Usrah Bersama Anak-anak Al-Faeez

by on February 25, 2011

Perjumpaan usrah kedua kami (21/02/2011) diadakan bersama anak-anak Raudhatul Al-Faeez. Iaitu sebuah rumah anak yatim yang diasaskan oleh sahabat saya Hifdzi. Dibuka pada Julai 2010. Nama al-faeez diambil dari nama anak keduanya yang meninggal dunia setelah lahir tak cukup bulan pada Mei 2010.
Kebetulan dengan hari jadi Adik Hamzah. Seronok tengok anak-anak disini. Bila Hifdzi ceritakan background mereka, baru rasa saya sangat bertuah. Walauapapun betapa besar masalah yang kita rasa masalah, tapi tak terbanding dengan ‘masalah’ yang mereka lalui.
 Idea buat program di sini hasil perjumpaan usrah pertama kami di Hifdzi & Co, Wangsa Maju dua minggu sebelumnya. Untuk membersihkan jiwa, kami tak boleh duduk dalam halaqah sahaja, tapi kena turun padang.

Usrah kami mengumpulkan sahabat-sahabat KISAS yang pernah seusrah dahulu. Batch SPM 1997. Tanpa usrah begini, masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. Hifzi dan Hishamuddin adalah peguam yang ada firma sendiri. Ustaz Razzi pensyarah UKM yang sedang sambung Phd. Harizzul pegawai IT di syarikat swasta. Sheikh Helmy, Ustaz Auzaie adalah ahli perniagaan. Dan saya seorang akauntan ‘cabuk’ dan usahawan kecil-kecilan.
Zulkifli
Damansara Heights
25 Februari 2011
22 Rabiul Awwal 1431

{ 4 comments… read them below or add one }

1 menusuk hati February 27, 2011 at 3:18 pm

Teruskan ush ye abg zul..maaf blog dh berpindah 2 kali..Err..kalau bag zul free,13.3.2011,jmputlah ke majlis prkhwn saya d no 11 kg nai teh kuala nerang

Reply

2 menusuk hati February 27, 2011 at 3:21 pm

lupa letak nama td,saiful islam b abdullah

Reply

3 Mohd Zulkifli February 28, 2011 at 10:36 am

Alhamdulillah.. tahniah Saiful.. a.zul gembira dapat berita ni.. teringin sangat nak pergi kenduri Saiful di Kuala Nerang..

Semalam dok bincang dengan Nazili & Suhaimi mcm mana nak pergi ke kenduri Saiful.. tapi bila cek diari, dah ada program pada hari tu dan tak dapat nak cancel..

A.zul ambik peluang ni utk ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Saiful & Isteri.. moga Allah memberkati perkahwinan kalian dan diberikan bahagia hingga ke Syurga..

Kalau datang KL nanti, jangan lupa singgah ke rumah kami yer.. Bawa isteri sekali.. Nanti kami belanja makan2.. insyaALlah.. 🙂

Reply

4 menusuk hati March 2, 2011 at 3:30 pm

tmksh..hehe..insyaAllah kami akan berkunjung ke sana

Reply

Cancel reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: