MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Elakkan Si Kecil Rasa Tersisih

November 30, 2010

Bila dapat adik baru (Hifdzi), Fathi rasa agak tersisih. Tapi masih boleh dikawal.

Bila dapat adik baru, anak kecil biasanya akan rasa tersisih. Faktornya, ibunya terpaksa berbagi tumpuan. Dia lagi rasa tersisih kalau kita jauhkan adiknya untuk dia tengok, kurang bagi peluang untuk dia usap-usap dan sayang adiknya, atau tutup terus pintu bilik. Simpan adik dia dalam bilik, dia duduk luar bilik jer.

Kami faham sikit sebanyak benda ni lepas anak dah 2, 3 orang. Apa yang kami perhati, benda ni kita boleh kurangkan. Walaupun ada adik baru, si abang atau kakaknya tak lah rasa tersisih sangat.

Bagi Peluang Secukupnya

Antaranya kita kena bagi peluang secukupnya untuk si kakak atau si abang untuk datang dekat untuk tengok, usap dan sayang adik barunya selalu. Mungkin ada baiknya letak baby baru tu dalam playpan (baby court), dan si kakak/ abangnya boleh selalu tengok-tengok. Kalau simpan adiknya dalam bilik, dan kita tutup pintu untuk halang dia masuk, ini confirm dia akan rasa tersisih dan kecik hati.

Ajar Cara Sayang, Berikan Penghargaan

Kedunya, ajar anak kecil cara sayang dengan betul. Kekadang, dia nak sayang tapi dia sayang cara yang tak betul – agak kasar. So, kita kena ajar cara sayang dengan betul. Ajarkan dia cara nak usap dan cium adiknya, ajar dia diam bila adik tengah tidur. Bila dia nak usap, kita pengang tangannya dan tolong dia usap perlahan-lahan.

Kalau dia buat dengan betul, kita kena bagi penghargaan. Kami biasanya akan cakap, “Waahh… pandai Fathi…” dan kami tepuk tangan bila dia sayang adiknya Hifdzi dengan betul. Fathi biasanya tersenyum bangga, dan sama-sama tepuk tangan atas kejayaan sebab dapat sayang adiknya dengan cara yang betul.

Libatkan Dia Uruskan Adiknya

Ketiga, libatkan dia untuk uruskan adiknya. Bila isteri saya nak siap-siapkan Hifdzi, dia akan mintak Fathi atau kakaknya untuk hulurkan lampin, bedak, susu dsb. Dan ucapkan “thank you” bila dia tolong. Dia mesti rasa bangga sebab dapat sama-sama tolong siapkan adiknya.

Kami bagi dia peluang duduk dekat, tapi still kita kena supervise.

Anak-anak kecik ni jiwa bersih. Dia nak buat yang baik, tapi dia tak tahu cara yang terbaik. Dia nampak kita suap dia makan, mungkin dia pun akan ambik makanan dan suap ke mulut adiknya yang baru sebulan dua. Bukan nak dera adik, tapi nak sayang. So, kita kena bagi peluang, dan bagi bimbingan.

Tips-tips yang saya kongsikan ni, insyaAllah dapat kurangkan rasa tersisih bila anak kita dapat adik baru. Dia still akan rasa tersisih, tapi taklah sampai kecik hati dan ‘benci’ dengan kehadiran adik barunya.

Kalau sesiapa ada tips-tips bagus, sila kongsikan. Moga semua dapat manfaat, insyaAllah.

Zulkifli

Damansara Heights
29 November 2010
23 Zulhijjah 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >