MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hifdzi Mengingatkanku Pada Tuhanku

August 19, 2010

18 Ogos 2010, genap sebulan umur Hifdzi, anak kelima kami. Semuanya sihat, alhamdulillah. Dah siap kami aqiqahkan melalui EzQurban pada hari ketujuh kelahirannya.

Hifdzi sangat cool. Tak meragam. Menangis cuma bila nak susu ataupun tak selesa dengan pampers. Tak ada masalah, alhamdulillah… puji-pujian bagiMu Ya Tuhan…

Kelahiran Hifdzi, melengkapkan keluarga kami. Fathi dah ada geng sekarang. Tambah sorang lagi teman untuk ke surau dan masjid, insyaAllah.

Memilih Nama “HIFDZI”

Sejak awal isteri mengandung, saya memilih nama “Hassan”, sempena nama Asy-Syahid Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, tokoh gerakan Islam yang sangat dikenali.

Nama “Fathi” pun, saya pilih sempena nama Ustaz Fathi Yakan, juga tokoh gerakan Islam. Sesiapa yang pernah mengikuti usrah, pasti pernah kenal tulisannya bertajuk “Apa Erti Saya Menganut Islam”. Tahun kelahiran anak kami Fathi, adalah tahun kembalinya Ustaz Fathi Yakan bertemu kekasihnya.

Jadi anak kelima, saya bercadang meletakkan nama “Hassan”.

Tapi nama belum finalise. Gerak hati isteri, dia tak selesa nama Hassan.

“Habis tu, ayang suka nama apa?”. Saya tanya isteri pagi sebelum ke JPN. Saya kurang berminat letak nama anak-anak sempena abjad! Abangnya “Fathi”, maka adiknya mesti bermula dengan huruf “F”.

Sejak kelahiran Fathi, saya sedar, nama yang diberi bakal membentuk peribadi anak itu nanti. Permerhatian saya, ada banyak persamaan pada orang yang bernama Zulkifli. Jadi untuk letak nama anak kelima kami, saya perhati peribadi orangnya dahulu.

Nama Membentuk Peribadi

Fikir punya fikir, isteri tanya, “Siapa kawan Abang yang paling baik?”.

Terus fikiran saya teringatkan sahabat saya Hifdzi. “Kita letak nama Hidzi jer lah Yang?”. Isteri setuju. Lepas berSMS, sahabat saya Hifdzi pun setuju! Kami buat keputusan, saya terus ke JPN. Saya suka nama “Hifdzi”, sebab saya suka peribadi sahabat saya Hifdzi.

“Hifdzi”. Maksud literalnya ialah “penjagaanku (hafiz)”…

Huraian dari sudut hakikatnya. “Ingatanku” iaitu tanda ingatkan kami kepada Allah melalui pemberian anak. Mudah-mudahan anak tersebut membuatkan kami sentiasa ingat pada Allah..

Sempena Nama Sahabat Karib

“Hifdzi” adalah nama sahabat karib saya. Beliau adalah antara sahabat yang paling alim dan wara’ yang pernah saya kenal. Kami bersahabat sejak di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Bila ada masalah yang agak rumit dalam hidup, saya rujuk pada beliau. Nama anak sulung kami “Aisyah” pun kami pilih atas cadangan beliau.

Beliaulah sahabat saya yang memperkenalkan pengajian menadah kitab, dan berguru dengan guru tasauf kami iaitu Paksu Hamid, di Kg. Gunong, Pasir Putih (Kelantan). Lepas SPM, saya ikut-ikut beliau pergi menadah kitab sana sini.

Hifdzi Yang Ku Kenali

Di KISAS dulu, beliau adalah rakan sebilik saya. Sepanjang persahabatan kami sejak di KISAS hingga ke pondok, saya tak pernah perasan bila dia tinggal solat tahajjud. Bila celik mata jam 5.00 atau 5.30 pagi, mesti dia tengah bertahajjud atau bersimpuh atas sejadah dengan tasbihnya – dah siap tahajjud menanti subuh. Dan sampai hari ni pun, saya yakin dia jarang-jarang sekali tinggal tahajjud.

Satu lagi keistimewaan Hifdzi ni, kalau jumpa dia mesti jadi insaf sikit. Sembang topik apa pun, mesti akan terkait dengan Tuhan… aduh.. bukan sembang yang di buat-buat, tapi secara automatik mesti tercakap tentang Tuhan.. Mungkin sebab dia terlalu dekat dengan Tuhan..

Tapi Hifdzi ni agak sempoi orangnya.. pakai macam orang biasa jer.. tak nampak ciri-ciri ‘ustaz’ langsung. Di luar dia tak pakai kopiah, berjubah dan berserban.. Cuma bila mengadap Tuhan jer biasanya dia lengkap dengan uniform begitu..

Komitmen Hifdzi Dalam Berguru & Beribadah

Saya kagum pada konsistennya beliau dalam beribadah dan sangat komited mencari guru. Dan beliau memang rapat dengan ramai guru, hinggakan seorang dari guru kami menggelarkan beliau sebagai “guru”. Kerana ilmunya, kekadang guru kami pun ada rujuk pada beliau.

Dari sudut kerjaya, Hifdzi seorang lawyer dan businessman. Dia ada firma dan syarikat sendiri di KL ni. Ramai client dia suka pada dia sebab dengan bantuan Allah, dia selalu dapat bantu client selesai sesuatu masalah secara holistik. Luaran dan dalam.. rohani dan jasmani.

Dari sudut material, saya tak tahu berapa income dia, tapi beliau beli rumah lebih RM400,000 di Denai Alam. Terakhir jumpa dia beberapa bulan lepas, nampak dia pakai Mercedes S280.

“Wah, anta dah pakai Mercedes yer Zi?”

“Tak lah… itu kereta company”. Company dia bersama abangnya.

Aduh… dengan umur sebegitu muda, rendah diri orangnya.. mungkin itu bonus dari Tuhan untuk dia..

Dari sudut mendidik anak-anak… aduh… dia benar-benar komited didik anak-anak sejak dalam perut lagi, secara konsisten. Saya memang surrender bab ni.. Mungkin rohani dia cukup kuat untuk berkomunikasi dengan anak sejak dalam rahim lagi.

Hifdzi Mengingatkanku Pada Tuhanku

Saya biasa ziarah beliau 6 bulan atau setahun sekali.. lepas jumpa dia, insaf sekejap.. lepas tu lupa, balik macam asal.. Aduh.. apalah nak jadi dengan aku nih.

Saya tak mampu tiru Hifdzi… Mudah-mudahan anak kami yang diberi nama “Hifdzi” ni, jadi baik sebagaimana sahabat karib saya, Hifdzi… insyaAllah..

Zulkifli

Damansara Heights

19 Ogos 2010

9 Ramadhan 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Ya akhi n ukht..
    semoga entri kali ini memberi panduan kepada ana dan suami untuk menamakan ‘cinta baru’ kami yang bakal lahir hujung tahun ini.. betul.. nama melambangkan peribadi, semoga pewaris2 kita mewarisi peribadi2 yang baik yang Allah suka.. 🙂

  • InsyaAllah.

    Moga pewaris2 kita mewarisi peribadi-perbadi yang Allah dan Rasul sukai.. Amiin..

    Oh, dah nak dapat anak yang kedua rupanya… moga semuanya sihat dan selamat, insyaALlah.. kirim salam pada suami..

    Assalamualaikum..

  • Salam Ramadhan Kareem,

    Tahniah,dah cahayamata kelima rupanya.

    Lama tak dengar berita,tp apepon anda bertiga(+ hifdzi+ameer azeezy) adalah senior yg sgt ambo kagumi sejak zaman sekolah lg.

    -ashraf-
    smkaf&kisas

  • subhanallah..kawan baik en zul Hifdzi tu nak cari pekerja tak?
    teruja saya nak ada majikan baik macam tu..sebab en zul baik sebab tu takdir ada kawan yang begitu baik.. puji pujian bagi Allah..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >