Menutup Aurat Dari Kecil

by on February 8, 2011

Anis, Amal dan Aisyah. Bergaya dengan tudung dan baju kurung pemberian atuknya masa balik Raya Cina lepas.
Ada orang kata kecik lagi. Tapi kami biasakan mereka tutup aurat sesempurna boleh dari kecik lagi, sampai mereka tak selesa kalau terbuka aurat bila keluar rumah. Ada kawan tanya, macam mana didik anak pakai tudung? Katanya, anaknya payah nak lekat tudung.
Kami tak ada formula rahsia. Apa yang biasa kami buat ialah galakkan mereka pakai tudung bila keluar rumah. Bila dah biasa, dia akan rasa tak selesa kalau buka aurat.
Kedua, bagi pujian kalau mereka cari tudung dulu sebelum keluar rumah, tanpa disuruh. Lepas puji, peluk mereka tanda kita bangga dengan mereka. “Wah… bagusnya anak Papa. Nak keluar pakai tudung. Meh sini Papa sayang.”. Ini dipanggil kaedah positive reinforcement.
Dan mungkin yang ketiga, beli tudung yang cantik dan warna yang mereka minat. Sampaikan duduk dalam rumah pun nak pakai tudung dan baju kurung! (“,). Macam tu lah budak-budak kecik ni…
Zulkifli
Damansara Heights
8 Februari 2011
5 Rabiul Awwal 1432

{ 5 comments… read them below or add one }

1 hazimah February 15, 2011 at 7:18 pm

bagusnye..blh dicontohi 🙂

Reply

2 Mohd Zulkifli February 17, 2011 at 2:49 am

Alhamdulillah.. selamat berziarah ke sini Pn. hazimah.

Reply

3 Qmie Creative April 9, 2011 at 4:54 pm

Alhamdulillah, moga2 apa yang kita hajati menjadi kenyataan dengan izinNya.. yang penting kita sudah berusaha untuk memberi pendidikan Islam seawal mungkin.

Tahniah..

Reply

4 YusNur June 11, 2012 at 12:47 am

alhamdulillah.. insyaAllah akan contohi kaedah tuan Zul.. 😉

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie June 11, 2012 at 4:56 am

Alhamdulillah…

Reply

Cancel reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: