MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold

November 21, 2010

Nak kongsi pada semua sahabat yang berminat dengan emas iaitu pasal Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold (PG). Yang mana lebih untung? Beza harga beli dan jual balik ( istilahnya ialah “spread” atau “susut nilai”); Dinar Kelantan – 10%, Dinar Public Gold – 6%. Maksudnya, Dinar Public Gold lebih cepat untung..

Untuk makluman sahabat, Dinar Kelantan agak tinggi spreadnya – perbezaan harga jual dan harga beli iaitu sekitar 10%. Saya baru jer call dan confirm dengan cawangan Ar-Rahn Kelantan di KL pagi tadi. Sahabat boleh juga cek harga semasa di website Ar-Rahn Kelantan.

Dari sudut ‘pelaburan’, lagi besar spread, lagi lambat dapat untung. Katakanlah harga emas dah naik sebanyak 10%, bagi sesiapa beli Dinar Kelantan, mereka cuma baru balik modal jer i.e. kenaikan harga 10% – spread 10%. Tapi bagi sesiapa simpan Dinar Public Gold, dia telah pun dapat untung sebanyak 4% (10% – 6%).

Lagi Rendah Susut Nilai, Lagi Untung

Jadi, bagi sesiapa nak beli emas, better check dulu berapa spreadnya. Masa nak beli tu, tengok harga jual, tolak harga beli. Pastu, kira peratusnya. Lagi rendah, lagi baik. Untuk makluman sahabat lagi, setakat apa yang saya research, emas paling rendah spreadnya di Malaysia ialah Kijang Emas iaitu sekitar 4%. Tapi, Maybank tak akan beli balik kalau calar, bengkok dsb. Agak risiko especially kalau kita nak pajak, pegang, gigit dsb… (“,)

dinar kelantan versi 2010Dinar Kelantan versi 2010. Dikeluarkan oleh World Islamic Mint.

syiling emas 1 dinar public goldDinar Public Gold. Senang beli, senang jual, untung maksimum.

Cara kira spread emas ialah “harga jualan” tolak “harga belian”, kemudian bahagi “harga jualan”, dan kali dengan “100”. Harga jualan tu merujuk kepada harga pengeluar jual, bukan harga kita jual balik kepada mereka.  Lagi rendah peratusan, lagi baik. Kalau nak faham topik ini, boleh baca artikel saya bertajuk “Perbandingan Susut Nilai Emas di Malaysia”. Dan kalau nak buat perbandingan lebih lanjut antara Dinar Kelantan dan Dinar Public Gold, boleh rujuk artikel saya bertajuk “Dinar Kelantan & Public Gold, Mana Lebih Baik?“.

Bagus Ker Berniaga Emas?

Satu lagi, ada juga sahabat yang berminat berniaga emas. Bagi saya, orang yang belum banyak modal untuk rolling, dan tak berani ambik risiko besar, buat bisnes lain lagi bagus. Sebabnya:

PERTAMA, modal besar.

Untuk jadi dealer, kena buat belian RM20,000 dalam satu resit. Jadi kalau orang ada modal RM40,000 tu kira kecil sebab selain dari stok emas sendiri, kita perlukan tunai nak rolling beli balik bila customer nak jual, dan jual stok bila ada yang nak beli.

KEDUA, risiko besar, tapi untung ‘kecil’.

Bayangkan kalau sahabat bawa 3 keping dinar yang nilainya dekat RM2,000 nak hantar pada customer. Nak tahu berapa komisyennya? Cuma RM30 sahaja! Komisyen cuma 1%, 1.5% dan 2.0% sahaja atas nilai emas tu. Kalau berlaku apa-apa tengah jalan, berbaloi tak dengan komisyen RM30? Sure tak berbaloi. Unless, ada modal besar. Bila customer nak jual balik, kita beli dengan harga diskaun i.e. harga lepas tolak spread. Dan tolak pada customer yang nak beli dengan harga pasaran. InsyaAllah, untungnya dalam 6%.

jongkong dinar emas public goldSaiz sebenar coin 1 dinar dan gold bar 20g Public Gold.

Ramai kawan saya nak tengok emas fizikal lepas baca blog dan jumpa personally. Saya terpaksa bawa 1 dinar dan 1 gold bar 20 gram. Total nilainya lebih kurang RM4,000 DALAM POKET! Wow… takut pun ada. Takut macam jual dadah! Aduuh…

Takut Macam Jual Dadah!

Bila ada orang order emas dari saya, saya akan ke Safe Deposit Box. Punya la takut bila keluar dari situ. Tengok kiri, tengok kanan sebab kawasan Safe Deposit Box tu banyak kes ragut… Lepas ambik stok, terus cabuttt…

Aduh… berniaga vitamin, tupperware, kek, cup cake lagi bagus…

Saya actually, bukan nak berniaga emas, tapi nak tolong kawan-kawan. Kalau tak promote, rasa bersalah pun ada. Ada benda bagus, simpan sorang-sorang tu selfish namanya. Sedangkan orang beriman, kerjanya bagi manfaat kepada orang lain.

So, terpaksa promote, promote dan promote. Kalau sahabat nak beli, beli dengan dealer lain pun tak apa. Tapi kalau lebih percaya pada saya, saya akan bantu, insyaAllah. Dan kalau nak bagi manfaat pada saya atas promosi benda baik, sahabat letak jer nama saya sebagai INTRODUCER bila place order dengan Public Gold (Mohd Zulkifli Shafie, PG002369). Saya akan jadi anda punya SERVICING AGENT, dan Public Gold akan bayar komisyen 1.5% atas servis dan promosi saya. Harga tetap sama, samada letak introducer atau tanpa introducer. Tak ada additional cost.

KETIGA, takut terlibat riba. Ini yang saya risau ni. Untuk elakkan riba, boleh rujuk artikel saya “Hukum Jual Beli Emas Secara Ansuran“.

Berniaga Barang Keperluan Lagi Bagus?

Kalau sahabat yang modal tak besar tapi betul-betul nak buat untung, lebih baik jual produk keperluan harian yang semua orang perlu seperti produk direct selling. Jual produk, bukan rekrut orang jadi downline. Nak tahu berapa untung jual produk direct selling? 20% – 25%! Itu belum kira bonus!

Ikutkan pengalaman, saya pernah jual produk pada regular customer saya di Kelantan dengan cara yang sangat mudah. Antara yang paling best, saya untung lebih kurang RM100 hanya dengan beberapa klik jer. Dia order produk lebih kurang RM500, saya duduk rumah, login internet, place oder. Esok, company terus deliver ke depan pintu rumah dia. Saya untung bersih RM100!

Dan customer pun untung sebab dapat produk yang berkualiti tanpa perlu keluar rumah, tanpa keluar duit minyak, dan tak perlu habis masa beli di kedai. Win-win situation. Kalau jual emas, jualan lebih kurang RM7,000 baru dapat untung RM100. Tapi kalau berniaga produk direct selling, berapa pusingan modal untuk dapat untung RM100 tadi? Cuma RM500! Kalau berniaga emas, RM500 nak beli 1 dinar pun tak cukup untuk hantar pada customer.

Jadi, kalau orang tanya saya, bisnes emas ni bagus tak? Komen saya, bisnes emas memang bagus bagi orang modal besar, dan berani tanggung risiko! Tapi kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai… (“,)

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
11 November 2010
5 Dzulhijjah 1431

Cara paling pantas fahami pelaburan emas, download ebook PERCUMA di bawah:

About the author 

  • ”Jadi, kalau orang tanya saya, bisnes emas ni bagus tak? Komen saya, bisnes emas memang bagus bagi orang modal besar, dan berani tanggung risiko…”

    RISIKO yg en.zul maksudkan tu dr segi apa yg perlu kita hadapi..?

  • Harga Spread = Harga WE SELL – Harga WE BUY
    Peratusan Harga Spread = (Perbezaan harga WE SELL – WE BUY / Harga WE BUY) x 100

    salah tu demo kiro gu

    • :)…

      Dulu kawe pun ingat kiraan spread macam formula yang demo tunjuk tu, tapi bila cek balik, teknik yang diajar dalam ebook jutawanemas;

      Peratusan Harga Spread = (Perbezaan harga WE SELL – WE BUY) / Harga WE SELL x 100

      TQ.

  • kalau ada duit lebih yang tak digunakan……mana lebih untung. simpan kat ASB atau beli emas dan simpan dalam masa 1, 3, 5, tahun……

  • bagi pendapat saya emas kelantan dengan kijang emas lagi bagus sebab seni dia lagi halus dan juga dia punya emas 917 lau public golg 916 kan..spread sekarang nie 5-8% jek lau tak silap..

    • Wslm En Syukri,

      Terpulang kepada matlamat masing-masing. Kalau seorang peminat seni & pengumpul, dia akan pandang pada kecantikan emas tu. Tapi fokus saya disini hanyalah keuntungan pelaburan.

      Dinar Kelantan 917, Dinar PG 916, Kijang Emas 999.9. Emas 916 & 917 tu gred yang sama & harga yang sama. Tak ada mana-mana kedai emas yang jual emas 917. Kalau 917 pun, harganya tetap dikira 916 juga.

      Spread Dinar Kelantan 10%, Dinar PG 6%, Kijang Emas 1/4oz 7% lebih. En Syukri boleh kira spread di website mereka sekarang.

      Dari perspektif investment, buat masa ni saya nampak emss PG lebih baik dari Dinar Kelantan & Kijang Emas.

      Wallahu a’lam.

    • GCP ok, cuma susut nilai (spread) emasnya tinggi. Lambat untung untuk pelabur. Untuk maklumat lebih tepat, tuan kena cek dengan dealer GCP tentang perkara ni sebab mereka lebih tahu berbanding saya. Wallahu a’lam.

  • Assalaamualaikum Tuan Zul,

    Banyak ilmu bermanfaat dikongsikan di sini. Dalam masa yang singkat, banyak pengetahuan tentang pembelian emas saya perolehi. Semoga Allah mengurniakan rahmat buat Tuan sekeluarga. 🙂

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 4073 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.