MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Seronok Kerja, Baru Seronok Hidup…

Walaupun penat, tapi rasa puas...

Kalau itulah yang kita rasa setiap kali menjelang hujung minggu, mungkin itulah petanda kita bahagia dengan kerjaya kita sekarang, kata mentor saya.

Beliau bercakap tentang bagaimana orang berjaya di dunia berjaya dalam kerjayanya. Salah satu elemen penting ialah mereka dapat kepuasan hidup daripada kerjayanya.

Mereka bekerja bukan kerana duit, tapi ada yang lebih penting dari duit iaitu kepuasan hidup.

Cari Kerjaya Yang Kita Minat

Saya masih ingat pesan Pn. Yati, pensyarah saya di universiti dulu.

Katanya “Kalau awak nak cari kerja nanti, carilah kerja yang awak betul-betul minat. Walaupun gaji tak begitu besar buat permulaan, tapi awak akan berjaya”.

Waktu tu saya tak ambik serius pesanan tu. Hati kecil saya membalas, “Ah... Bila bekerja nanti, mestilah nak cari kerja yang boleh bagi pendapatan paling besar! Bukan sekadar minat...”.

Ketika tu, saya fikir, kepuasan kerjaya adalah pada pendapatan yang besar. Tapi bila dah bekerja, saya sedar rupa-rupanya pilih kerjaya hanya kerana pendapatan besar adalah satu kesilapan besar...

Kita tak boleh pergi jauh bila buat apa yang bukan menjadi minat kita.

Bila Minat, Kita Akan Berjaya

Realitinya, majoriti mereka yang berjaya dalam kerjaya, mereka bukan sahaja dapat kepuasan pada hari gaji, tapi sepanjang semasa mereka bekerja.

Kepuasan mereka adalah pada keseluruhan proses kerja. Dari awal hingga mendapat hasilnya.

Bak kata Tuan Azizi Ali (Mentor Kewangan No. 1 Malaysia), kalau tak dibayar sekalipun, kita tetap buat kerja itu! Secara sukarela.

Wah... Bukan senang nak cari kerjaya yang macam tu...

Sebaliknya cuba bayangkan, apa akan jadi kalau keseronokan bekerja cuma sehari pada hari gaji?

Bekerja 22 hari sebulan, yang seronok cuma satu hari (dan hari cuti)!

Oh... Orang macam tu tentunya tak seronok hidupnya kata Ustaz Pahrol.

Tak Seronok Bekerja, Tak Seronok Hidup!

Saya masih ingat kata-kata Ustaz Pahrol dalam Kursus Mukmin Profesional suatu ketika dulu katanya, “Orang yang tak seronok kerja, dia tak seronok hidup!”.

Wah... Ekstrim benar bunyinya. Tak seronok kerja maksudnya tak seronok hidup.

Tapi bila saya fikir betul-betul, memang benar apa yang Ustaz katakan.

Sebenarnya sekurang-kurangnya 1/3 (8/24 jam) hidup kita adalah untuk bekerja, betul tak?

Itu belum ambil kira waktu bersiap-siap nak pergi kerja... Waktu cooling-down waktu balik kerja... Terpaksa korbankan waktu prime time (waktu cergas) bersama keluarga tersayang, semata-mata kerana kerja!

Waktu cergas (prime time) untuk kerja, waktu penat dan lunyai adalah untuk keluarga! Owh, benar-benar extreme dan terbalik kalau kita fikir dalam-dalam...

Itu belum kira yang sentiasa sibuk dengan outstation, terpaksa berjauhan dengan anak-isteri, dan jadi weekend husband/ wife.

Apalah makna hidup kalau kerja adalah sesuatu yang menyeksakan, dan tak mendapat apa-apa kepuasan.

Dan apa  yang lebih malang, kita terpaksa buat perkara yang kita tak suka tersebut selama 30 tahun sampai umur pencen! Fuh...

Maksud 'Pencen' Bagi Orang Kaya

Saya tanya mentor saya, kenapa beliau masih aktif berbisnes, sedangkan beliau dah tak perlu lagi bekerja sejak 25 tahun yang lalu?

Sejak 25 tahun yang lalu, beliau telah pun masuk kategori seorang yang “financially free” - tak kerja pun ada duit (pendapatan) yang besar.

Beliau tanya saya balik, “Perlu ke saya berhenti buat apa yang saya suka?”.

Owh, saya tersentak. Beliau berbisnes sebab seronok, bukan lagi sebab nak cari duit macam saya.

Memang benar. Saya pernah terbaca tentang seorang businessman yang sangat berjaya, bila wartawan tanya soalan, kenapa dia tak bersara walaupun dia dah sedia kaya raya?

Dia tanya balik pada wartawan, “Apa yang anda faham tentang bersara?”.

Bersara bagi beliau ialah buat perkara yang kita suka. Dan salah satu yang beliau suka ialah menjalankan bisnes (kerjaya) beliau!

Aduh... Lain benar cara berfikir orang makan gaji macam saya berbanding businessman berjaya.

Bagi saya dan kebanyakan orang, kerja adalah sesuatu yang ‘menyeksakan'. Kalau boleh semua orang tak nak bekerja dan nak tiap-tiap hari hari cuti. Hari-hari adalah hari cuti, tapi dibayar gaji...

Sebaliknya bagi orang kaya, kerjaya mereka adalah sesuatu yang menyeronokkan, bukannya sesuatu yang dipaksa-paksa...

Memang jauh bezanya saya dengan mereka...

Kenalpasti Kerjaya Terbaik

Lepas saya sedar tentang perkara ni, lama juga saya fikirkan; apakah kerjaya terbaik untuk saya?

Saya senaraikan apa sahaja yang saya suka buat. Dengan kata lain, kalaupun tak dibayar pun, saya tetap akan buat perkara tersebut.

Ya, memang banyak saya senaraikan... Tapi malangnya, cuma sebahagian kecil sahaja apa yang saya suka buat ada pada kerjaya saya ketika itu.

Kerjaya saya ketika itu sebahagian besarnya kerana duit!

Kalau bukan kerana duit, saya tak akan buat kerja-kerja tersebut. Cuma ada sebahagian kecil sahaja kerja-kerja yang saya buat tu kerana kepuasan.

Saya fikir, saya kena cari kerjaya yang lebih baik nampaknya...

Saya tanya seorang sahabat yang agak rapat dengan saya, “Ada tak kerja dakwah (ajak orang kepada kebaikan), tapi dalam masa yang sama kita boleh buat duit?”

Serba salah rasaya soalan saya tu sebab saya fikir "dakwah" tu untuk akhirat, sebaliknya "duit" tu untuk dunia.

Aaahh.... Sahabat saya tu pun tak berapa pasti nak jawab.

Kenapa saya tanya begitu?

Kepuasan Hidup Pada Memberi

Sebab antara kepuasan hidup saya adalah pada kerja dakwah (ajak orang kepada kebaikan), kerja amal dan kebajikan. Cukup puas rasanya. Dan saya tak pernah mengharapkan apa-apa ganjaran dunia dari kerja itu.

Jadi AJK masjid dan surau, menguruskan Tadika Islam PASTI untuk melihat anak-anak dididik dengan agama, menjadi naqib usrah, menyelaras program-progam usrah.

Itu semua saya buat untuk dapat kepuasan hidup, tanpa mengharap apapun ganjaran dunia walaupun satu sen. Bahkan saya keluar duit saya sendiri hanya kerana itu.

Lepas selesai sesuatu kerja, badan rasa penat, tapi kepenatan tu adalah “good tired”. Letih, tapi penuh kepuasan... Jauh sekali dari kekecewaan.

Jadi, untuk dapat kepuasan dalam hidup, saya mesti cari kerjaya yang saya seronok buat, dan saya akan tetap buat sepanjang hayat! Tiada lagi istilah bersara.

Bersara hanya apabila Tuhan mengambil nyawa!

Tiada Istilah “Bersara”

Menurut Warrent Buffet (orang ketiga paling kaya di dunia) katanya, “Life is like a snowball. The important thing is finding wet snow and a really long hill”.

Kehidupan bagi beliau seperti bola salji. Apa yang penting ialah cari salji (kerjaya yang kita suka) dan bukit yang tinggi supaya bola salji itu terus bergolek, membesar dan membesar – boleh terus dilakukan sepanjang hayat!

Maksud mudahnya, kenal pasti kerjaya yang benar-benar kita suka, dan kerja itu akan terus dan boleh kita lakukan sepanjang hayat!

Bila kita puas dengan apa yang kita usahakan, lama-kelamaan kita pasti akan berjaya, insyaAllah...

Kalau kerjaya kita seorang akauntan, adakah kita akan terus SERONOK membuat kerja-kerja berkaitan perakaunan di hujung usia nanti?

Kalau seorang engineer, adakah kita SERONOK buat kerja berkaitan mesin dan jentera pada umur anda mencecah 65 tahun (umur mentor saya)?

Menilai Semula Kerjaya Saya

Dan tanyalah apa sahaja kerjaya kita, adakah kita akan terus buat kerja yang kita buat sekarang ini ketika kita sudah bercucu-cicit nanti?

Kalau jawapannya “tidak”, kita kena menilai semula kerjaya yang sedang kita lakukan sekarang, dan mencari kerjaya ‘alternatif’ yang kita akan lakukan selepas waktu kerja.

Walaupun kerja kita sekarang memang bagus, tapi kita belum dapat kepuasan sebenar dalam kerjaya dan kita tak akan pergi jauh dalam kerjaya tersebut, bahkan mungkin berakhir dengan sebuah penyesalan.

Kerana hidup yang kita lalui setiap hari akan jadi satu penyeksaan, bukan satu keseronokkan. Sebab kita masih bekerja hanya kerana duit semata-mata, tanpa mendapat kepuasan hidup.

Mudah-mudahan Allah rezekikan saya dengan kerjaya "snow ball" tersebut.

Bagi sahabat pembaca yang sudah dapat kerjaya “snow ball”,  sila share diruangan komen ya. Mudah-mudahan jadi inspirasi buat semua, insyaAllah...

Allahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
1 Julai 2010
19 Rejab 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Alhamdulillah di atas perkongsian ilmu dr en.zul..saya mendpt tahu tentg blog en.zul setelh membc 1 buku kecil M.M.R…yg telh diterima sms kenduri kenalan…
    Tahniah di ucapkan kpd en.zul..semoga usaha ini menjd platform dahwah utk ummah seluruhnya..aamiin..tq

  • Terima kasih atas perkongsian ilmu.

    Semua coretan En. Zul menjadi sumber inspirasi buat saya untuk capai bebas kewangan satu hari nanti, insya Allah.

    Boleh bagi link untuk “apakah kerjaya “snow ball” itu?”

    Terima Kasih.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >