mesti tak kenal (tak tahu) siapa tuannya. Sedangkan nama yang mak bapak dia bagi dah cukup baik dan sedap didengar.

Sejak sahabat saya (Ustaz) Ameer Azeezy peringatkan saya tentang 'amaran' Tuhan dalam ayat ni masa kami di Kolej Islam dulu, saya tak begitu gembira tengok budaya ejek-mengejek dan memanggil nama kawan-kawan dengan nama yang buruk yang tak disukainya walaupun dengan niat nak berlawak. Sebabnya, ia ditegah Tuhan.

Saya rasa budaya ni akan terus berterusan terutamanya golongan pelajar selagi mereka tak dikeluarkan mereka dari satu penyakit, iaitu 'penyakit' jahil (tak tahu).

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum Amir,saya nak share sedikit sahaja, nama Saya Riswan Syahputra dari ACEH indonesia. tetapi orang lebih senang memanggil saya dengan sebutan abiel atau abil, dekarenakan saya berkenalan dahulu memakai nama samaran tersebut, untuk supaya lebih tren dan tidak kampungan, bahkan kini tidak ada keluarga kandung saya yang memanggil nama saya riswan.secara mental, saya juga senang dipanggil abiel atau abel..terasa lebih akrab..bahkan saya punya euncek di Malaya, macam tu juga.mereka memanggil nama abil.jadi macam mana menurut Amir??terimakasih

    • Wslm En. Abel,

      Selamat berkunjung ke blog saya. Pada pendapat saya, tak ada masalah asalkan nama tu tak mempunyai apa-apa maksud yang buruk, dan yang paling penting En. Abel sendiri suka dengan panggilan tu.. 🙂

      Wallahu a’lam.

    • Alhamdulillah! Terima kasih atas perkongsian ini. Saya telah hebahkan kepada individu2 yang memanggil saya dgn gelaran ‘mak limah’. Di mana saya cukup tidak suka dengan nama tersebut. Kerana kdg2 mereka memanggil nama ini dgn mengejek-ejek sehingga pernah mereka mengejek anak saya dgn panggilan ini. Jk dihayati lagu mak limah tersebut, mmg ada nada untuk mentertawakan di situ. Antara bait2 lirknya adalha ‘Sungguh lawa Mak Limah pandai menghias diri
      Sayang sedikit Mak Limah tak ada gigi
      ( Mak Limah sayang ).
      Mahu saja saya mmengatakan kpd stesen2 radio agar lagu tersebut tidak disiarkan lagi.

  • Masa saya kecik2 dulu kawan2 selalu gelar saya ‘badak’ dan ‘gajah’ kerana saya gemuk….huhu… sebab itu anak2 perlu dididik dari kecil supaya tidak mempermainkan, tidak mengejek dan menggelar kawan2nya dengan gelaran yg buruk, kerana itu akan meninggalkan kesan psikologi negatif kepada anak yang diejek itu…

    Namun buat masa sekarang, walaupun bukanlah digelar dengan gelaran yg buruk, saya masih tidak suka dengan gelaran di depan nama ‘Puan’ kerana saya masih ‘Cik’…huhu…entah kenapa orang panggil saya dengan gelaran ‘Puan’, mungkin saya nampak tua (dan memang saya dah tua pun)…huhu…tak tahu kenapa saya sensitif dengan gelaran ‘Puan’ tu….kadang2 terfikir kenapa org lelaki yang dah kawin @ belum kawin tetap digelar ‘Encik’ tanpa mengambil kira status perkahwinan, tapi tidak untuk perempuan…

    -mas-

    • Betul tu. Kita didik generasi baru supaya meninggalkan budaya ejek mengejek yang memang ditegah Tuhan.

      Untuk panggilan “Puan” tu, saya guna panggilan tu untuk menghormati seorang perempuan yang saya anggap matang especially bila saya tak tahu samada dia dah berumahtangga ataupun belum. Dan panggilan “Puan” tu adalah panggilan bersifat general… Selalu bila bagi ucapan umum, kita sebut “tuan-tuan dan puan-puan” walaupun adalah ramai “cik” di depan kita. Ia satu penghormatan yang bersifat general.

      Kalau saya panggil namanya sahaja, ia kurang sopan kalau perempuan tu lebih tua daripada saya, ataupun ia terlalu mesra kalau perempuan tu masih bujang. Bagi saya, ia panggilan yang normal especially bila kita tak tahu orang tu dah berumahtangga ataupun belum.

      So, Cik Mas jangan berkecil hati… Ia satu penghormatan, bukan penghinaan.

      Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >