MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kekalkan ‘Nikmat’ Dengan Bersederhana

July 14, 2010

Untuk kekalkan nikmat sebagai nikmat, makan biasa-biasa sudahlah. Jangan biasakan bermewah-mewah. Sesekali tu boleh la, especially bila meraikan hari-hari teristimewa.

 

Alhamdulillah... baru jer lepas pekena satay tengahari tadi dengan kawan-kawan sepejabat di Satay Kajang Haji Samuri, dekat Uptown Damansara. Kenyang betul, sampai rasa macam pening-pening sikit. Mungkin terlalu kenyang - terlalu 'mewah'.

Tengah makan-makan tadi, terfikir juga, makan satay dah tak senikmat dulu. Dulu, kalau dapat makan satay, wah... special benar rasanya. Jarang-jarang dapat makan, dan jarang-jarang mampu makan. Tapi sekarang, anytime jer kalau nak makan. Mungkin nikmat dah tak jadi nikmat bila terlalu mudah nak dapat.

Makanan Mewah, Akhirnya Ke Tandas Juga...

Sebelum kerja dulu, memang tak biasa makan di hotel, di restoran mewah dsb. Fast food pun cuma sekadar KFC jer. Atau McDonald sekali sekala. Pizza Hut pun tak pernah makan. Tapi bila dah ada duit sendiri, dan sedikit berduit, macam-macam nak try. Pizza Hut, Kenny Rogers, Domino, Secret Recepi, Satay Kajang Haji Samuri dsb.

Dan bila ikut kawan-kawan pulak, 'terpaksa' makan di Chilli's, Ayutthaya, Victoria Station, Laksa Shake, Restoran Nelayan, dan macam-macam hotel di KL ni. Ah... semua restoran tu tak pernah saya kenal sebelum ni. Hanya kenal bila dah bekerja dan berkawan dengan kawan-kawan yang biasa ke tempat-tempat makan begitu.

Kekadang terfikir juga, makan mewah-mewah dan berhabis duit, akhirnya makanan tu terpaksa dibuang keesokan harinya - di lubang tandas. Tak ada apa yang special. Makan cuma sekadar untuk sihat dan dapatkan tenaga untuk terus hidup. Tak lebih dari itu.

Lebih Gemar Makanan Kampung

Dan bila fikir betul-betul, makanan kegemaran saya tetap makanan kampung. Makanan dan masakan orang kampung yang simple sahaja. Ada nasi, ikan atau ayam goreng, ulam, dan budu cap "Ketereh"! Uh, jauh lebih jelira (menyelerakan) berbanding makan di tempat-tempat mewah.

Kekadang isteri tanya saya, "Abang nak makan apa untuk celebrate?" Jawapan saya yang standard ialah Nasi Kukus atau Nasi Goreng USA Damansara Damai! Wah, itulah yang special bagi saya di Damansara Damai. Memadailah dengan itu. Lebih murah, dan lebih menyelerakan bagi bekas orang kampung macam saya...

Tapi kalau untuk celebrate isteri dan anak-anak, saya pergi ke tempat-tempat makan pilihan mereka, mengikut selera mereka.

Takut Hilang Nikmat Pada Nikmat

Dan satu lagi aspek yang saya terfikir, nikmat sudah hilang nikmat bila kita selalu dan terbiasa dengan mewah. Dulu kalau dapat makan KFC, wah... sangat-sangat special. Tapi sekarang, dah tak selera dengan KFC. Dah terlalu biasa.

Jadi, untuk kekalkan nikmat sebagai nikmat, makan biasa-biasa sudahlah. Jangan biasakan bermewah-mewah. Sesekali tu boleh la, especially bila meraikan hari-hari teristimewa. Kerana itulah hadnya nikmat dunia...

Wallahu a'lam.

Zulkifli

Damansara Heights

14 Julai 2010

2 Sya'ban 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • sedapny…last mkn satay hj samuri masa prktikal dkt hosptl kajang…djdkan menu berbuka puasa…Nikmat,tapi duit pun nikmat…itulah hakihat,nkmt perlu diperolehi dengan pengorbanan…(berniaga satay kjg hj samuri dkt swk mesti laku…he3)

  • […] Jadi nak bermewah boleh, tapi biarlah sesuai dengan emosi kita menanggungnya. Kalau tak mampu tanggung beban emosi tu, saya rasa kita lebih bahagia bila bersederhana (walaupun kita mampu lebih lagi) supaya dunia tu tak sangat membebankan kita. Carilah dunia sebanyak mana pun tak apa, tapi perpada-padalah dalam menikmati dunia. […]

  • As salam..
    Wah byk nikmat bacaan yg belum sya tatapi dlm blog Tuan. Alhamdullilah.. harap dpt mengali maklumat dlm blog Tuan.

  • asalamulaikum..en zul

    betul ler..dlu masa kecik2..nak makan satay sebulan sekali punya susah..yela org susah..adik beradik 5 org..semua kecik2..sya anak sulung..abah kerja sorg….sedih bila ingat…sekarang ALHAMDULILLAH..syukur dengan rahmatNYA…kami 5 beradik berjaya dengan karier masing2.wpun biasa2 jer…skang nak makan satay ..kami buat sendiri jer.. cedok resipi dri seorg otai peniaga satay keturunan jawa…ingat nk kembangkan bakat buat business.. tp belum ada keyakinan lg…jer bg petua sikit camner..nk bg ada keyakinan sikit…tq en.zul..:)

    • Wslm Pn Faezah,

      Alhamdulillah…

      Berniaga satay, untungnya bukan pada satay tapi pada nasi impit dan air. Untung satay tu sendiri sebenarnya tak banyak.

      Itu ilmu yang saya dapat masa belajar kelas usahawan penjaja dan masakan komersil bersama Chef Li.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >