MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

The Power of Association

February 1, 2011

Lepas habis appointment bisnes di rumah sahabat pukul 10.40 mlm tadi, saya terus ke Pasir Tumboh. Nak rebut peluang minum-minum dengan Pok Li dan beberapa Master Dealer Public Gold di Pasir Tumboh, KB. Bukan senang nak jumpa tokey-tokey emas berjaya ni.

Banyak benda yang saya belajar semalam, alhamdulillah. Alang-alang jumpa, macam-macam ilmu saya berguru malam tadi. Kami bersembang sampai pukul 12.30 mlm! Walaupun baru pertama kali kenal dan jumpa face-to-face!...

Nak Berjaya, Berkawan Orang Berjaya

Association (pergaulan) tu salah satu faktor penting untuk berjaya dalam apa juga bidang sekali pun. Itulah yang guru bisnes saya dan mentor 'jutawan' lain ajar. Masa kursus dulu, Chef Li pun pesan perkara yang sama. Katanya, "kalau datang kursus macam ni, jangan hanya berkursus jer, tapi berkenalan dan bertukar-tukar la no telefon dengan peserta lain", supaya peserta dalam saling bernetwork antara satu sama lain.

Dan memang itulah yang saya buat. Saya suka berkawan dengan orang bisnes. Saya nampak, memang berbeza cara orang bisnes berfikir. Orang bisnes lebih suka fleksibiliti, kebebasan, kuasa menentukan pendapatan sendiri, simpanan, bebas hutang dsb. Tapi orang biasa, lebih suka 'benefit', income yang kononnya 'terjamin', pencen, ansuran dsb. Memang sangat berbeza cara dua golongan ni berfikir.

Kalau anda buat bisnes, tapi rasa susah nak berjaya, mungkin kena nilai balik sejauh mana tahap pergaulan anda dengan orang yang sama bisnes dengan anda. Sebab pergaulan tu boleh mempengaruhi bisnes kita sendiri sebagaimana satu kes yang saya terbaca dan boleh kita ambil iktibar iaitu pasal burung Pelican  di Teluk Monterey.

Belajar Dari Kes Burung Pelican

Satu masa dulu, Teluk Monterey sangat aktif dengan aktiviti perikanan. Dan burung-burung di situ makan ikan yang dibuang oleh nelayan-nelayan. Sampai satu masa di mana aktiviti perikanan bermasalah dan nelayan-nelayan tak lagi turun ke laut. Kesannya, burung-burung Pelican di situ hampir pupus sebab tak tahu tangkap ikan!

Macam-macam cara ahli sains & alam sekitar fikir jalan penyelesaiannya, tapi akhir sekali, mereka dapat idea untuk 'import' beribu-ribu burung Pelican yang tahu memburu dari tempat yang jaraknya 2000 batu di utara dengan harapan burung tu nanti akan mengawan dengan burung Pelican di teluk tu.

Beribu-ribu burung Pelican di import supaya bergaul dengan spesis yang sama di Teluk Monterey.

Satu keajaiban belaku. Hasil dari 'pergaulan' dengan beribu-ribu burung Pelican pemburu, dan 'belajar' cara menangkap ikan sendiri, burung Pelican di Teluk Monterey mula pandai menangkap ikan sendiri! Burung-burung pelican di Teluk Monterey selamat dari kepupusan bukan sebab mengawan, tapi hanya sebab kuasa pergaulan!

Kuasa Sebuah Pergaulan

Jadi kalau nak berjaya dalam bisnes, kita pun kena berkawan dan masuk dalam kelompok 'burung Pelican pemburu'. Tengok dan belajar macam mana mereka 'memburu'. Mesti satu hari nanti kita pun turut sama pandai memburu.

Kalau anda buat bisnes emas, berkawan dan bergaullah dengan tokey-tokey emas. Kalau anda buat direct selling (beretika), berkawanlah dengan orang direct selling. Kalau anda buat takaful, carilah ejen takaful berjaya, kalau nak jadi orang beriman, berkawanlah dengan orang masjid dan surau! Dan dalam apa juga bidang, itulah prinsipnya.  Berkawan dengan orang berjaya untuk kita pun turut sama berjaya, insyaAllah.

Burung perlu bergaul untuk berjaya, manusia pun sama.

Kita adalah produk persekitaran kita. Orang tua-tua cakap, kalau nak kenal anak-anak kita, cuba kenal siapa kawan-kawan dia. Jadi kalau nak kenal siapa kita, tengoklah dengan siapa kita selalu berkawan. Kawan, biasanya cermin siapa diri kita sebenar.

Mencari Lubuk Orang Berjaya

Macam mana nak berkawan dengan orang berjaya?

Ah, mudah jer. Hadirlah ke seminar-seminar atau perjumpaan-perjumpaan yang dibuat. Dan kalau nak lagi best, ambik peluang untuk duduk minum-minum lepas meeting. Itu sessi "meeting after meeting" kata mentor saya. Sebab dalam "meeting after meeting" itulah biasanya saya berjaya korek 'secret weapon'! Alhamdulillah…

Itulah dia, kuasa sebuah pergaulan. The power of association! Hasil dari 'pergaulan' dengan burung Pelican pemburu yang diimport dari tempat yang 2000 batu jaraknya di utara, spesis burung Pelican di Teluk Monterey selamat daripada kepusan. Kalau nak selamat diri kita dari kepupusan, kita kena pergi cari “burung Pelican pemburu” tu… (“,)

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Pasir Mas
2 Februari 2011
28 Safar 1432

Sekejap lagi kami nak bertolak ke Kuala Terengganu. Kami tengah melatih 'burung pelican' di sana untuk 'memburu'!

(Kredit foto : santacruzlive, )

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >