MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kita Hidup Untuk Mati

June 24, 2010

Hidup Untuk Mati (1)

3 persolan tanpa jawapan

Kita lahir dengan tiga persolan yang tidak boleh dijawab oleh manusia, dan tak terfikir oleh akal. Walaupun apa pun agamanya, 3 persoalan ini sentiasa bermain-main difikiran setiap manusia yang berfikir iaitu persoalan;

1 - Dari mana kita datang;

2- Untuk apa kita datang; dan

3- Ke mana kita akan pergi.

Bila 3 persoalan ini tak dapat dijawab dengan pasti, manusia takut untuk mati, sedangkan mati itu pasti.

Benda yang tak dapat disebut namanya

Allah ingatkan kita di dalam Quran bahawa waktu kita dalam rahim ibu dulu, kita adalah benda yang tak dapat disebut namanya (Al-Insan:1). Bentuk bulat, macam ulat, macam alien dan akhirnya terbentuklah seorang manusia. Tapi bila lahir ke dunia, manusia mudah saja angkuh! Sudah lupa siapa dia, dan siapa Tuhan. Tuhan dah jadi tak penting bagi mereka. Mereka hidup perpandu pada akal dan nafsu semata-mata.

Ada manusia matlamat hidupnya untuk harta. Ada pula untuk dapat pangkat dan kuasa. Tapi bila mati, manusia tetap kembali ke tempat asal mereka iaitu Tuhan. Segala yang dicari dan diburu di dunia, dinikmati hanya di dunia yang sementara. Tak ada satu pun yang dibawa.

Manusia balik sehelai sepinggang

Allah ingatkan kita bahawa, kita datang (ke dunia) sehelai sepinggang, kita akan balik pada Dia pun sehelai sepinggang (Al-An'aam:94). Apa yang Allah beri (harta, pangkat, kuasa, kemegahan) semuanya kita tinggalkan di dunia. Yang kita bawa hanyalah amal soleh. Segala nikmat yang berupa harta, pangkat, kuasa, kemegahan, masa, umur, kesihatan dan sebagainya akan di 'audit' bagaimana kita manfaatkannya. Adakah untuk menghambakan diri pada Dia, atau sekadar memenuhi hawa nafsu di dunia.

Bertemu, bukan Perpisah

Manusia yang cintakan Allah, dia tak takutkan kematian. Kerana baginya kematian adalah BERTEMU (Tuhannya), bukan BERPISAH dari Dunia (keluarga, harta, pangkat dsb) yang sementara. Bagi mereka, Akhirat itu nyata, tempat tinggal yang akan di diami sampai bila-bila.

Beruntungya orang yang dapat mencintai Allah. Hidupnya sentiasa bahagia. Mereka senang dalam susah, gembira dalam duka. Kerana Allah sentiasa bersamanya. Moga Allah memberi 'rezeki' untuk kita mendapat cintaNya.

Wallahu 'alam.

Sekadar peringatan untuk diriku dan teman-teman.

Zulkifli
Damansara Damai
10 Ogos 2007
27 Rejab 1428

(Posting asal pada 10 April 2008. Disemak dan diterbitkan semula pada 24 Jun 2010)

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Bukan kacang sebarang kacang.
    Kacang melilit si kayu jati.
    Bukan datang sebarang datang.
    Datang membawa hajat di hati.

    Anak raja main congkak,
    Main congkak punya pelan ,
    Boleh saya tumpang bertanya,
    salam dihulur tanda persahabatan,

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME—WELCOME– WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ~~ÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛž~
    ~Ûž~ Kembara~Mahkota~~Johor~Ûž~
    ~~Ûž ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~Ûž~
    ~Ûž ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~Ûž~
    ~~ÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛžÛž~
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME– WELCOME– WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami… Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda…

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >